...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Nepal. Show all posts
Showing posts with label Nepal. Show all posts

Monday, April 27, 2015

Gempa bumi di Nepal

Al salam alaykum

Kami dikejutkan dgn berita gempa bumi di Nepal. Terus terbayang kpd ejen kami dan jugak guider dan porter. 

Hantar mesej di FB, hanya Ganesh yg jawab, mereka semua selamat. Lega. 

Rakyat Malaysia juga ramai di sana. Semuanya selamat. Tapi, rakyat Malaysia yang hilang di Annapurna masih lg belum dijumpai. 

Apa pun, harap mereka semua tabah dgn dugaan ni.


Tuesday, March 17, 2015

Gurung Bread @ Tibetan Bread

Al salam alaykum

Roti Gurung yg menjadi kegemaran kami di Banjaran Himalaya. 


Kemudian Huz mintak resipi, aku terus google. Mcm senang je nak buat. 

Aku dapat resipi dari sini:


Cara nak goreng:


https://m.youtube.com/watch?v=GEAQo2Vcohg


Pastu yg cuba buat dulu. 



Sbb aku goreng dlm magic pan pakai minyak sikit je, jadilah gitu rupanya. 

Tapi rasa mmg sama macam kat Banjaran Himalaya. 

Bawak p office, budak office pun suka dan mintak resipi. 


Ainur dah buat. 


Huz pun dah buat. 

Diorg biasa masuk ke dapur, resipi senang macam ni mesti la sekacang 1, 2, 3 je. 

Cubalah, kot korg pun suka. 

Cicah sardin sedap!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 15, 2015

Ke ABC Kita? - Bahagian Akhir

Al salam alaykum

23/02/2015 - Pokhara - Kathmandu


Kami tunggu bas kat tepi jalan je. Dekat la dgn hotel jgk. 


Kata bas nak datang jam 7.00 pagi. Tapi tak muncul-muncul. 


Bas datang dalam jam 8.00 pagi. Internet tak berapa nak bagus, duduk pun kat idle seat, so tido je la. 


Lunch di R n R yg sama kami berhenti semasa nak ke Pokhara. Kami pilih tempat di dalam. 


Mintak pinggan, air panas, dan kami masak makanan kami. 

Naik bas sambung tido semula. Tapi sungguh rasa perjalanan kami sangat lama. Jalan jam, ada ketika mcm tak bergerak. Siap nampak makcik menunaikan hajat dalam longkang. 

Semua dah resah. Sbb duit NPR tak luak lagi. Perempuan tetap perempuan, shopping tetap menjadi agenda nombor 1 selepas mendaki. Hahahaha. 


Kami sampai di Blue Diamond hotel lebih kurang jam 4.00 petang. Tak duduk lama dalam bilik, selepas solat terus keluar utk shopping. 


Aku berpecah dgn diorang, aku nak cari kain sari. Jadinya, aku ikut Rabin ke kawasan pasar, juga di Thamel Street. 


Kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit, dan sampai ke kawasan pasar. 


Menurut Rabin, pasar ni mula sibuk jam 5.00 petang iaitu selepas org balik dari kerja. 


Akhirnya kami masuk satu kedai. Tak berlengah, teruskan aje urusan pembelian. Harapnya, Rabin tak tipu la dgn harga sari tu. 

Kemudian, aku balik ke hotel simpan barang dan terserempak dgn Bella budak  group Santana. Dia sengsorang sbb sakit kaki. 

Jadinya, aku berjalan teman dia usha-usha harga. 

Dalam jam 7.00 malam,  kami bergerak ke Anatolia Restaurant utk makan malam. 


Lepas makan, kami menyuarakan rasa tidak puas hati kami sepanjang masa ekspedisi ke ABC. Bukan tak puas hati apa pun, yg ketika Rabin buat keputusan sendiri dan jgk mengerah tenaga kami melalui offroad. Yg lain bg kami ok je. Makan terjaga. 

Dah, balik hotel dan masa utk mengemas. 


24/02/2015 - Kathmandu - KLIA2


Nampaknya masih banyak lg yg nak dibeli lagi. Maka berjalanlah kita lagi sekali di Thamel Street. 

Kiri kanan tangan penuh plastik. 

Balik bilik, mengemas beg semula. 


Kami bertolak ke airport dgn sebuah bas mini yg semuanya rakyat Malaysia. 

Sedih plak rasanya. 

Semasa daftar masuk ke balai berlepas, masa nilah kami terserempak dgn geng pakatan berjalan yg sampai ke ABC. Rezekinya diorang!


Kali ni pun ramai penduduk Nepal yg nak ke Malaysia utk bekerja. Yg duduk sebelah seat kami, aku tanya dia jawab first time nak p Malaysia. 

Flight kami jam 3.15 petang. 


Dalam penerbangan pulang, kami beli seat belah kiri, nak tengok Everest punya pasal. Aku pikir tak syak lg, itulah puncak tertinggi yg aku nampak dari tingkap flight. 


Ada rezeki mana tau dapat jejak Everest Base Camp plak? Sbb itulah sebenarnya angan-angan aku semasa projek Mendaki Everest Malaysia suatu masa dulu. 

Tak dapat sampai puncak Everest, sampai base camp pun jadi la. Hahahaah, berangan tu kan percuma. 


Walau bagaimanapun, dapat sampai Deurali pun aku rasa nikmat sangat dah!

Dalam flight, terasa lambatnya FA nak hidang makanan. Rindu makanan Malaysia. Dah la lapar! Diorg siap beli makanan tambahan! Hahahaaha. 

FA pesan lenkali beli Quiet Zone kalau nak makan cepat. Hahaahaha, lainkali nak naik MAS la plak. 


Apabila flight mendarat di KLIA2, terasa bahagianya sampai ke bumi bertuah. 


Terima kasih semua Geng Suntali berlapan! Nurul, Fad, Adeq, Athirah, Eein, Nir dan Nisa. Tak lupa jgk utk GGK yg lain. 

Maaf utk segalanya dan terima kasih utk segalanya. 

Oh ya Nurul! Kalu ko baca entry ni, kenapa ye ko menangis masa kita semua salam-salam di KLIA2? Kami terharu dan tertanya-tanya jgk. Peace!

Jumpa lagi di lain trip, insyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, March 14, 2015

Ke ABC Kita? - Bahagian 12

Al salam alaykum

22/02/2015 - Pothana - Pokhara


Selepas Subuh Fad datang ketuk pintu cakap view kat luar cantik. 


Buka tingkap bilik, matahari sedang naik. 



Allah makbulkan doa kami. 


Akhirnya, dapat tengok matahari naik. Alhamdulillah. 


Dan cahayanya memancar ke Bajnaran Himalaya. 


Annapurna South bermandikan cahaya matahari. 


Tidak lupa juga Machhapuchhre. 

Sungguh, mmg cantik suasana pagi di Pothana. Mungkin kami tidak nampak petang semalam kerana kepenatan dan kabus?

Maka, nikmat Allah yg manakah hendak engkau dustakan?




Pagi tu kami menikmati sarapan pagi yg berat. Macam-macam kami order. 

Paling best kentang masala. 


Penkek epal yg sedih. Tapi kenyang je. 


Kami bergembira dengan sarapan kami. Tapi sebenarnya paling gembira sbb hari ni takyah nak berjalan. 


Kami sambung lagi sesi penggambaran. 


Guider dan porter jugak turut sama. 


Tiba-tiba rasa sayang utk meninggalkan Pothana. 


Kami mesti pergi. Hidup kena terus. 


Selamat tinggal Pothana yg cantik!


Dan jam 9.00 pagi, kami meninggalkan Pothana utk ke Pokhara.


Melambung-lambung di dalam jeep. 

Sepanjang 3 jam perjalanan, kami teroleng-oleng dgn lagu Nepal. Lagu diorg sama je rentaknya. 

Sampai di New United Hotel, semua sibuk ber-wifi. Sampaikan bilik pun tatau kat mana. 

Dan tibalah saat berpisah dgn porter. Jiban dan Kaka terus pulang ke Kathmandu sbb Jiban kena p sekolah. 

Saat sedih. Tapi serius, sekeping gambar pun takde. 

Cikgu Nisa pun nangis berpisah dgn adik kesayangan. 

Kami meneruskan aktiviti ber-wifi, mandi siapkan diri dan makan. 

Kemudian kami keluar menjelajah pekan Pokhara. 

Shopping time!

Dari satu kedai ke satu kedai. 

Dan, beli limau lagi dgn makcik yg sama itu hari. 

Kenapa takde gambar?

Hahahaaha


Kemudian, kami makan malam di Lazeez Halal Restaurant. 

Kami mencuba makan momo. Momo tu rupanya mcm dumpling. Pelik sangat namanya. 


Lepas makan, balik hotel. Jumpa geng Santana, bertukar-tukar cerita. Rezeki mereka utk sampai ke ABC

Masuk bilik, mengemas, esok nak balik ke Kathmandu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, March 13, 2015

Ke ABC Kita? - Bahagian 11

Al salam alaykum

21/02/2015 - New Bridge - Landruk - Gandruk - Tolka - Pothana




Memandangkan kami ada lebih satu hari sbb tak dapat naik ke ABC, Rabin bg alternative route sebelum balik ke Pokhara. Katanya nanti view kat situ cantik sesangat. 


Sementara nak menunggu sarapan siap, seperti biasa kita bergambar dahulu. 


Kaka sedang menyiapkan beg kami. Rupanya ini ialah jari terakhir Kaka mengangkut beg kami. 


Eh tak siap lagi rupanya? Kalau tudung tak jadi, mood boleh lari satu hari tau!


Dan seperti biasa, aku akan order roti gurung. Feberet permanently. Hahaha. 


Kami mula bergerak jam 8.20 pagi. Lutut aku macam dah ok skit, alhamdulillah. 


Menurut kata Rabin, kami akan melalui beberapa buah perkampungan tradisional. Oh mcm best gak. 


Sekali lagi merentas jambatan gantung. 


Pemandangan yg aku rindukan. 


Route ni banyaknya jalan bahagia. 


Merentas sungai. 


Dan kami berehat sebentar. 


Dan kami mula memasuki kawasan perkampungan. 


Selepas musim menuai. 


Kebanyakannya adalah tanaman jagung dan bunga mustard. 


Anak yg comel bersama ibunya yg cantik. 


Rumah tradisionalkah?


Pembahagian bantuan kewangan utk warga emas. 


Akhirnya berjumpa jalan raya. Aku rasa penat la plak. Kenapa tak dapat jeep ye?


Perjalanan diteruskan lagi. 


Menuju ke Tolka. 

Jam 12.00 tengahari kami sampai ke Tolka. 


Makcik sedang menenun. Dan akhirnya kami berhenti utk makan tengahari di sini.  Lega rasanya. 


Bekerja utk kelangsungan hidup. 


Kat sini kami berkenalan dgn Yak Cheese. Terbayang kartun Tom and Jerry. 


Aku order Pizza. Sedap walaupun rasa pelik. Tapi, aku tak puas makan. Ye, makan tengahari biasanya nasi, tetiba pizza. Mmg tak puas la kan?


Dan, kami meneruskan perjalanan ke Pothana jam 2.25 petang. Di pertengahan ada kutipan derma utk sekolah. 

Dan, sepanjang jalan di sini, ada seekor anjing yg sering mengikut kami. Kami berhenti, dia pun berhenti. Tapi, dia suka ikut Nurul. Hahahaaha! 

Rupa-rupanya lapar ye!


Jiban sungguh memahami dan baik hati. Dibelikan biskut utk anjing ni mengalas perut. 


Terjumpa pusat ternakan kambing dan bebiri di bawah sana. 

Bagi aku, route hari ni sangat gila! Terasa sangat diperbodohkan. 

Bayangkan, kami bagaikan dipaksa melalui jalan offroad yg bagi kami, jeep je patut lalu, bukan kaki manusia! 

Berapa kali jgk kami bertanyakan pasal jeep, tapi jeep boleh dapat pada hari esoknya sahaja spt dalam itinerary. Itinerary boleh berubah kan?

Lagipun, bukannya dia tak tengok keadaan Fad yg sakit dari semalam lagi. Dan dipaksa plak melalui jalan yg teruk. Kaki yg sedia sakit, bertambah lg sakit. 

Walaupun jalan datar, tapi, bukan jalan bahagia ye, jalan sengsara namanya!


Berehat sebentar di sini. Di sini, aku ditegur oleh penduduk kampung, kenapa aku memakai tudung. Dan aku jawab mcm biasa je, sbb kami Muslim. Dan dia pun pakai selendang di leher dia jadi tudung tutup kepala, seolah-olah bertanya kpd aku, "saya pakai tudung mcm awak, adakah saya muslim?"

Erkk!

Moga dibukakan pintu hati mereka utk memahami Islam dan seterusnya mengamalkannya. 


Aku nampak ada tangga mendaki, jalan alternatif utk ke Pothana. Aku tanya Roshan kenapa kita tak lalu situ? Dia cakap mendaki tangga ke atas dan ke atas lagi. Tak bagus utk kaki aku yg sakit. 


Adoi la. Sebenarnya Roshan sendiri pun pertama kali melalui jalan ni. Sampai hati betul buat kami macam ni. 

Nak kata ada pemandangan cantik, takde pun. Jumpa kampung pun sebuah dua je, pun kecik je kampungnya. Yg banyaknya, kami jalan atas jalan offroad yg berlopak-lopak. 

Dan, pulak tu, jumpa orang mabuk. Seriau!


Dan akhirnya, kami sampai di Pothana jam 5.45 petang. Dapat pulak bilik atas. Sakitnya lutut nak naik tangga. 



Dan, aku mencari-cari juga view cantik Fishtail dan Annapurna yg dikatakan cantik oleh Rabin, tapi takde pun. 

Bak kata Eein, sepanjang kami kat sini, tak jumpa lg matahari terbit dan matahari jatuh. Bukan rezeki lagi. 

Selepas mandi air panas dgn harga NPR 100.00, kami menikmati makan malam dengan diiringi lagu yg dimainkan oleh geng-geng porter kami. 


Aku makan banyak jugak malam tu, balas dendam. 

Dan, Rabin telah pun menguruskan jeep utk menjemput kami pg esoknya. 

Yeay! Kalau ikut itinerary, kami kena berjalan 3 jam sebelum naik jeep! Syukur alhamdulillah, permintaan kami diperkenankan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::