...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

.

Showing posts with label Pekan. Show all posts
Showing posts with label Pekan. Show all posts

Saturday, March 31, 2018

Hari Graduasi Kuliyah Tinggi Pekan

 Al salam alaykum
 
Pagi tadi berlangsung Hari Graduasi sekolah adik aku. Untung budak-budak sekarang ada hari graduasi la, mini konvo la, harap dapat la konvo betul-betul nanti.
 
Tapi sbb adik aku amik STAM 2017, maka kira konvo jugak la kot ek? STAM kan setaraf dgn Diploma jugak kan?


Takde tempat yg proper sangat utk bergambar.
 
Ingat nak amik gambo dalam studio, tapi adik aku dah pulang jubbah awal sangat plak.
 
Majlis berlangsung di Dewan Chanseleri, DRB Hicom Automotive University, Pekan.

 
Setahun aku ayah aku simpan hasrat nak amik gambo kat kuda dua ekor ni

Mok sedara nombor satu Adam, Dijoh pilih Ciklong dulu hahaha



Dan kami masuk ke dalam Padang Polo Diraja Pahang utk bergambar di keretapi lama ni.

Pekan ada ketapi ke dulu-dulu?
 
 
Nak pergi bergambo kat Muzium Pekan lagi, tapi panas sangat, pastu ketapi yg ada kat Muzium Pekan tu tak siap lagi, maka nanti lainkali insyaAllah.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 09, 2015

Kawan ke Pekan

Al salam alaykum

Makan murtabak terbaik Pekan di Deris Pekan Best Murtabak. Ada orang panggil Murtabak bilik mayat jugak. 


Bagi aku sedap la jgk. Macam murtabak Makassar Pekan. Tapi mak aku cakap paling sedap Murtabak Pekan kat R&R Muadzam Shah. Aku tak sempat nak rasa pun lg. Asyik tutup je kalau aku pergi. 

Lokasi: di tapak pekan sehari bandar Pekan. 

Harga:
Daging @ ayam biasa: RM 7.00
Daging @ ayam spesial: RM 9.00
Big special: RM 12.00

Alang-alang sampai, singgah Muzium Pekan. Dah petang mmg tak sempat la masuk. 

Adam cakap "Adam takut la tengok bumbung tu"

Kuda tu bergerak ke Adam?


Dah jom balik. 

Plan asal mmg nak p berjalan-jalan di Pekan. Tapi mak ayah aku sibuk kalahkan wakil rakyat dgn mcm2 program di kejiranan kami. Takpe la, janji bahagia. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::