...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts

Wednesday, November 09, 2016

Airport Tax Refund utk Air Asia

Al salam alaykum

Baru-baru ni aku tolong Pah dapatkan refund utk Airport Tax dia. Pah cakap dia tak tau pun AA boleh dapat refund.

AA boleh dapat refund utk Airport Tax je. Lain-lain tak dapat, burn terus. Sbb tu kalau boleh jangan beli awal-awal baggage dan jugak meal.

Kalau tak jadi nk terbang, takde la rugi banyak.

Tiket ke Perth kami RM 432.08, Pah dapat refund RM 291.00. OK sangat la tu kan?

Ramai juga yg tatau boleh buat refund AA ni. Dedulu aku pun tatau, Miza yg bagitau kami boleh dapatkan refund. 

First refund yg aku buat ialah tiket ke KL-Siem Reap-HCM-KL. Sampai skrg menyesal tak ikut kata hati utk redah je lawan bos amik cuti hahahaha

Syarat utk dapatkan refund:


Pergi ke http://www.airasia.com/ask/

Kendian klik e-Form


Ataupun terus ke https://eform.airasia.com/?lang=en-gb

Dan isikan butir-butiran yg diperlukan.



Selepas itu, kita akan dapat Case no menerusi e-mail sebagai rujukan, dan tunggulah sehingga 2 minggu utk urusan pemulangan cukai. Kalau takde apa-apa, sentiasalah follow-up di twitter https://twitter.com/askairasia

Aku perasan, kalau kita buat aduan di twitter AA ni, cepat je dapat response berbanding dgn mengisi e-Form tu. Live chat pun susah jugak nak dapat response yg pantas.

Utk urusan refund syarikat penerbangan yg lain, aku tak berapa nak tahu, sbb aku tak pernah lagi naik kapal terbang lain selain AA. Sedih sob sob sob hahaha

Semoga dapat membantu sahabat-sahabat semua.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 13, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : 28/08/2016 & 29/08/2016 - Perth CBD & Kings Park, kemudian balik Malaysia Yeayy!

Al salam alaykum

28/08/2016 - Perth CBD & Kings Park

Cuaca cantik

Kami check out dari Amna Home, dan menghantar barangan kami ke Elward Way Balga. Jalan hari ni sesak sungguh, sbb banyak jalan ditutup kerana ada larian di Perth. 

Hai rumah biru itu!

Berapa kali kami u-turn nak mencari jalan lain ke Elward Way Balga


Simpan barang dulu.




Bro Shardy menghantar kami ke Perth CBD, maka bermulalah episod berjalan kaki dan menaiki bas dan juga tren.



Kami diturunkan di Insan's Cafe utk menjamu selera makan tengahari. 


Portion besar, tapi aku sorg makan habis, pastu amik yg Fida punya sikit. Hhehee



 Senibina yg cantik

Dah kenyang, jom kita berjalan. Kami ke Murray St. Orang kata, banyak jugak pusat membeli belah di sini.

Apa yg dicari?

Sudah ketemu?

Bandar Perth


tak sibuk sangat


masuk Woolie lg nak beli coklat sedap-sedap

Jual apa tu?

Acah-acah jadi warga Australia


Dah puas kat Murray St, kami mencari perhentian bas utk naik bas ke Kings Park and Botanic Garden.

Sesat jugak

Fida dan wombatnya

Sambil mencari jalan, pandanglah sekeliling, nikmati seadanya selagi ada kesempatan



Tatau nama apa ni, tapi aku suka, cantik

Teksi lama

Tak jumpa lagi bus stop

Akhirnya, salah bus stop lagi hahaha


Keluarga kanggaru




 Akhirnya, selepas beberapa perhentian bas, kami berada di tempat yg betul. Nak ke Kings Park, naik bas Cat Blue, insyaALlah sampai la kita.


Dah sampai, alhamdulillah!


Aku heran ramai-ramai selautan manusia tapi menghadap telefon masing-masing je ni, rupanya, kat sini nak tangkap pokemon bertaburan.

Kami nak tangkap gambar je


Perth di petang hari


Dan lagi, dari sudut lain pula


Cuaca mendung, angin pun menderu juga


Nak mencari pokok boabab yg tertua di sini


Monumen peringatan


Ok dah jumpa


Group photo menggunakan aplikasi panorama

Mercu


Pertemuan dua arus sungai, Sungai Swan & Sungai Canning. 



Kami tak berjalan jauh sangat, sbb dah menghampiri maghrib. Taman ni besar sangat. Banyak kawasan menarik, tapi apakan daya, kekangan waktu mengatasi segalanya. 


Nak berkejar balik semula ke Elward Way Balga.

Senja nan indah

Kami solat di tempat letak kereta, dan sambung ambil gambar yg diidam-idamkan.


Perth City di waktu malam


OK last!

Ecah sempat tangkap pokemon semasa menunggu bas CAT Blue

Perjalanan pulang ke Elward Way Balga mengambil masa yg panjang. Salah faham komunikasi dgn pemandu bas, menyebabkan kami salah turun di perhentian bas, dan berjalan kaki sejauh 2 km menuju ke stesen subway terdekat. Jalan tu pulak macam jalan asing, sbb kebanyakan yg berkenderaan pandang pelik kat kami, hahaha. Kemudian, salah naik tren plak. Turun tren tukar tren lain nak sampai ke Stesen Perth. Pengalaman sungguh, mujur lagi kami beramai-ramai.



Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Elward Way Balga dan menjamu perut dengan makan malam yg enak-enak. Sampai sekarang teringat-ingat lagi keenakan steak daging tu.

Gedabak strawberi tu

29/08/2016 - Elward Way Balga dan Malaysia, Yeayy!

Bangun seawal 3 pagi, bersiap utk ke Airport. Penerbangan kami jam 6.50 pagi. 


jam 3.00 pagi menghabiskan Bulla! Hhahaha


Di Airport


Alhamdulillah, selamat kami mendarat di tanahair Malaysia.

Maka, tamatlah sudah kisah kami di Perth selama 5 hari. Waktu yg singkat sebenarnya. Banyak tempat dalam senarai, kami tak sempat nak sampai, atas kekangan waktu dan faktor lain-lain, tapi, walau apa pun, kami tetap bergembira dan mengharungi detik-detik yg membahagiakan. 

Alhamdulillah. Mana tahu, satu hari nanti, dapat reunion lagi sekali di sana! InsyaAllah

Terima kasih utk Kak Awin atas segala penat lelah melayan karenah aku yg sampai minggu-minggu nak berlepas pun masih 50-50, nak pergi tanak, nak pergi tanak, berbelah bagi, Kak Kham, Kak Fadz, Fida, Ecah dan tidak dilupakan, Pah yg kami tinggalkan di KLIA2 kerana masalah imigresen. Tak lupa juga ucapan terima kasih utk Bro Shardy dan adik Naj yg banyak membantu kami di sana, dan juga rakyat Malaysia yg kami jumpa di sana. 

Sampai jumpa lagi di kembara yg lain pula. 

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

Oh, cerita Jepun dan Kota Kinabalu pun tak habis lagi ni. 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::