...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Mutiara. Show all posts
Showing posts with label Mutiara. Show all posts

Wednesday, June 14, 2017

Menjelang 10 malam terakhir

Al salam alaykum

Diam tak diam, dah nak masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat sungguh. Inilah fasa terakhir utk Ramadhan kali ini.

Bersediakah kita? apakah pengakhiran Ramadhan kita?

Mudah-mudahan, kita beroleh Taqwa seperti yg Allah telah janjikan utk umatNya, seterusnya terus ke Syurga, kejayaan sebenarnya utk insan hamba Allah ni.

Antara tips-tips yg dikongsikan utk amalan bersama:

Banyakkan doa:

Image result for doa 10 malam terakhir ramadhan


 
Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..
1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...

Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...

Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar.
Aamiin.

 




Tahun ni, aku tak banyak coretan di majlis-majlis ilmu di TV, sebab utama, aku takde TV. TV ada, tapi volume rosak, dah sampai max, maka, sama la macam takde TV kan? Sumber ilmu aku skrg hanyalah Whatsapp, FB, dan internet. Radio IKIM.fm pun ye juga. Cuma, pada waktu aku buka radio, masa tu ialah waktu mengaji baik petang dan sahur, dan juga waktu solat teraweh.

Sungguh kurangnya aku rasa Ramadhan aku kali ni.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, May 26, 2017

Bermaknakah tiap baris kata-kata?

Al salam alaykum


Romadhon tiba Romadhon tiba...

Setiap kali tiba Romadhon, maka ucapan maaf pun datang.

Maka, adakah maaf itu benar-benar diungkapkan dari lubuk hati atau, sekadar di bibir saja?

Bukan tanya sesiapa, tanya diri sendiri juga yg sentiasa buat salah dan dosa.

Marilah kita sucikan hati setiap hari utk setiap hari di bulan Romadhon.

Selamat beribadah dan semoga istiqomah.

Maafkan semua kesalahan saya, dan saya juga memaafkan sahabat-sahabat semua.

Romadhon tiba... Romadhon tiba...

Bergembiralah kita semuanya :-)


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 22, 2017

Rawatan

Al salam alaykum

Sabtu semalam aku teman Kak Roza kononnya pergi rawatan Ruqyah anjuran IJIM. Tapi mcm biasa, aku yg sakit kepala. Tak tahu la kenapa.

Selepas rawatan, dia cakap aku ada gangguan. Tapi, aku tetap merasakan aku sihat.

Ni kali ketiga la aku cuba kot. Yg pertama dulu Darussyifa, yg kedua Al-Hidayah, yg ketiga Ruqyah Tauhid la.

Aku rasa aku sihat walaupun ada la juga symptom-symptom biasa gangguan tu.

Tapi, aku tetap rasa aku sihat. Kak Roza suruh aku pergi lagi. Aku dah tak mahu. Tak nak. Penat la aku rasa. Sepanjang rawatan tu, aku macam hanyut. Sakit kepala, rasa nak tidur. Rasa sedih.

Perawat-perawat juga berpesan banyakkan baca doa sebelum tido, doa masuk tandas, jangan mudah marah, dan macam-macam lagi. Nak tanggalkan baju, baca doa, nak sarungkan selipar baca doa, paling mudah baca Auzubillah, dan bismillah.

Dan, amalkan ini:
1. Taubat
2. Hijrah
3. Redha
4. Tawakkal


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, May 19, 2017

On this day

al salam alaykum

Best juga ni menulis takde orang baca... Baca sendiri je...

Pagi ni aku tengok on this day kat FB.

Ada kenangan dgn ex-musuh.

Maka, seperti biasa buat aku tersenyum la kan.

Dan, ayatnya yg satu aku jadikan status aku pada pagi ini.

"Harapan dan doa adalah usaha yg seiring"

Kemudian, aku se-lif dgn En. Dee Akan Suka tu... OK, best juga borak dgn dia. Tak sangka la pulak peramah. Tapi semalam mcm menyampah juga bila aku minta sain dia utk approval. Dia cakap, "I'm too clever to sign this form"

Dah ko project manager, kena la sain juga. Formaliti meh! Hahaha


Harap-harap pagi yg baik dan ceria ni berterusan hingga akhirnya.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, May 18, 2017

Memori

al salam alaykum

Sometimes you will never know the true value of a moment until it becomes a memory.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 08, 2017

Pesan Ustaz

Al salam alaykum

Perkongsian dari sahabat di Whatsapp pagi tadi:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pesan ustaz, "Sucikan lisan dan tulisan kita dari perkataan kotor. Perkataan yang kotor menunjukkan jiwa yang kotor.

Rasulullah SAW tidak pernah berkata-kata kotor. Allah SWT mencintai kebaikan dan membenci kekotoran."

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, April 11, 2017

Semakin cepat kita tidur, semakin cepat kita bertemu kembali

Al salam alaykum

Ex-osmet bagi. Semenjak dua tiga menjak, selalu terjaga bukan pada waktu yg sepatutnya. 

Kemudian, bila cuba nak tidur semula, jadi tidur-tidur ayam. Setiap jam terjaga. Macam tidur masa travel la pulak jadinya. Berdebar nak bangun menuju puncak Rinjani.

 

Mari kita sama amalkan. Semoga mudah urusan tidur kita.

Berdoalah sebelum kita tidur
Jangan lupa cuci kaki tanganmu
Jangan lupa doakan mama papa kita

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 07, 2017

Dewi

Al salam alaykum

Bahan bacaan baru. 

Mendalam. 

Biarlah masa yang menentukan. 

 

Masa ialah penyembuh duka. 

Terima kasih Kak Su. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 26, 2017

Tiba-tiba ada pesanan melintas...

Al salam alaykum

Pernah tak kadang-kadang korang rasa nak marah, geram, sedih, atau ada buat salah, lepas tu tiba-tiba terjumpa perkara-perkara yg berkaitan dgn situasi semasa itu? Contoh perkaranya macam sedang baca Al-Quran pastu jumpa terjemahan, kata-kata hikmah, artikel di suratkhabar, atau rancangan di tv, dan kadang-kadang di blog-blog, juga lintasan hormat di FB dan twitter.

Aku selalu juga macam tu. Dan sekarang, melintas di feed aku berkenaaan Ikhtilat.

Terus tersentak dan juga sentap. 



Link yg melintas feed aku 2-3 hari lepas. 

Pastilah aku juga berperang dengan diri sendiri. Tak buat apa pun, borak je... Itu kata yg kiri. Yang kanan pula? Hoiiii... dosa hoiiii! Bukan ko tak tahu... 

Jadinya, apa kata hati? Apa kata minda? Apa kata iman?

::: Hidup indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, March 18, 2017

Sembunyi

Al salam alaykum

Perkongsian seorang sahabat di FB, dan membuatkan saya rasa bersalah tiba-tiba...

Utk semua sahabat saya yg membaca blog saya, ketahuilah, saya tidak pernah bersembunyi. Cuma, pada waktu itu saya perlu sedikit ruang utk mencari sesuatu... Saya tidak hilang, saya tetap ada di sini. Terima kasih, utk sahabat-sahabat yg bertanyakan khabar saya secara personal, datang kepada saya ketika saya merasa kekosongan, sebenar-benar kekosongan, yg menghulurkan bantuan, dan kata-kata semangat, sungguh saya hargai. Jika saya tidak dapat membalasnya ketika ini, saya yakin, hanya Allah yg memberikan sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik balasan...

Saya memohon maaf jika ada tingkah laku saya sebelum ini semasa "persembunyian" yg membuatkan sahabat semua terasa hati dengan saya. Bukan dalam kemahuan fikiran saya, dan tidak disengajakan.

Saya masih di sini. Ubahsuai sikit kata-kata Rumi, "usah dicari kubur kita di mana di dunia ini, letaknya di hati orang-orang yg mengingati."

Kata Ustaz, 🍃

Kalau kamu cemburu pada sahabat kamu, cemburulah pada kebaikan yang sedang dia lakukan. 
Kerana kamu akan berusaha membuat kebaikan juga.

Kalau kamu terasa di sakiti sahabat kamu, sakitlah bila melihat sahabat kamu yang sedang berusaha memperbaiki ibadahnya. 
Kerana kamu juga akan terus memperbaiki ibadahmu.

Bila mana kamu menyembunyikan sesuatu kepentingan dirimu dari sahabat kamu, 
Fikirlah baik-baik kerana sahabat kamu sedang menyembunyikan kebaikan yang dia lakukan terhadapmu. 
Supaya kamu berfikir yang kamu sedang membuat kesilapan dalam penyembunyianmu.

Jika sahabat kamu menyentuh hak kamu, ketahuilah bahawa Allah sedang mengingati kamu bahawa hak segalanya milik Allah bukan kepunyaan kamu. 

Bila mana kamu mencurigai kebaikan sahabatmu, 
Muhasabahlah kerana Allah sedang menguji mu adakah hati kamu ikhlas atau sebaliknya.
Untuk kamu memperbaiki diri dan hatimu. 

Seandainya kamu benci sahabat kamu kerana kesilapan nya kepadamu, 
Berbaliklah diri kamu kerana kamu pun pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi dia tetap memaafkan kamu. 

Mengenal sahabat bukan sahaja pada peribadi ahklak, perilaku dan ibadahnya tetapi pada selama keikhlasan nya terhadap kamu selagi dia tidak meminta sikit pun pada kamu balasannya. 

Ingatlah, selama mana kamu bersahabat dengan seseorang itu, lihatlah perjalanan dalam dia dan kamu. 
Dia menerima kamu bukan pada kejahilan atau kesilapan masa lalu mu, tetapi pada hari ini dalam sama-sama mengajak kamu memperbaiki diri dan menuju ke jalan Allah.

#CahayaIlahi tentang sahabat.
Bersahabat kerana Allah

::: Hidup ini indah jika seglaanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, March 13, 2017

Mari makan

Al salam alaykum

Tak sangka petang ni episod akhir Let's Eat. Macam banyak yg tergantung. Tapi sbb tengok kat TV9, mungkin ada adegan yg dipotong. 

Episod akhir, semua berakhir dgn baik. Jin Yi dapat menerima oppanya mmg anggap dia adik je. Peguam Kim pun ok je dgn Setiausaha Lee berpacaran dgn Raja Insurans. 

 
Adegan yg paling meruntun perasaan adalah apabila Peguam Oh makan dgn berlinangan air mata. Aku pasti, kita semua pernah melalui saat macam ni. Sedih yg datang tiba-tiba. Dan kesedihan itu kita andaikan akan pergi dgn makan, makan, dan makan. 

Tengok cite ni, mengundang selera utk makan je. Kejam sungguh cite ni! Asyik la telan air liur. Aku bukan la gemar sangat masakan Korea. Ada la yg aku suka, tapi itu je la. Apa nama pun lupa. Hehehe. 

Yg paling menyentuh perasaan yg cepat sentap ni ialah puisi tentang Nasi. 

 

 “To you who eat a lot of rice because you’re lonely, 
to you who sleep a lot because you’re bored, 
to you who cry a lot because you are sad, 
I write this down. 

Chew on your feelings that are cornerned like you would chew on rice. 
Anyway, life is something that you need to digest.”

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, January 27, 2017

Lonely

Al salam alaykum

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, January 18, 2017

The Producers

Al salam alaykum

Drama ni dah lama ada dalam simpanan aku. Aku tengok diorg menang anugerah kat KBS Drama Award 2015. Tapi takde hati nak tengok. Tiba-tiba main kat TV9. Eh eh eh, macam best plak. Terus pulun tengok tiap-tiap malam. 

Image result for the producers kdrama

Memang best! Patut menang banyak anugerah!

Aku nak petik kata-kata bermakna je dalam drama ni. Ramai plak kongsi, memula aku nak edit-edit je dari tepon aku. Tapi meh la kita copy je kat internet.


Image result for the producers kdrama

Image result for the producers kdrama

Image result for the producers kdrama

Ra Joon Mo PDnim #kdrama #chataehyun #theproducers episode 8



Image result for the producers kdrama
Yang paling best... :-)


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 21, 2016

Sabar dan Solat

Al salam alaykum

Image result for sabar dan solat


Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 27, 2016

Patahnya Sebelah Sayap

Al salam alaykum

Apabila patahnya sebelah sayap, siapa kata kita tidak boleh terbang
Kalau ada kekuatan diri, kegigihan, azam dan semangat
Pasti kita mampu menggapai awan semula.

Mungkin terbang tidak sempurna, tapi kita tetap nampak cantik di udara
Kerana selain Allah, tiada siapa yang nampak kekuatan kita.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, September 13, 2016

Lapangkanlah jiwa

Al salam alaykum


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, September 11, 2016

Doa di Hari Arafah

Al salam alaykum

Doa Arafah – Hari Arafah sudah tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masukkanlah aku ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman…  yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu (SAW).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

In sya Allah waktu Wuquf di Arafah akan bermula dari waktu Zuhur hingga Maghrib pada 9 Zulhijjah bersamaan 11/9/2016 Waktu M'sia 5.30 pm–11.00 pm

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, September 03, 2016

Bangkitkan saya apabila September berakhir

Al salam alaykum

"Jika kusut dan mempunyai masalah besar dalam hidup, cara yang mudah segera kemas barang dan pikul beg pack terus ambil keputusan hendak travel ke mana. Itu juga ubatnya" - kata Imam Syafie r.a.

Aku tidak tahu, masalah aku sebesar mana, mungkin sekecil gajah di seberang sini, ataupun hanya sebesar kuman yg kelihatan di seberang sana. 

Apabila merenungi arah perjalanan hidup, tiada sebab yg besar utk aku sentiasa bersedih. Tetapi, kadang-kadang, aku turut rasa bersalah untuk bergembira sentiasa. 

Ingatan untuk diri sendiri, kita akan membinasakan diri jika hari ini lebih teruk dari semalam. Usaha pastikan hari esok lagi bermakna daripada hari ini, dan jadikan hari semalam yg berlalu sebagai peringatan yang terbaik untuk menjalani hari esok. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, August 16, 2016

Pengalaman kosong trip Uber

Al salam alaykum

Dah berapa lama aku berdaftar dengan Uber, aku cuba buat pada Jumaat lepas.

Aku online selama 2 jam, ada 5 request, tapi aku accept satu je, tapi rider batalkan pulak.

Kenapa request lain aku tak accept? Sbb aku kena ambil rider di Setapak, Gleaneagle, Ukay Perdana, Ampang. Yang aku accept tu, dia di AU1, tapi rider batalkan.

Belum rezeki lagi utk ber-Uber.

Dan, hari Sabtu, aku online selama sejam, takde request langsung.

Mungkin hari Sabtu, ramai yg menggunakan kenderaan sendiri.

Aku lambat online. Selama ni aku ada ragu-ragu, sbb aku perempuan mungkin. Tambahan plak banyak kes-kes negatif berkaitan Uber. Dan yg terbaru aku dengar, pemandu GrabCar hendak disamun. Baca http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pemandu-grabcar-disamun-dua-penumpang-1.368497

Tiba-tiba tergerak hati lepas aku baca kata-kata ini di IG kenalan aku:

"The biggest risk is not taking any risk"

Lepas ni nak cuba lagi? InsyaAllah kalau ada pemangkin lain plak.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, August 13, 2016

Itik dan helang

Al salam alaykum

Brilliant article, just couldn't resist sharing..

*Ducks Quack, Eagles Soar*

I was waiting in line for a ride at the airport. When a cab pulled up, the first thing I noticed was that the taxi was polished to a bright shine. Smartly dressed in a white shirt, black tie, and freshly pressed black slacks, the cab driver jumped out and rounded the car to open the back passenger door for me.

He handed me a laminated card and said: 'I'm Wasu, your driver. While I'm loading your bags in the trunk I'd like you to read my mission statement.'

Taken aback, I read the card. It said: Wasu's Mission Statement:
To get my customers to their destination in the quickest, safest and cheapest way possible in a friendly environment.

This blew me away. Especially when I noticed that the inside of the cab matched the outside. Spotlessly clean!

As he slid behind the wheel, Wasu said, 'Would you like a cup of coffee? I have a thermos of regular and one of decaf.'

I said jokingly, 'No, I'd prefer a soft drink.'

Wasu smiled and said, 'No problem. I have a cooler up front with regular and Diet Coke, lassi, water and orange juice.'

Almost stuttering, I said, 'I'll take a Lassi.'

Handing me my drink, Wasu said, 'If you'd like something to read, I have The NST , Star and Sun Today.'

As they were pulling away, Wasu handed me another laminated card, 'These are the stations I get and the music they play, if you'd like to listen to the radio.'

And as if that weren't enough, Wasu told me that he had the air conditioning on and asked if the temperature was comfortable for him.

Then he advised me of the best route to my destination for that time of day. He also let me know that he'd be happy to chat and tell me about some of the sights or, if I preferred, to leave me with my own thoughts.

'Tell me, Wasu,' I was amazed and asked him, 'have you always served customers like this?'

Wasu smiled into the rear view mirror. _No, not always. In fact, it's only been in the last two years. My first five years driving, I  spent most of my time complaining like all the rest of the cabbies do_. *Then I heard about power of choice one day.'

'Power of choice is that you can be a duck or an eagle*.

'If you get up in the morning expecting to have a bad day, you'll rarely disappoint yourself. Stop complaining!' 

'Don't be a duck. Be an eagle. Ducks quack and complain. Eagles soar above the crowd.'

'That hit me right,' said Wasu. 

'It is about me. I was always quacking and complaining, so I decided to change my attitude and become an eagle. I looked around at the other cabs and their drivers. The cabs were dirty, the drivers were
unfriendly, and the customers were unhappy. So I decided to make some changes. I put in a few at a time. When my customers responded well, I did more.'

'I take it that has paid off for you,' I said.

'It sure has,' Wasu replied. 'My first year as an eagle, I doubled my income from the previous year. This year I'll probably quadruple it. My customers call me for appointments on my cell phone or leave a message on it.'

Wasu made a different choice. He decided to stop quacking like ducks and start soaring like eagles.

Have an eagle week..next week... And next...And.... 
😃
A great Thought..

"You don't die if you fall in water, you die only if you don't swim.

Thats the *Real Meaning* of *Life*.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::