...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Padang. Show all posts
Showing posts with label Padang. Show all posts

Tuesday, May 02, 2017

Terima kasih membawa nama kami bersama

Al salam alaykum

Mereka semua selamat berada di puncak Kerinci.

Terima kasih membawa nama kami bersama...


Gambar Ihsan, Cikgu Bungolale
 
 
 
Semoga ukhwah kita GSH berpanjangan...
 
 
Kerinci, tunggu kami datang tau!
 
 
Tiba-tiba lagu Cinta Pantai Merdeka berkumandang di telinga...
 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, April 27, 2017

7.50 pagi, mungkin saya di ofis

Al salam alaykum

Selamat terbang GSH semua! Selamat mendaki Kerinci! Selamat ber-karaoke di puncak sana. Selamat be-reunion. 

Sob sob sob. 

 

Aku je sorang tak naik kapal terbang itu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 25, 2014

Selamat Jalan

Al salam alaykum

Semasa aku amik master kat UiTM, lecturer kami telah bertanya, "Saya percaya kamu semua pernah naik kapal terbang kan?"  Pada tahun 2007. Perlahan aku angkat tangan, "saya belum pernah naik kapal terbang." Rakan sekelas terkejut. Air Asia pun takkan tak pernah? Tak pernah. 

Kak Gee, ajak aku ke Bandung. Tahun 2010. Gembira dapat naik kapal terbang. Selama ni dengar kakngah je bercerita. Ye la, dia kan belajar kat seberang Laut China Selatan. Air Asia, MAS semua dia tapau sorg. 

Tp naik kapal terbang Air Asia, bak kata mak aku, macam naik bas je. Hehehe. Walaupun sama perasaan mcm naik bas, tapi aku gembira je, dapat pergi tempat yg jauh. 

Pertama kali naik kapal terbang, bersungguh-sungguh mendengar taklimat keselamatan. Walaupun aku pikir tak praktikal langsung cara Air Asia tu. Ye la, masa tu diorg buat taklimat live dlm flight, takde rakaman. Suara tak jelas. Speaking English tatau slang mana. Dah la aku kurang paham English, dapat plak slang ntah apa-apa. Lepas tu, mcm dh biasa naik kapal terbang, langsung buat tak hirau taklimat keselamatan tu. 

Sampailah pada 08/03/2014, sebelum bertolak ke LCCT, aku mendengar berita pesawat MH370 hilang. Hari itu, pertama kali selepas beberapa tahun, aku mendengar semula dgn teliti taklimat keselamatan tu. Dan rajin jugak aku membelek risalah keselamatan yg terselit pada poket kerusi. 

Dan, selepas 2 minggu, selepas beberapa penemuan objek-objek di Lautan Hindi, kita dikejutkan dengan berita "Penerbangan MH370 disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi". Pilu. Tak terbayang bagaimana kesemua kru dan penumpang pesawat tersebut mengendalikan situasi cemas itu dan berusaha utk menyelamatkan diri. 

Dan, bertambah lagi kesedihan apabila sahabat memberitahu ibu kpd salah seorang penumpang pesawat menelefon Awani utk bertanyakan apa sebenarnya intipati PC oleh Perdana Menteri. Katanya, Suhaimi Sulaiman menangis semasa menerangkan situasi kpd ibu terbabit. Menangis aku! Aku tak tengok Awani sbb aku takde Astro kat KL ni. 

Salam takziah utk semua yg terlibat dgn MH 370. 


Masih berharap ada sejalur sinar utk mereka walaupun agak mustahil. Tapi tiada yg mustahil bagi Pencipta alam ini. 

Teruskan berdoa. Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, March 14, 2014

Padang - Pengangkutan, Itinerari, Perbelanjaan & Lain-lain

al salam alaykum

1. Pengangkutan:

utk sewa kenderaan dan supirnya sekali, boleh la hubungi Abang Aldi:

contact no: +6281363385879

e-mel: aldi_safri@yahoo.com

dan jugak si Amroe Saja ni...

tel no: +6281374228383

servis Amroe ni mmg tip top la... tapi mulut dia boleh tahan la... walaupun lembut je percakapannya, tapi "bernas" terkena... siap ada pesanan utk aku, jangan cepat marah... 

terima kasih kerana mendoakan kami dimudahkan urusan jodohnya... aamiin

sebenarnya kami berurusan dengan Aldi, tapi sbb dia ada job besar, dia bagi kat Amroe layan kami... kami jumpa si Aldi sekejap je... sbb Am nampak mobil dia kat Rumah Makan...

Amroe kira duit...

Innova yo!

selain daripada tu, kalau korg advenceres, boleh la naik bas ataupun angkut-angkut... aku ada jumpa dia sewa moto speda je... IDR 70,000 sehari kalau tak silap...

2. Itinerari

Di bawah ni itinerary daripada pihak Aldi, tapi tak digunakan...

ITINERARY :

HARI 01 ( 8 MARCH 14 ) : PADANG – BUKITTINGGI
Kami akan dijemput di Bandara Minangkabau In’t Airport Padang, selanjutnya menuju kota Padang dengan kunjungan : Pantai Air Manis ( Batu Malin Kundang / anak durhake ), Pantai Muaro, Jembatan Siti Nurbaya, selepas makan tengah hari berangkat ke Kota Bukittinggi diperjalanan berhenti di : Air terjun Lembah Anai, kampung Pandai Sikek, selanjutnya check in Hotel & rehat. (pergi ke Air terjun Lembah Anai, Pusat Dokumentasi Rumah Minang dan makan Bika di Koto Baru je)

HARI 02 ( 9 MARCH 14 ) : BUKITTINGGI – MANINJAU TOUR
Setelah sarapan pagi, tour ke Tasek Maninjau diperjalanan berhenti di : Kampung Koto Gadang, Panorama Sei Landie, Lawang Top, Embun Pagi selanjutnya makan siang di Maninjau Indah Restaurant, siang harinya Bukittinggi City tour dengan kunjungan : Panorama Ngarai Sianok, Benteng Fort De Cock, Kinantan Zoo, Clock Tower ( Jam Gadang ), makan malam dan balik htl. (pun tak pergi... pergi ke Lobang Jepang, batu Sangkar, Pagar Ruyung, Pandai Sikek dan Rumah Sulaman)

HARI 03 ( 10 MARCH 14 ) : FREE PROGRAM (seharian di Pasar Aur Kuning & Pasar Atas, Jam Gadang)

HARI 04 ( 11 MARCH 14 ) : HOTEL – MINANGKABAU IN’T AIRPORT
Selepas solat subuh, berangkat ke Bandara Minangkabau Int Airport untuk kembali ke Kuala lumpur dan tour selesai. (sepatutnya ke pandai Malim Kundang, tp ke pasar Aur Kuning, dan terus ke airport :'( 

dalam itinerary takde pun tulis tempat shopping... tp sbb Kak Awin dan kawannya mmg dah survey awal-awal, so diorg mintak Am singgah ke tempat sulaman di sepanjang perjalanan kami... uwwwaaa!

tapi ko habis duit utk kain kemain lg ye Kay!

3. Shopping

Am bawak kami singgah di mana-mana rumah sulaman yg ada di sepanjang perjalanan ke Bukittinggi...

Antaranya:

1. Putri Minang


Harganya boleh tahan mahal la jugak... tp mungkin sbb kami takde mood shopping lg, so takde la nak menawar-nawar harga... baru hari pertama... tapi Am cakap kalau tiba-tiba teringin dia boleh bawak lagi sekali...

2. Linduoang Bulan



Pun sama dengan Putri Minang... tp aku rasa kain kat Putri Minang lg ok kot... harga kat sini murah skit dari Putri Minang (sebelum tawar menawar)

3. Yenie Bordir


Kat Yenie Bordir aku nyaris tertewas... cantikkkk sangat! berkualiti jugak... kain pun tak pecah... tapi harga jangan tanya laa! kain telekung sampai RM 300 pun ada... kain pasang sulam RM 130 lepas tawar.... huhuhuhu... tak mampu!


nasib baik aku tak termimpi, kalau tak kompem mintak Am bawak kan semula ke Yenie Bordir...


cantik kan? mahal ok!

4. Lobang Jepang



kat Lobang Jepang ni korang boleh beli souvenir yg cantik dan murah... ada lukisan, key chain, FM, selipar kulit, tas tangan etc etc... harga mmg dah tersangat murah, takleh nak tawar dah...

kalau kain telekung dan sulam pun ada, tapi tak banyak pilihan la... 

5. Sulaman dan Bordir Oke


kat sini boleh dapat murah jugak... layanan pun mesra, alhamdulillah... seronok... dan aku tewas... 


6. Sulaman & Bordir Cahaya

kat sini mmg terbaik! kami pergi malam... siap hidang air teh manis dan makan murtabak mesir... Ibu Yuni ada kedai kat Pasar Atas, tapi mahal la skit... kalau kat gudang dia ni, dia bagi harga pukul rata... cantik-cantik... kain pun berkualiti... 


7. Pasar Aur Kuning

kat Pasar Aur Kuning ni mmg syurga la... korang boleh beli blouse dengan harga serendah IDR 30,000 (RM 10.00)... cantik plak tu... tp free size la... mcm aku yg pakai XL ni, harga bermula IDR 50,000 la... tp masih lg untung... kalau kat Malaysia, mau harga RM 70.00 sehelai... kain pasang pun murah... cuma jubah pun sama harga mcm kat Malaysia... RM 50.00 takleh lari... ada yg dapat dalam RM 20.00, tp mmg sgt keindonesiaan... so aku tak beli la...

selain blouse, jubah, korang boleh beli tudung bawal jugak... IDR 10,000 sehelai... aku tak beli sbb aku tak suka tgk tepi tudung tu tak berjahit... hahahaha...

telekung sulam pun murah... kain lace pun ada... kain batik dari Tanah Jawa pun ada... cuma kain sulam dia tak menarik... kain pun pecah... so tak dinasihatkan utk membeli kain sulam kat sini 

t-shirt2 pun ada... aku suka sbb kat sini banyak t-shirt lengan panjang walaupun aku beli selai je... heheheeheh

8. Pasar Atas (Pasar Wisata Tanahtinggi)

kat Pasar Atas, korang boleh dapatkan kain sulam, telekung, t-shirt dan souvenir jugak... tapi harga agak mahal... tawar cemana pun harga mati kat situ je... ada dapat kain sulam, RM 45.00 sepasang... tapi ibu tu cakap, "ibu tak jamin kainnya tak pecah" sabo aje la... kalau kain yg ok, mmg RM 90 ke atas... maaf ibu, sbb byk kain ibu yg saya test sampai pecah... 

kalau kat Pandai Sikek, ada tudung bawal sulam, dapat IDR 20,000, kat sini IDR 30,000 takleh kurang dah... tapi aku tak beli walaupun sulamnya cantik, sbb tudung bawal tu tepinya tak berjahit... cerewet kan?

9. Pandai Sikek

Pun sama je la kat mana-mana rumah sulaman dan bordir yg lain... susah nak tawar jugak... hati pun jadi tawar la... ekekeke

habis la bab shopping...

4. Telefon dan Internet

korang boleh beli simkad kat Indonesia... call pun murah, internet pun laju... kalau korang pengguna internet tegar, disyorkan membelinya... kalau pengguna internet macam aku ni, biasa-biasa je, harapkan wifi je la... setiap tempat yg kami singgah, mmg ada disediakan wifi percuma... cuma sila la rajin dan tebal muka utk tanya password...

5. Perbelanjaan

mari kita mengira...

Tiket AA: RM 72.00 (return/pax)
Baggage (18 kg): RM 35.00
Hotel Mitra Arena (4 hari 3 malam): RM 425.00 (5 org)
utk seorang: RM 85.00
Minyak, tol & parking LCCT: RM 31.00
Makan Merrybrown: RM 7.05

Total: RM 230.05

Sewa Van & Supir: IDR 1,600,000/5 pax/3 days
seorang: IDR 320,000
Padang Airport Tax: IDR 100,000
Tips utk Amroe: IDR 20,000

Total: IDR 440,000 (RM 125.97)

08/03/2014:
Air terjun Lembah Anai: IDR 3,000
Bika Koto Baru: IDR 6,000
Makan di RM Sederhana: IDR 32,400

Total: IDR: 41,400 (RM 11.85)

09/03/2014:
Tiket Lobang Jepang: IDR 8,000
Ole-ole Lobang Jepang: IDR 185,000
Kerepek Ummu Aufa: IDR 70,000
Makan di RM Flora: IDR 35,200
Tiket Istana Pagaruyung: IDR 10,000
Tips Istana: IDR 4000
Keropok bawang: IDR 25,000
Shopping Rumah Bordir Oke (Telekung): IDR 1,650,000
Shopping Rumah Bordir Cahaya (Kain Pasang): IDR 500,000

Total: IDR 2,487,200 (RM 712.09)

okei, dah muflis... mari cari cimbeng!

10/03/2014:
Angkut-angkut: IDR 5,000
Makan di RM Simpang Raya: IDR 35,000
Kain batik: IDR 395,000
T-shirt 3 bersaudara: IDR 75,000
Stokin sepit: IDR 60,000
Blouse ma dan adik: IDR 190,000
Telekung segera: IDR 30,000
Seluar Azura: IDR 80,000
Tshirt aku: IDR 35,000

Total: IDR 905,000 (RM 261.55)

11/03/2014:
telekung segera: IDR 25,000
Seluar batik: IDR 30,000
Makan soto: IDR 21,000

Total: IDR 76,000 (RM 21.96)

lain-lain (belanja dalam RM dan Kad Kredit)

Shopping Rumah Bordir Oke (Kain Pasang) - Kad Kredit: IDR 780,000 (RM 225.24)
Kain Batik Lepas: RM 15.00
Budak mintak duit RM 1.00: RM 2.00
Kain sulam peniti Pasar Atas: RM 90.00

Total: RM 332.24

Jumlah besar: RM 1,695.71


aku tukar duit RM 900.00 je... sbb tak sangka plak kain sulam yg terbaik harganya mmg "terbaik"... ada kain sulam RM 50 ke bawah, tapi bila aku tarik kainnya, mmg pecah la kain satin tu... yg RM 75 ni ok, tak pecah pun bila aku tarik...


Sejarah Bukit Tinggi


ok, tu je...

kesimpulannya, aku nak pergi lagi... aku nak terjah banyak tempat yg tak berkesempatan utk aku pergi... rumah Pak Hamka, muzium, Danau Meninjau, Pantai Air Manis, bandar Padang sendiri... mungkin juga disebabkan cuaca yg tak bagus... maka perjalanan kami pun jadi tidak berapa manis...

tujuan utama berjalan ialah mengenali tempat orang, mendekati rumpun bangsa, dan juga mendekatkan diri dengan Pencipta kita...

nak cari tiket pi Padang utk tahun depan! 

InsyaAllah, jika ada rezeki, kita akan jumpa lagi di Ranah Minang...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 13, 2014

Nun Jauh Di Tanah Minang - Hari Ketiga & Terakhir

al salam alaykum

10/03/2014

Pagi ni Am tak amik kami, sbb kami bayar dia utk 3 hari je... jadinya Am akan ke ladang ibunya...

Dan... baru aku tau, aku salah ikut group... hahahaha... ni group shopping rupanya! bukan group jalan-jalan tengok tempat orang... alahai!

kami nak van angkut Tigo Baleh, tambang IDR 2,500 seorg...

destinasinya ialah, Pasar Aur Kuning...

kat sini katanya syurga utk semua kaki shopping dan jugak pemborong-pemborong barangan... harga mmg sgt murah! tp utk kain sulam, kena hati-hati la... sbb katanya murah kan, mungkin kualitinya tak bagus...


Toko Hanifah di Aur Kuning

telekungnya murah-murah... utk telekung sutera, ada yg bagi harga pas kat aku IDR 100,000. kat sini boleh dapat IDR 70,000. banyak jugak bezanya...

dalam pasar

telekung digubah utk hantaran

kat Pasar Aur Kuning ni aku beli stokin sepit sedozen, harganya IDR 60,000. Murah tak? tak sabar nak beli sandal baru... huhuhuhhu

perut melapar, kami makan di Rumah Makan Simpang Raya... biasalah, hidangan nasi padang...

antara lauk pauk atas meja kami

kemudian, mereka sambung lg shopping... aku tengok-tengok je la... 

petang skit, balik ke hotel, simpan barang dan solat... kemudian jalan kaki ke Pasar Atas dan Jam Gadang...

kena daki tangga jugak!


kat Pasar Atas ni harganya mahal skit... dan banyak jugak barang bundle... kat pasar Atas ni macam-macam ada... 

belut kering... uishh!

mari belanja bu!



kawasan jam Gadang

Jam Gadang, siang dan malam...

Pasar Atas dibuka dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang sahaja setiap hari...

kami makan bakso kat Ramayana... terima kasih kak Awin belanja kami... balik ke hotel utk mengemas sbb esoknya dah nak check out...

11/03/2014

pada pagi ni, seingat aku Am akan bawak kami ke pantai Air Manis, utk melihat batu Malim Kundang... tp tengok-tengok dia membelok ke Pasar Aur Kuning... ada yg tak puas shopping lg rupanya...

kecewa aku!



oleh sbb kesuntukan masa, mmg itinerary pada hari ni dibatalkan... flight balik jam 2.25 pm... nak kena ada kat airport jam 12.00 pm sekurang-kurangnya... perjalanan dari Bukittinggi ke Aiport makan masa 2 jam... mana la nak sempat ke tempat lain... nak pusing bandar padang pun takut tak sempat... 

sungguh, aku kecewa!!

bukan senang nak sampai... bukan senang nak dapat tiket murah... bukan senang nak dapat cuti... bukan senang nak ada duit...

so, sepanjang perjalanan, aku merepek je la dgn si Am... 

sampai aku kena pesan dengan si Am "Jangan suka marah-marah walaupun muka ada senyum"

tapi terima kasih la kat Am ni sbb layankan aje karenah kami ni... aku nak manggis, dibelikan manggis, dia belanja katanya... 

sambutan hari ulang tahun

di Serambi Mekah (Padang Panjang)

selamat jalan!

jambatan bosi...



nasi ni sesenduk je tau! aku tak cukup, tambah dgn nasi jampi... hahaha

Am bg dua pilihan kat kami, sama ada nak makan kat Lamun Ombak, ataupun makan soto dekat dengan simpang ke airport... kami pilih utk ke airport la...


aku tinggalkan Padang dengan perasaan "aku kena datang lg"

walaupun tak berapa nak puas, sbb bg aku nak sampai ke suatu tempat byk menda yg terpaksa aku korbankan, tapi bila sampai tak dapat nak jalan-jalan betul, mmg tak puas hati tu ada...

walau apa pun, terima kak Awin sbb ajak saya berjalan... jangan serik utk ajak saya lagi...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, March 12, 2014

Nun Jauh Di Tanah Minang - Hari Kedua

al salam alaykum

09/03/2014

Bangun Subuh, azan bersahut-sahutan dari setiap masjid... selepas solat Subuh, kedengaran pelajar-pelajar pesantren berlatih menghafaz, berlatih berceramah dan sebagainya.... tenang dan damai je di subuh yg hening...

Selepas sarapan, Am pun dah tunggu kami utk ke destinasi seterusnya...


Pasar Bawah, dekat hotel kami je...



mula-mula kami ke Lobang Jepang...


Lobang jepang ni adalah kubu persembunyian askar jepun suatu ketika dulu... lubang ni digali dengan kerahan tenaga rakyat Indonesia...

jerubu! sedih...

jom la kita masuk tengok

ada 130 anak tangga... perit!

banyak biliknya...

mula-mula diorang tanak masuk... tapi aku berkeras nak masuk... nama pun pelancong, semua menda la aku nak tengok...

tapi sampai ke simpang jalan lepas turun tangga dalam tu, diorang ajak keluar dah... 

ada muzium



macam dah takde apa nak ditengok, kami pun nak berangkat ke Batu Sangkar, Pagar Ruyung... tapi tiba-tiba nak berborak plak dengan penjual tiket tu... dia cakap pergi lah ke hujung sana skit, boleh tengok pemandangan cantik...

ada lukisan, murah-murah...

tapi, disebabkan jerubu yg tebal, takde la nampak sangat... sedih kuasa dua....

nampak hijau ni pun aku edit... katanya namanya Ngarai Sianok


yg sampai ke hujung ni, hanya aku dan Kak Kam... mana orang lain? sibuk shopping rupanya! tensen...


mmg ada kedai-kedai kat Lobang Jepang ni, harga pun murah...

Kemudian kami terus ke Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim... 

Sanjai? apa tu?

ubi kayu daaaa!

proses menggoreng...

kerepek ubi kayu pelbagai perisa...

dah siap, 3 kotak dibeli...

aku tak beli banyak apa pun... sbbnya produk ubi kayu kat Malaysia banyak... cuma aku beli kerepek ubi perisa jagung rebus... sedap! sampai kompius makan kerepek ubi ke atau makan jagung?


dan selepas itu, kami singgah ke Hj Rosma Bordir... 


tengok orang buat sulam kerawang

susah jugak! tapi mesin jahit tu macam-macam dah dibuang...

kami sekejap je kat Sulaman Hj. Rosma ni... harga pun mahal-mahal... takut den!

kemudian, ke Kedai Kopi Kiniko... oh ya, rata-rata kat sini menyediakan wifi free... seronok la sekejap... boleh tanya khabar pasal MH370 sambil-sambil reply whatsapp office... 


sila layan diri utk kopi kawah daun...


sambil minum kopi, kita main congkak sekejap...

kat Kiniko ini pun ada jual kerepek sanjai, tapi harganya mahal la sikit... dan keutamaannya adalah produk kopi sebenarnya...

perut pun dah lapar, kami singgah makan di RM Flora... Am cakap sini sedap... 


patut la namanya Flora kan?


tapi bagi aku, yg sedapnya ikan bakar je... yg lain biasa-biasa je...


jugak utk dijual...


lepas makan, bertolak ke Pagar Ruyung... tapi jumpa sawah padi yg cantik... terus mintak Am berhentikan mobil...

sawah kat Malaysia takde ye?







aku nampak istana Silindung Bulan di sebelah kanan, mintak jugak diberhentikan mobilnya...




tapi Istana ni dalam proses pembaikan... katanya terlibat dengan kebakaran...


pokok kelapa berkelok-kelok ni dekat je dengan istana Silindung Bulan


dan sampailah kami ke Istana Basa Pagaruyung...

                                        

Istana ni sebenarnya telah pun terbakar pada tahun 2007 dulu... dan proses pembinaan semula memakan masa selama 3 tahun...


tapak istana juga telah dianjak ke belakang sedikit dari tapak asal sejauh 300 meter...

si dara sedang menunggu udanya kembali dari medan perang...

ruang makan istana

oleh sbb kami tak berkesempatan ke Kelok 44 utk melihat tasik Maninjau, kami dibawa ke Danau Singkarang... tapi kecewa jgk la... lepak sekejap je... mmg tak dapat pemandangan yg mengasyikkan pun... gara-gara jerubu di Riau...

pastinya cantik dengan kehijauan dan kebiruan langit... sila bayangkan sendiri!

lala yg pedas!

dalam perjalanan balik ke Bukittinggi, kami dibawa menyinggah ke Pusat Tenunan Pandai Sikek...

kat sini banyak kedai yg menjual tenunan... maksud Pandai Sikek tu, pandai menenun la...


salah satu pusat jualan tenunan

tenun songket

musolla terapung...

pemandangan indah di belakang musolla

melihatkan kami ni takde beli apa pun di Pandai Sikek, Am bawak kami singgah di Sulam & Bordir Oke, Koto Baru...

harganya boleh tahan la... kena la tawar menawar...

dan kat sini aku jumpa telekung yg cantik sama di Lobang Jepang... harga di Oke ialah IDR 270,000... di Lobang Jepang, aku dapat harga pas IDR 250,000... tp macam orang tanak pergi dah je ke Lobang Jepang... aku beli je la kat sini... pejam mata je la...

sekejap je aku dah muflis rupiah...

tengok je la orang lain membelanjakan rupiah... hahahaha


dah kenyang mata, kena la kenyangkan perut... kami teringin nak makan Bakso... 

gerai bodo je...

sedap! nak tambah segan, sbb Am belanja, sambut ulangtahun ke 39... hahahaha

dan pengakhirannya, Am bawak kami ke Bordir Cahaya... ibu Yuni bagi harga pas yg sgt istimewa... alhamdulillah... tp aku kan dah takde rupiah sangat... amik 2 helai je la... sambil teringt kat mana la aku nampak cimbeng ni tadi...


kat sini kami lepak sampai jam 10 malam... habis semua plastik kami buka nak tengok cantik ke tidak kainnya... hahahaha... kalau aku, aku tarik kain tu, bekoh ke tidak... kalau tak bekoh, kira mmg kain best la... 



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::