...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Sunday, April 23, 2017

Jom buat puding raja

Al salam alaykum

Tiba-tiba, "Cari kacang gajus kaklong". Nak buat apa? "Pisang banyak tu, kita wat puding raja." 

Projek youtube mak aku la tu. Berguna jugak youtube ni kat mak aku. 

Tapi aku terlupa kacang gajus. Kacang tanah jadi la. 

Tapi kan, aku was was ni nak letak gambar. Kan aku ada cakap aku tanak letak gambar makanan dah. 

Sambung cerita.

Mula-mula, asingkan kuning telur dgn putih telur. Guna 5 biji telur je ni. Guna kuning telur je. Pastu kepuk telur sebati. Masukkan dalam acuan roti jala. Panaskan air dalam kuali/periuk dan masukkan secawan gula. Tunggu mendidih. 

Pastu, mulalah menjala dalam air gula mendidih tu. 

 

Buat sikit-sikit je. Pastu dh cantik kuning, angkat masuk dalam tapis. Ulang sampai habis. Kalau air dah kering, tambah lagi air dan gula. Tunggu mendidih ulang lagi. 

Nanti uraikanlah simpulan jala jemala tu bg nampak cantik. Namanya ialah Jala Mas. 

Siap satu. 

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sebiji-biji pisang lemak manis. Tapi kami guna pisang serendah. 

 

Goreng sehingga keemasan. Aku goreng sampi hitammmm. Hahaahaha. Siap. 

Kuah kastard, setengah tin susu cair, gula 2 sudu, esen vanilla, sedikit air dan tepung jagung. Panaskan dalam periuk sampai masak. Nak cair, tambah air sikit lagi. Ikut selera. 

Sbb takde buah prun, aku potong buah kurma. Buah ceri pun takde. Suka hati la. Puding raja, jadi puding putera. 

Susun pisang, pastu jala mas, pastu kurma, dan tabur kacang. Nikmati dgn kuah kastard. 

Alhamdulillah. 

Sebenarnya, aku tak tahu apa yg sedap puding raja ni. Sbb pisang ke, jala mas ke, atau kuah kastard. Member aku org Pekan ckp kuah kastard. Dia mmg asal Bandar Diraja, mmg sinonim la kan puding raja ni. Aku ni mmg ngap je semua menda. Apa beza jala mas telur ayam dgn telur itik pun tak reti nak cerita. 

Gambar hasilan, itu yg aku was was. Korang boleh google gambar puding raja ye!

Senang la jugak nak buat. Malas dgn rajin je. Kalau rajin, sedap, boleh la jual. Patut la mahal kan?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, September 21, 2016

Lempeng gebusss resipi Miza

Al salam alaykum

Cikgu Hanisah uploaded gambo pancake Miza buat. Nampak kegebuan di situ. Selama ni resipi yg aku guna sering tak jadi gebu, maksudnya gebu yg macam McD ke, atau tepung segera penkek dalam kotak tu ke, atau yg mcm aku penah makan kat Mid Valley tu ke. Puas cari resipi, tak berjumpa. Kalau cari dalam bahasa Inggeris, jumpa je kot, tapi tak tercari dalam bahasa Inggeris.

Mari la kita minta resipi, nak merasa sendiri yg Miza buat tatau lg bila.

Resipi Miza yg sedap, aku simpan dalam blog supaya tak luput ditelan banjir ataupun memori telefon hilang. Harap blog ni pun terus hidup sebelum tuannya sampai ke negeri abadi.

Bahan-bahan: 
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 sudu besar gula
1 1/4 cawan susu penuh krim (aku ganti susu pekat 1/4 cawan + 1 cawan air, sbb takde susu plak malam tu)
1 biji telur
3 sudu besar mentega cair (aku ganti marjerin)

Campur semua bahan, kacau sampai sebati, biarkan 30 minit, pastu mulalah melempeng di atas kuali yg tidak melekat. Masa melempeng tu, gunakan mentega/marjerin ye.



Nak sedap, campur la pisang ke, cip coklat ke, kismis ke, oat ke ikut suka nak derhaka laa..

Malam td tgk Matilda anak Ramsay tu buat penkek utk mak dia, resipi sama la mcm Miza bagi ni. Cuma, mula-mula dia pukul telur dgn susu, pastu masukkan mentega cair, kemudian barulah campur semua bahan kering. Kacau sampai sebati dan halus.


Sarapan pagi semalam

Epal tu aku karamelkan dgn gula putih dan secubit garam. Gula merah dah habis.

Ini utk hari ni

Yang putih tu rambutan, aku nak buat ala-ala halwa rambutan, tapi tak kuasa nak tunggu lama atas dapur. Rambutan pun berapa biji je. Hehehe... Yg oren tu jem marmalade.

Alhamdulillah utk nikmat merasa makanan sedap.

Terima kasih Miza. Nanti aku minta resipi lain pula.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, September 14, 2016

Kek Sarang Semut edisi mak aku meng-Google

Al salam alaykum

Mak aku gigih meng-google resipi sekarang ni. Sbb aku dah tukar password FB aku. Ntah cemana mak aku boleh akses FB aku, dia suka gembira tengok kengkawan aku share resipi. Mak aku mintak akaun FB satu, aku cakap mana dapat resipi kalau kengkawan takde nak share. Hehehe, jadinya aku ajar Google je la.

Dah 3 resipi mak aku buat. 


Kendian, kacang salut sedap. Mmg sedap ah. Aku mintak mak aku buat banyak-banyak, nanti boleh jual, mak aku cakap, sapa nak goreng? Hahahaha

Resipi ketiga hasilan google mak aku. Dia kata dah banyak kali buat sbb dia gembira menjadi keknya. Selama berpuluh tahun tak jadi sangat sarangnya. 

Kek sarang semut/ kek gula hangus. 

Resipi:
1 cawan gula, hanguskan. Bila dh cair, masukkan 1 cawan air. Kemudian dua sudu mentega. Sejukkan. Blend sekali 4 biji telur, setengah cawan susu pekat manis, vanilla, tepung gandum secawan, soda bikarbonat sesudu. Campurkan dgn air gula tadi. Peram 5 jam. Bakar dgn suhu 170 deg C selama 45 minit.

Cantik kan sarangnya! Saranghae!

Resipi dedulu takde suruh peram, so kadang jadi sarang, kadang tak jadi. Bila yg tak jadi tu stress. Aku memang tak pernah cuba buat, sbb bukan kegemaran sangat.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, August 12, 2016

Resipi Mee Kuning

Al salam alaykum

Mak aku bg resipi mee kuning utk kami salin. Aku cakap suruh la ayah salin dalam buku, mak aku cakap ayah aku dah malas. 


Meh aku salin dalam blog. Aku tau dah nanti balik kena la buat tu. 

Tapi, mak aku tanya mana nak cari air abu? Adoi. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, March 25, 2016

Meroti la plak

Al salam alaykum

Kisah Red Velvet Cake tak habis lagi. Tetiba mak aku mintak aku meroti plak. Nak roti sama rasa macam adik ipar aku buat. Adik ipar aku masuk kelas roti. Pastu dia buat pastu bawak kat mak ayah aku pastu ayah aku makan ayah aku cakap "ni la roti sedap"

Ayah aku kan susah nak cakap sedap. Dia tak cakap tak sedap, tapi kalau dia diam tak kata apa tu, mmg tak sedap la. Hahaaha. 

Maka, dari Tunas Manja Sungai Isap membawa ke Giant Kuantan terus berdesup ke BakeMate Trading mencari tepung cap bunga ros. 


Adik ipar aku cakap kena jugak nanti kang lain kejadiannya dia tak tanggung. 

Ini resipinya. 


Aku uli tangan je. 

Tapi masa nak perap doh tu, aku salah baca, aku pi masukkan dalam peti. Tak perasan tulisan tangan tu. Hahaaha. Jadinya, berjam jgk la roti aku nak siap. Nak kena tunggu doh kembang semula pada suhu El Nino. Heheehe. 

Maka kejadiannya selepas dibakar 30 minit pada suhu 180 deg C maka terhasillah roti yg lembut sungguh tapi tak selembut adik ipar aku buat. 


Tak cantik sgt kejadiannya. Tapi masuk mulut sedap jugak. 


Roti kismis bergula, yg ni aku renjiskan air dulu, pastu letak marjerin, pastu sapu telur. 

Ini adalah pertama kali aku meroti dlm seumur hidup aku sbb aku malas nak menguli. Cita-cita nak buat roti lepas beli bread maker, tapi uli tangan pun senang je hahaha setakat nak makan sendiri kan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 20, 2016

Cari kuih gandus tak jumpa

Al salam alaykum

Jumaat lepas, mengidam lama tak makan ikan bakar kat Pasar Dato Keramat. Maka, bertemujanji dgn Eagy la kita di situ. Eagy ni selain dari sahabat zaman universiti, dia juga merangkap teman makan ikan bakar Keramat dan Bellamy. 


Alang-alang sampai Pasar Dato Keramat, mmg cari kuih kegemaran la, kuih gandus. Tapi pakcik tu takde berjualan. 2 tahun lepas pun kali terakhir ke Pasar Dato Keramat, pakcik tu takde. Harap pakcik tu masuh lg sehat bersama isterinya berjualan kuih gandus yg sedap. 

 Ada gerai lain jual jgk. Tapi dia letak nama Sri Gandus. Cuba beli. Tapi mmg tak sama mcm pakcik tu buat. Tak kena dgn selera aku jugak. Kalu dah terasa nak makan, mmg aku usahakan jugak la. 

Maka kita google resipi. 

Dapat resipi dari www.inamurni.com


Sbb aku sorg je tak ke mana-mana, maka aku tukar la resipi tu. 

Tepung beras aku guna 6-7 sudu, tepung gandum 2-3 sudu. Tapai nasi takde, so tak bubuh. Kelapa muda parut takde, aku guna kelapa kering, ni ikut suka banyak mana, aku bubuh banyaaaakkk. Aku guna secawan santan. Guna santan serbuk, dlm setengah pek, cairkan dgn 250ml air. Nak lemak lg, tambah lg santan. Yis aku guna 1-2 sudu, garam dan gula secukup rasa. Cara campur, ikut je mcm kat resipi tu, cuma aku tak blend. Jangan cair sgt, jangan pekat sangat. 

Sebenarnya bahan dia lebih kurang mcm buat kuih serabai jgk. Dan jugak mcm adunan lempeng kelapa la jgk. 

Oleh sbb aku tak jumpa acuan benjo kat Jusco, DIY, dan Daiso, dan malas nak ke pasar malam smlm, aku guna kuali tak melekat je. Buat mcm penkek. 

Sesenduk dulu. 

Kemudian ratakan dgn jem nenas. 

Kemudian tutup dgn sesenduk lg adunan. Balik-balikkan sampai masak. 

Gitu!

Alhamdulillah. Puas hati. Walaupun tak dapat rasa macam yg pakcik tu buat, tapi ok la skit dari yg aku beli Jumaat haritu kat Sri Gandus. 

Nanti nak cari acuan benjo. Baru dpt sama mcm pakcik tu buat. 

Ini tahun 2011 dulu. Adunan pakcik tu mcm cair skit. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Saturday, February 20, 2016

Resipi Anna Olson yg aku tukar sesedap rasa

Al salam alaykum

Dalam dok mikir apa aku nak buat dgn roti perancis dan buah lai yg ada tu, bukak 703 Anna Olson beraksi. Tajuk resipi dia aku lupa tapi smlm berasaskan crumble dan buah. 

Resipi pertama dia mudah guna epal, sirap mapel, serbuk kayu manis, vanilla, oat, mentega, gula merah dan tepung. 

Ting! Boleh aku buat ni. 

Aku tukar epal jadi lai. Sirap mapel jadi gula. Tepung jadi roti dan kek chiffon. Tukar semua!

Potong buah lai dadu2 pastu bubuh gula. Aku bubuh sesudu je sbb tanak manis. Masukkan dlm acuan. Sebelum tu panaskan oven ye 180 deg C 10 minit. 

Hancurkan roti perancis dan carik-carikkan kek chiffon yg beli kat giant tu. Takyah halus sgt takyah kasar sangat. Campurkan oat secawan. 

Kemudian cairkan 1/3 mentega. Masukkan gula merah, aku kurangkan skit sbb aku guna kek chiffon giant yg manis tu. Bubuh garam skit. Kacau2 sampai gula larut kemudian tuangkan ke campuran roti, kek dan oat tadi. Kacau sampai sebati. 

Tuangkan ke atas buah lai td. Ratakan. Kemudian aku tambah lagi kismis dan coklat sesuka hati. 

Bakar pada suhu 180 deg C selama 45 minit. 


Lepas tu makan lah. Sedap ni kalau ada aiskrim. 


Selamat lah dia sebagai sarapan pagi aku. Alhamdulillah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, February 14, 2016

Quiche, nak sebut cemana?

Al salam alaykum

Aku ada beli roti perancis, dapat singgit 2 ketul panjang. Konon-konon nak masak kacang pool, tapi tak beli kacang pool, terlupa yg aku simpan dah habis.

Jadinya, aku buat la savoury pie guna roti perancis tu. Dalam masa yg sama, dok pikir-pikir apa lg aku boleh buat selain dari puding roti, french toast, dan lain-lain yg biasa.

Tiba-tiba teringat penah makan Quiche kat KLCC, aku pikir mesti ada Quiche Roti ni. Google resipi. Pastu gelak sendiri. Sama je apa yg aku buat yg aku namakan savoury pie tu. Adoi la!

Ye la, bubuh roti, telur, susu. pastu ayam, sayur, cheese pastu bakar. Semua resipi sama je. Salah satu cth resipi kat sini: http://selerasakura.blogspot.my/2014/04/quiche-berinti-sosej-mudah-dan-enak.html

Dah tu apa la plak aku nak buat dgn roti aku tu?

Masak sup la jawabnya, cicah roti.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 10, 2016

Kek Baldu Merah

Al salam alaykum

Mak aku masuk kelas anjuran KRT. Pastu ramai komplen kek tak rupa kek, baling dinding, dinding pun pecah. Sabo je la perumpamaan cam tu.

Mak aku cakap sbb dia masuk kelas nak resipi tu nak suh aku buat. Adoi la... Hehehe. Kalau setakat Red Velvet ni, banyak la orang share kat internet. Takyah masak kelas la.

Pastu aku la kena buat sampai jadi.


Buat kali pertama cuti hari Wilayah, kek lembap tapi bantat.

Buat kali kedua cuti CNY, warna merah jadi pink, pastu mak cakap yg cuti Wilayah lg sedap.

Dan ayat menang, "Kalau Ma dulu-dulu, kalau buat tak jadi, ma buat sampai jadi"

Baiklah, kali ketiga nanti ye Kaklong buat!

Gambo kek? tak sempat amik gambo dah habis dulu.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, February 01, 2016

Sata sata!

Al salam alaykum

Mak aku ada buat sata frozen, tapi pedas. 

Pastu sbb minggu cuti raya cina insyaAllah semua orang ada, buat lagi satu adunan utk difrozenkan. Senang takde la minggu depan kelam kabut. 


Perisikan ikan dalam sekilo setengah. Kali ni guna ikan lolong. 


Tumbuk bawang, halia dan cili sikit. Nak pedas, tambah la lagi cili. Pastu campurkan gula dan garam secukup rasa. 


Pastu, tumbuk ikan dan selang seli dgn kelapa. Terpulang nak banyak ikan ke nak banyak kelapa. 


Kemudian campurkan sekali dgn bawang  yg ditumbuk tadi. Perasakan manis masin semua ikut kesukaan. 


Guna daun pisang, bentukkan kon. Masukkan isi tadi dlm setengah sudu. Pastu padat-padatkan.


Bungkus jadi cam gambo ni. Korang kan pandai imagine kan?


Cucuk kat lidi sate, pastu bakar la! Aku tak bakar lagi, tgk la karang. Tak pun minggu depan je. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, January 30, 2016

Kuih Beka

Al salam alaykum

Aku sorg-sorg kat rumah mak ayah aku ni. Mak ayah aku sibuk plak hari ni. Tapi mmg ajaib sekali la, tak pernah pun rasa sunyi. Aku takde hal pun tinggal sengsorang cenggini. Lupa segala masalah yg melanda. Kalau kat Kuantan la. Kalau kat KL mau mati kutu. Hahahaa

Sebelum mak ayah aku kuar tadi, aku nampak kelapa banyak. Aku pun cakap kat mak aku, jom la buat kuih beka. Tak terpikir langsung pasal acuan. Hahaha. Nasib baik mak aku ada acuan bahulu cermai. Ok la tu. Cuma kecik la kan. Ayah aku parut kelapa siap-siap. Sebab aku takut nak guna mesin parut kelapa tu. Fobia tengok kelapa tercampak. Heheeh. 

Resipi mak aku:
Kelapa parut bahagian putih je 2 cawan
Tepung pulut 1 cawan
Telur sebiji
Garam dan gula secukup rasa
Air sedikit

Campur semua bahan. Nak manis, tambahkan gula lagi, nak lemak-lemak, lebihkan garam skit. Kalau adunan pekat sangat, tambah air skit. Kena pandai agak-agak. Kalau suka lebihkan kelapa. Barulah betul kuih beka. 


Lengserkan minyak dalam acuan. Panaskan acuan atas dapur. Bila betul-betul panas, masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan-tekan bg padat skit. 



Bakar dalam oven suhu 170 deg C, dlm 10-15 minit pakai api atas bawah, dan lagi 3-5 minit pakai api atas je. Tengok la bahagian bawah dah kuning-kuning, atas pun dah kuning-kuning, masak la tu. 


Tadaaa! Jom makan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, January 16, 2016

Lava Molten Chocolate

Al salam alaykum

Dah lama teringin nak buat, tapi jadi arang... Hahahaha

Mungkin bekas yg digunakan tak bersesuaian

AKu pergi Daiso, eh jumpa ramekin. Beli satu

Maka mari kita bereksperimen




Resipi:

2 sudu butter + 80g coklat masakan = cairkan atas api
Masukkan 2 sudu gula, sebiji telur yg dipukul sikit, 1 sudu teh vanilla, dan 2 sudu besar tepung... gaul sebati

Tuangkan dalam bekas ramekin, dan bakar selama 10 minit, 220 deg C


Tada!


Ada aiskrim sedap ni

Adunan tak berapa naik cair, jadinya isi dalam kental jugak la, tapi sungguh la sedap! Kalau ada aiskrim magnum ni, lagi laa syurga kot rasanya

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, January 10, 2016

Serabai

Al salam alaykum

Teringat-ingat kesedapan Serabai Istimewa tu. 

Cari resipi. Banyak guna nasi sejuk. Yah share resipi mak mertua dia. Resipi jualan. Aku cuba buat. 

Resipi:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan air
Yis
Gula
Garam

Blend semua kecuali yis. Kemudian campurkan yis. Peram 2 jam. Panaskan acuan. Renjiskan minyak. Masukkan adunan. Bakar sampai masak. 

Aku takde acuan. Pakai kuali biasa je. Jadi la lempeng. 

Sedap makan dengan kuah manis. 

Kuah manis, aku campak2 je. Santan, gula merah, garam, dan tepung gandum/jagung utk pekatkan kuah. 


Versi lempeng

Aku cuba bakar dalam acuan tart masuk dalam oven. 


Kering skit. Tak cantik. 

Pastu semalam tengok AFC, Wonderful Indonesia Flavours, diorg p Solo, ada kuih nama Serabi. Sama je kejadiannya, cuma tak pakai nasi, tak pakai gandum. 

Tetiba rasa nak berjalan ke Solo plak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, December 27, 2015

Kek Nenas Terbalik

Al salam alaykum

Bila ntah tengok Kak Lah, senior PMI USMKKj upload gambo upside down pineapple cake dia kat FB, rasa terliur. Pastu tengok Anna Olson buat pun, terliur jugak. 

Pa beli nanas dalam tin besor utk makan anak cucu. Amik kesempatan la buat kek ni. 

Cuma yg nanas karamel tu tak menjadi sangat. Tak kisah la, janji diorang makan. Padahal, adik aku berdua, Iman dgn Nisa mintak kek coklat. 

Resipi:

Sedikit butter - dicairkan, gula perang 3 sudu, dicampur dan dilenser dalam loyang. Susun nanas dan ketepikan. 

(A)
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
sedikit garam

- gaul rata semua bahan A

(B)
3 biji telur
1 1/2 cwn minyak masak
1 st esen vanila

- Blender semua sampai kembang

Masukkan B ke dalam A, dan gaul rata sampai sebati. Tuangkan dalam loyang nanas tadi. 

Bakar susu 170 deg C selama 45 minit. 

Bila sejuk, terbalikkan kek, potong dan makan!


Nyam nyam nyam!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, November 28, 2015

Pizza dalam kuali

Al salam alaykum

Ramai org share kat FB, aku pun cuba jugak la


Anak merengek nak makan piza. Apa kata kali ni mama buat sendiri piza tk payah bakar dalam oven. Senang sangat, yang penting anak & suami mesti suka makan. Jom cuba
Posted by Pa&Ma on Thursday, 21 May 2015



Tadaaaa!


1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum biasa
2/3 cawan air suam
1 sudu madu
1 sudu kecil yis
sedikit garam

gaul semua, canaikan atas kuali, letak topping, masak 15 minit... makan!

alhamdulillah.

aku buat thin crust je ..... hehehe

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, November 25, 2015

Bila kek jadi bingka

Al salam alaykum

Dah beberapa kali ni, aku buat kek jadi bingka...

Heran jugak...

Member suh cek baking powder...



Ni aku cuba buat kek kurma... rasa sedap dah, tapi rasa bingka laa...

Kena beli baking soda baru la plak nak buat lg sekali...


Resipi Kek Kurma Kukus... insyaALlah akan ku ulang lg utk dapatkan kek sebenar...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, October 10, 2015

Biskut ala Subway

Al salam alaykum

Menunggu Aizah tak sampai, scroll FB jumpa video biskut ala Subway. 

Bahan2 semua ada kat rumah Husna ni, apalagi, marilah kita buat dulu. 

Tak sempat nak salin link video, dah hilang dari pandangan. Cari semula tak jumpa. Tapi sempat salin resipi. 

1/2 cawan mentega cair
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor (kurangkan nnt manis)
- campurkan. 

1 biji telur
- kacau

1/2 sudu vanilla
1/2 sudu baking soda
1/2 sudu garam

- Gaul sekali

1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan coklat chip

- gaullan sekali. 

Bentukkan adunan bulat2. Lepas tu masukkan nutella, tutup dan leperkan dalam dulang pembakar. 

Bakar pada suhu 100 deg C, 10 minit. 

Tapi aku bakar suhu 150 deg C

Sungguh sedap! Alhamdulillah. 


Kami leperkan sebesar biskut Subway. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, October 08, 2015

Ganti-ganti

Al salam alaykum

Simpan sendiri utk rujukan masa hadapan

ada yg aku dh cuba...



1 cawan gula perang = 1 cawan gula + 1/4 cawan molases
1 cawan butter = 7/8 cawan minyak + 1/2 sudu teh garam
1 cawan buttermilk = 1 cawan yogurt
1 cawan tepung naik sendiri = 7/8 tepung serbaguna + 1 1/2 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh cream of tartar = 2 sudu teh jus lemon
1 cawan susu sejat = 1 cawan cream
1 cawan sirap jagung = 1 1/4 cawan gula + 1/3 cawan air
1 sudu teh jus lemon = 1 sudu teh cuka
1 cawan molasses = 1 sudu teh cream of tartar + 3/4 cawan gula perang
1 cawan yogurt = 1 cawan sour cream
1 cawan heavy cream = 1/3 cawan susu + 1/3 cawan butter



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 28, 2015

Kek coklat lagi... nak wat cemana, aku mmg penggemar coklat!

al salam alaykum

aku dapat resipi lain utk kek coklat... semua dalam satu bekas, dan yg penting takyah guna mixer, takyah nak panaskan atas dapur... heheheheh... malas betul!


aku salin malas nak tengok video banyak-banyak kali...


2 cawan tepung
2 cawan gula
1 cawan koko
4 sudu tepung jagung
Garam secubit
1 1/2 sudu baking soda
3/4 sudu baking powder
Gaul sebati

1 cawan minyak
1 cawan sour cream

Gaul

4 biji telur

Gaul

Air panas 100ml

Gaul

Choc chip 200g

Gaul

Bakar 175 deg C 55 minit



walaupun rupanya tak seberapa, yg penting sedapp!!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, September 08, 2015

Resipi ayam cornflakes bakar

Al salam alaykum

Ni bukan blog masak-masak. Tapi blog ni la tempat aku simpan segalanya. 

Kali ni nak simpan resipi ayam mcm kfc. Tak buat lagi. Baru dapat td. Nanti beli cornflakes. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::