...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Tuesday, September 26, 2017

1 Muharram di PD

Al salam alaykum
 
Oleh sbb tak dapat pergi Melbourne, pastu nak menyibuk kat Raung pun aku rasa nak meraung, maka teringat janji 1 Muharram tahun lepas yg nak berkumpul lagi di Villa Seri Azian, PD. Maka, jom la berkumpul di PD.

Berkelah di Pantai Bagan Pinang.
 
 
Tiada aktiviti apa pun. Mula-mula yg kompem nak pergi umah Yan ni aku dgn Erna je. Pastu Eagy sekeluarga nak ikut juga. Maka, aktiviti lepak santai kena ubah sikit la utk org bekeluarga. Kita pergi piknik.
 
 
Plan aku nak ajak pergi Pinik Pantai Pasir Panjang, sbb nak tengok sunset. Tapi, tengok waze cam jauh je. Kesian budak-budak tu nak main air pantai. Jam dah lewat dah. Maka, kami belok la ke Pantai Bagan Pinang. Baru lah muka budak-budak ni happy sikit.
 


Yang penting ada sunset
 
dan Erna pun gembira, dapat amik gambo tempat yg sama macam aku tahun lepas ekekekeeke
 
 
 
Tahun lepas Erna naik kereta lain, maka dia pulang awal. Aku sekereta dengan Fida, Kak Awin dan Ilah, maka kami belok ke pantai nak ber-sunset. Ekekekeeke... Itu yg Erna tak puas hati tu.
 
 
Pagi-pagi takde sunrise, maka kita kira kapal terbang lalu kat Villa Seri Azian.
 
Tema 1 Muharram 1439 - Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara.
 
Dalam jam 10.00 pagi, kami bersiap utk berpisah. Eagy sekeluarga nak pergi Muzium Tentera, Erna nak pulang ke pangkuan suami, aku dan Yan nak ke MELbourneaka.
 
 
Dalam perjalanan, aku minta singgah di Pantai Pasir Panjang.


Kalau sunset cantik ni
 
 
Memang buat kami haru! Hahahaha... Kalau la petang semalam kami ke sini, memang kena kecam la sebab takde pantai utk piknik, dan budak-budak tak boleh terjun laut. Alhamdulillah kami membuat keputusan yg betul demi kemaslahatan ummah.


 
 
Ayuh ke Melaka kita!
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::











Wednesday, October 26, 2016

Kota dan Muzium Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan

Al salam alaykum

Apabila Yan mengajak kami ke Port Dickson bermalam di Villa Seri Azian, aku pun sibuk menggoogle apa nak buat sebelum Yan sambut kami pada hari Sabtu itu. Ye la, Yan kerja Sabtu sampai tengahari.



Seperti yg direkomenkan oleh app Google Trips, kami ke Kota Lukut, melawat tinggalan sejarah.

Nak sampai ke Kota Lukut, on kan je Waze, insyaAllah ia akan membawa kita ke jalan yg benar.


Ok dah sampai, sebelum masuk muzium jom kita tengok anak panah ni bawa kita ke mana

Menyeramkan sebenarnya, selepas jumpa Kampung Lukut, tetiba terus jumpa jalan merah yg lapang. Biar betul anak panah ni.

Kami kembali ke Muzium Kota Lukut. Masuk ke Muzium adalah PERCUMA.

Meninjau keadaan di luar.

Warna tangga sama macam warna tanah merah di Kota Lukut



Meriam Tembaga



Alat pengangkutan zaman Kota Lukut


Perahu Payang

Meriam Raja Jumaat, pengasas Kota Lukut.

Jom kita masuk ke dalam Muzium. Muzium ni terbahagi kepada 4 galeri. Galeri A di bahagian bawah, berkisah tentang sejarah Kota Lukut itu sendiri.

Lukut mendapat nama dari nama pokok melukut, pokok melukut ni adalah sejenis pokok yg rendang.

Peninggalan zaman Kota Lukut

Timba utk bijih timah

Dalam Muzium




Kemudian kami naik ke atas, ke Galeri seterusnya.

Dalam ni takleh amik gambar dah

Dan ini juga, gambar tidak dibenarkan.

Okeh, mereka dah sampai pun


Serambi atas, rasa nak berguling-guling


Rehat jap sebelum ke Kota Lukut

Silalah bertabah ye lutut


Menuju ke Kota Lukut



Keliru, maka bergambar dulu




Tapi, kecewa. Keindahan kota Lukut tidak sama seperti yg digambarkan di dalam mana-mana blog dan webiste yg aku terjah.

Kami tercangak-cangak nak menterjemahkan apa yg kami baca tadi di muzium, mencari lokasi sebenar di mana tinggalan kota, di mana letaknya perigi dan sebagainya.


Sukar meneka pemandangan apakah ini




Maka kami pulang dgn perasan bercampur baur. 

Mungkin pihak pengurusan Kota dan Muzium Kota Lukut dapat memelihara dan memulihara kota ini. Harapan kami mungkin dapat dipasangkan papan tanda utk menunjukkan nama tinggalan sejarah di Kota Lukut, bukan hanya dgn memandang hijaunya rumput tinggi dan lalang, dan tercangak-cangak mencari sendiri tinggalan yg diceritakan di Muzium.




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 20, 2016

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

Al salam alaykum

Cuti Maal Hijrah yg lalu, berkunjung ke Villa Seri Azian di Port Dickson, aku tak lepaskan peluang buat kerahan tenaga sahabat-sahabat naik bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson. Masa ni, puas juga aku google, kat mana sebenarnya nak mula, tapi tawakkal je la ke Hutan Lipur Tanjung Tuan hahaha

Kami mula jam 11.00 pagi , menurut titah perintah Kak Awin, yg menurut firasatnya, kita mula lambat-lambat, sbb mesti nanti takde parking. Nak dapatkan parking, jenuh jugak menunggu.


Layan aiskrim dulu


Seperti biasa, bayaran masuk RM 1.00 seorang. Dan kami mendapatkan info serba sedikit, memang akan ada penunjuk arah utk mendaki Bukit Putih, jadi jangan risau.

Jom kita jalan dulu.


Orang lain dh turun kita baru nak naik

nasib teduh lagi

Tak lama pun berjalan di jalan tar, sekejap je, dalam 15 minit je. 

Sebelum sampai ke rumah api, akan nampak satu kayu dicacakkan sebelah kanan, menunjukkan arah ke Bukit Batu Putih.

300 meter je, apa ada hal? Hahaha

Kan Kak Awin kan?

Ada hal rupanya....


Bagi aku, trek dia ok je, takde la mencanak pun, dan banyak je jalan bahagia. Jadinya, tiada alasan utk tidak berbahagia sepanjang pendakian hahaha


Bau hutan yg segar



Tapi keadaan trafik sesak juga di sini. Ramai yg dah turun, tapi masih ramai yg naik, macam kami!

Antara halangan yg ada, skit je


YB melawat kawasan, santai sungguh Cik Cantik Manis kita


Jom wefie!


Lakonan Juon semata-mata

Nampak dah laut tu? Tak sabar!

Jam 11.40 am, kami dah sampai ke sini, kena panjat skit kat atas utk ke puncak.

Yg ni utk laluan turun

Marilah kita panjat, makin ditunggu orang semakin ramai. 




 Ada dua laluan utk ke puncak, kami pilih yg mudah, laluan di belakang batu yg kami bergambar beramai-ramai tadi.

Mudah je

Jurufoto akan sampai dulu

Jam 11.50 am, kami sampai ke puncak.

Terleka dengan keindahan ini

Pantai persendirian di sebelah sini


1 Muharram 1438, bertemakan "Ukhwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah"

Kami tak lama pun atas ni, makin lama orang makin ramai, dan ramai juga yg tidak mahu bergerak. Tambahan pula, ada sahabat kami yg mahu menyahut panggilan alami.


Cantik kan?



Dah balik la Kak Awin!


Kejap-kejap, tak abis lagi kodak ni


Jangan Erna!


Ok, betul ni kita pulang, jam 12.05 pm.

Aku tak puas lagi di Bukit Batu Putih, insyaAllah, selagi sahabat kami menghuni lagi Villa Seri Azian, kami akan kembali lagi utk episod lain pula.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::