...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

Puding Raja - Royal Pudding

Al salam alaykum

Aku tak perasan pun kedai ni kat situ walaupun selalu lalu situ hantar adik aku ke asrama.

Sampai la Kak Zack msg aku nak kirim beli Puding Raja Pahang. Biasa aku beli kat Tok Mak je.


bekas kecik RM 6.50

Harga agak ok jugak.

Rasa, aku tak rasa sbb aku beli dua je, lepas tu adik-adik datang bagi diorang la makan dulu. Mak aku cakap rasa sedap, sama macam Puding Raja Pahang Tok Mak, cumanya kuah agak cair sedikit.



Kalau korang ke Kuantan, boleh la mencuba. Tak pun boleh beli di Lembah Keramat dan jugak di Beserah House, Alam Damai, Cheras.

IG: @puding_raja

Aku pun nak rasa jugak. Kalau rajin, ke Lembah Keramat la kita, dekat je.

:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Wednesday, May 11, 2016

JJCM: D' Selera Pantaa

Al salam alaykum

Adik aku forward gambar


Mak aku ajak la pergi cari

Terletak di Pantai Kempadang.

Pantai Kempadang ni pun baru kali kedua sampai la kot. Kalau kali pertama tu mak aku cakap masa lama dulu pergi tengok adik aku berkhemah.


Orang agak ramai jugak.


ICT, RM 5.00 seekor

UCT, ikut saiz, panas-panas ni

UCT, yg ni saiz besar, RM 7.00 seekor

SCT, RM 4.00 seekor

Ada juga pelbagai jenis nasi dan mee. Aku order mee kari, dah habis. Mak aku nak makan nasi dagang, pun habis.

Ada juga keropok lekor, dan jugak pisang goreng. Keropok dia bagi aku, gatal lidah. Goreng pisang, biasalah, dapat yg lembek-lembek, mmg sedap sangat! Lupakan segala kalori la jawabnyaaaaa

Ada air kelapa jugak, tapi dalam gelas besar, harga RM 2.00

Bagi aku, sedap dan segar. Harga pulak, biasa la mana-mana pun sama je.


Lepas makan, boleh la bercanda di tepian pantai. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, November 11, 2015

Tanah runtuh

Al salam alaykum

Baru lalu pagi tadi balik dari Kuantan. Alhamdulillah cuaca ok. Sebab tu 2 jam dah boleh sampai. Gerak dari rumah sesudah Subuh, jam 8.00 dah sampai Setiawangsa. Kaki tekan minyak sampai 160km/j. Tengok-tengok, minyak habis 3/4 tangki. Biasa 1/2 tangki je maximum.





Aku tak tengok berita, sbb tv adik-adik housemate yg konker. Harap-harap takde kehilangan jiwa dalam kejadian ni. 

Satu pengajaran, bumi sudah mengamuk!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, November 09, 2015

Kawan ke Pekan

Al salam alaykum

Makan murtabak terbaik Pekan di Deris Pekan Best Murtabak. Ada orang panggil Murtabak bilik mayat jugak. 


Bagi aku sedap la jgk. Macam murtabak Makassar Pekan. Tapi mak aku cakap paling sedap Murtabak Pekan kat R&R Muadzam Shah. Aku tak sempat nak rasa pun lg. Asyik tutup je kalau aku pergi. 

Lokasi: di tapak pekan sehari bandar Pekan. 

Harga:
Daging @ ayam biasa: RM 7.00
Daging @ ayam spesial: RM 9.00
Big special: RM 12.00

Alang-alang sampai, singgah Muzium Pekan. Dah petang mmg tak sempat la masuk. 

Adam cakap "Adam takut la tengok bumbung tu"

Kuda tu bergerak ke Adam?


Dah jom balik. 

Plan asal mmg nak p berjalan-jalan di Pekan. Tapi mak ayah aku sibuk kalahkan wakil rakyat dgn mcm2 program di kejiranan kami. Takpe la, janji bahagia. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, November 03, 2015

Menghilir di Sungai Pahang

Al salam alaykum

Melawat Che Mah dan baby-nya di Temerloh, singgah la jenguk Sungai Pahang jap...

Harapan hati nak bergambar kat ejaan T-E-M-E-R-L-O-H, tapi dah takde plak... tunggu lepas banjir sekali lagi baru pasang semula kot...

Sambil tengok Sungai Pahang, teringat lagu "Menghilir di Sungai Pahang"... selalu main kat radio Pahang masa kecik-kecik dulu...



Tinggal kerangka je kat seberang sungei... acu tengok bumbung tu, rosak masa banjir agaknya


Hulu ke hilir tu? aku pun kurang pasti...


pertemuan dua arus, Sungai Pahang dan Sungai Semantan


Asal usul Kuala Semantan


kami di Jambatan Gantung


Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang (3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar (2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan (2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra (2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan (2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja (2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

Penuh perjuangan

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, August 10, 2015

Dapat makan skong bahagia rasanya walau sementara

al salam alaykum

Sejak kenal scone Y&Z Agro Farm. Cameron Highlands, dah tak pandang dah scone kat tempat lain.

Jatuh cinta dgn rasanya.

Cuba buat scone sendiri utk melampiaskan rindu. tapi masih lagi rindu tak bertepian... hahahaha

Akhirnya rindu pun terbalas di Tanah Tinggi Cameron.



tu coklat utk strawberi kat situ... coklat tu sangat yummy! saja tambah makan sekali dgn scone, sbb sedap sangat!

Rugi plak terlupa nak beli jem strawberi dia... boleh buat skon lg... dan rugi plak tak grab offer Lazada oven Morgan harga RM 99.00 minggu lepas, minggu ni dah habis stok! Kan dah tak boleh nak bakar skon!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, August 09, 2015

Jangan lupa namaku nanti di sana ye!

Al salam alaykum

Korang berlari la, aku temankan aje. 



GSH berkumpul cukup lengkap ahli. 




Berkumpul di kawasan kakak "saya Bungolale"



Bersama dua Cikgu Pengiring... tajuknya ialah Lawatan Sambil belajar ke Ladang Teh di Cameron Highlands.



Tak penat-penat bercakap. 



Tak berhenti-henti makan. 

Makan, cakap, gelak. 

GSH till Jannah. 

Nurul Hafizah, Fadzilah, Norlizah, Norhamizah, Nor Athirah, Amy, Norbaizura, Nur Haedzerin, Nir Azmin dan Hanisah.

Jangan lupa namaku nanti di sana ye!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, May 07, 2015

Memburu Pelangi - Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing

Al salam alaykum


Dah lama nak pergi, tapi takde kesempatan. 

Kemudian plan nak camping dgn GS, pun tak jadi jgk. 

Jadinya, balik kali ni cuti lama, cakap kat pa dgn ma, nak p Sungai Lembing dgn Fidah hari Ahad 3/5/2015. 



Segalanya Fidah yg uruskan. Book 4x4, kemudian dia amik aku kat rumah, thanx Fidah. 

Kalau korang nak book, banyak sebenarnya operator yg bawak pergi ke Air Terjun Pelangi. Harga la berbeza. Ada RM 40.00 sorang, ada RM 45.00 sorang, ada katanya lagi mahal. Ikut bekal makan apa yg akan disediakan nanti di sana. 

Dan 4x4 ni boleh muat minimum 10 org, maksimum aku tengok 20 orang. Bergantung cemana cara operator susun bangku dalam belakang 4x4 tu. 

Aku amik yg RM 40.00, dapat la nasi lemak dan air mineral sebotol. Kalau korang berminat, boleh la tepon nombor di banner gambar di atas. 


Kami gerak dari depan Balai Polis Sungai Lembing jam 6.45 pagi. Layan offroad selama 1 jam 30 minit. Jarak dari jalan besar ke Lubuk Beruk, 13 km je sebenarnya. Tapi layan je la. 


Tapi, hari tu, macam pesta! Ramai betul orang! Dan yg ramai orang Cina! Memang betul-betul. Kebanyakannya datang dari KL, Negeri Sembilan pun ada. Yg datang dari Kuantan? Aku dgn Fidah je kot. Kih kih kih. Sweet escape la sangat!


Dalam jam 8.30 pagi, kami harung Lubuk Beruk. Dalamnya dekat dgn pinggul aku. Oh ya, simpan je kasut hiking tu dalam beg. Pakai je selipar bongek, sandal hiking pun boleh, dan yg paling best kasut getah ataupun adidas kampung. 


Selepas harung sungai, mulalah kita jungle trekking. Kalau tak jam dgn barisan manusia, mungkin boleh sampai dalam 20-30 minit. Tapi ramai sangat yg berbaris, maka kami amik masa 40 minit. Manakan tidak, 5 langkah menapak, setengah minit menunggu. 


Dari jauh dah nampak air terjun. Tapi mmg air yg terjun takde la banyak. Macam air pancut automatik siram pokok  kat kebun sayur besar. 

Dah ramai sangat orang, tatau nak lepak mana. Kami panjat ke bukit tinggi skit, duduk diam-diam kat situ layan nasi lemak. Sambil terliur dgn maggi cup dan air milo jiran. Hahaahaha. 


Sebenarnya kami terpisah dgn group 4x4 kami. Mereka 2 keluarga dari Negeri Sembilan yg bawak baby 6 bulan. So lambat la skit. Kami jalan depan. 


Kami menunggu pelangi muncul dengan doa dan harapan. Mmg harap sangat muncul. Sbb cuaca agak mendung. Nak terjun dalam air mmg tak selera langsung! Ramai sangat. 


Waktu yg pelangi cantik keluar dalam lingkungan masa 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. 

Alhamdulillah rezeki. Dapat tengok pelangi pertama selepas 10 minit menunggu. Kemudian selang setiap 5-10 minit. 

Ada yg jelas nampak warnanya. Ada yg samar-samar, amik gambar pun tak nampak sangat. Tapi bentuknya mmg tak penuh. Tak dapat tengok dari hujung ke hujung. Tapi ni pun rasa dah puas sangat-sangat. Syukur dgn rezeki Allah bagi. 


Dalam jam 10.30 pagi, lepas 15 minit tunggu pelangi tak muncul, cuaca pun dah mendung, kami gerak balik. 


Sapa nak ke tandas, ada selepas harung Lubuk Beruk. 

Harap selepas ni aku dapat lagi sampai ke Air Terjun Pelangi ataupun panjat Bukit Panorama. Bila la lagi cuti panjang ni?

Kalau korang nak join aktiviti memburu pelangi di Air Terjun Pelangi Sungai Lembing, ataupun lain-lain aktiviti, boleh la hubungi kak Melati Hamid. InsyaAllah, harga berpatutan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, November 17, 2014

Taman Negara lagi!

Al salam alaykum

Demi Taman Negara, sanggup amik cuti hari Jumaat 14/11/2014! Aku heran kenapa Treasure Hunt main hari Jumaat. Tapi, kalau hari Sabtu mesti ramai yg join. Mungkin kebarangkalian kami nak dapat hadiah pun tipis. 


Dah dekat dua tahun tak masuk Treasure Hunt. Kali ni kami menyertai Cuti-cuti Mutiara Taman Negara Treasure Hunt. Seronok!

Yg join kali ni, anggota wajib, Nurul dan Fad, Amy, Cikgu Nisa dan Cikgu Nir. Aku join group Nurul dan Fad. Pencarian bermula dari Taman Seri Gombak sampai la ke Jerantut. 


Penin jugak! Dah lama tak masuk la katakan! Soalan susah-susah jugak, seperti biasa. Tapi dah nak jadi rezeki, dapat jugak kami nombor 5 dan 6. Alhamdulillah. 


Tujuan utama aku join Treasure Hunt ni ialah utk tido di Mutiara Resort Taman Negara. Sejak pertama kali pergi ke Taman Negara tahun 1993 dulu, mmg pasang niat nak jejak lagi Taman Negara, dan nak tido kat rumah kayu yg macam cantik tu. 


Maklumlah, tahun 1993, tido kat asrama SK Kuala Tahan. Kemudian, tido kat chalet seberang sungai Mutiara Resort. Mana la tak mimpi-mimpi nak tido Mutiara Resort. Alhamdulillah, terlaksana jugak impian kecil itu. 


Dapat bilik pun cantik. Toilet pun cantik. Tapi harga pun cantik la. Join treasure hunt yg termahal la kali ni. Dapat tido semalam pun jadi la. 

Malam tu selepas dinner dan penyampaian hadiah, kami berjalan-jalan sekitar resort. Konon nak buat night jungle trekking, tapi tgk harga mahal pulak, kendiannya katanya kalau hujan-hujan biasanya takde night walk. 



Tak apa la, jalan-jalan sendiri je. Mula-mula konon berani, semangat waja hati kental, tapi masing-masing hati tikus jugak rupanya. Mujur serempak dgn En. Khairul dan geng dia, kami tumpang sekali night walking. Kami ke Bumbun Tahan, kot dpt tengok rusa ke. Tapi takde rezeki. 


Nak jadi rezeki, tapir keluar dari sarang utk mencari makanan. Bergembiralah kami malam tu dengan tapir. Tapi, kena jaga-jaga jugak, walaupun tapir ni herbivor, kalau dia lapar, dia menggigit kita jugak. 

Dah tengok tapir, balik tido. Esoknya bersiap-siap utk aktiviti seterusnya. Lepas sarapan, kami bergerak beramai-beramai ke Canopy Walk Way. Yg ni aku takdelah beriya sgt. Sbb pernah naik 2-3 kali jugak. Cuma gembira sbb kami guna jungle trail nak ke Canopy Walk Way ni. 


Rezeki la nak jumpa pokok besar ni semula. Dulu kan pernah bergambar kat sini masa darjah 6. Pastu bila sampai lagi sekali dua, pergi jambatan gantung lalu kot sungai. Mana nak jumpa pokok besar ni!


Jambatan Gantung Taman Negara Pahang ni panjangnya ialah 570 meter. Yg terpanjang di dunia. Ok, ko pernah naik yg terpanjang, pernah naik yg tertinggi jugak kan? Kat Taman Negara Mulu kan yg tertinggi di dunia? Alhamdulillah. 


Dah lepas berjambatan gantung, kami naik bot utk rapid shooting plak. Ada dua bot kali ni. Sebenarnya, kalau naik satu bot, confirm tak berapa nak basah. Tapi kalau ada lebih dari satu boat, tak basah itu adalah pelik!


Seronok wehhh! Dan percutian kami yg sepatutnya 3 hari, jadi 2 hari je. Takpe, gembira sangat dah. Alhamdulillah. 


Total perbelanjaan:
Yuran treasure hunt: RM 1700.00/6 org = RM 283.33
Minyak dan Tol: RM 114.60/3 = RM 38.20
Rapid shooting: RM 400.00/17 = RM 23.53
Canopy Walk Way: RM 5.00
Barang treasure: RM 10.00
Makan dan lain-lain: RM 16.50
Jumlah: RM 374.56

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::