...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Royal Belum. Show all posts
Showing posts with label Royal Belum. Show all posts

Friday, February 07, 2014

Royal Belum - Tasik Temenggor

al salam alaykum

tengok gambar, tak sama dgn tengok secara langsung di sana...


















klik gambar utk tumbesaran yg sempurna...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 05, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure - Aktiviti 26/01/2014

al salam alaykum 

 bersambung lagi aktiviti pada hari kedua, 26/01/2014...

aku takde la tidur pulas sangat malam tu, sbb tempat baru... setiap sejam aku terjaga... akhirnya jam 6 aku bangun bersiap-siap nak solat subuh...


sesudah subuh


aktiviti pada hari ini ialah masuk air dan makan... dan masuk air lagi sekali, dan makan... ehehehee


aktiviti pagi-pagi ialah terjun ke dalam Tasik Temenggor... utk aktiviti "keyakinan air" ehehehe


tapi oleh sbb semua teruja nak terjun dalam tasik, takde la gambar ye! tunggu pihak BOA upload dalam FB pun takde lagi...

utk aktiviti ni kami didedahkan dengan macam mana nak buat formasi teratai dan ulat bulu... juga diadakan perlumbaan ulat-ulat bulu sekalian ke daratan... 

memang seronok la...

aku ni mmg penakut air, tapi bila pakai life jacket, aku ok je... pulak tu air tak sejuk pun... suam-suam suku...


habis je aktiviti dalam air... kami pun bergerak menuju ke Sungai Ruok... sebelum tu, layan sarapan dulu sekali...

dan sambung aktiviti bergambar... sbb nak menuju ke Sungai Ruok ni amik masa yg lama jugak...

kredit to Amy

selepas sejam lebih, houseboat diparkirkan di tempat lain, dan kami ke Sungai Ruok menggunakan bot laju... lebih kurang 10 minit je sampai la ke Sungai Ruok...

ni kat dgn jetty


apa ada di Sungai Ruok?


campak roti, berkumpul lah ikan-ikan ni...


tak sabar nak ke sana!

tengok je ke?

tak berlengah-lengah, simpan telefon berkamera, kita masuk dalam air... boleh tahan dalam la jugak... cubaan nak sampai ke air terjun dengan formasi ulat bulu tidak berjaya... oleh itu, naik semula ke darat, susur pelan-pelan di tepi tebing... alhamdulillah berjaya... seronok tak terkata!

formasi ulat bulu yg terputus



lebih kurang jam 1, kami bergerak pulang ke houseboat, utk bersihkan diri... dan jugak makan tengahari...


nasi ayam yg sedap!

dan selepas itu, aktiviti bergambar mesra-mesraan disambung semula... sedih, sbb dh kena balik! best kan kalau hari-hari mcm ni... erk! yakin ke Kay?


gambar terakhir kami di Royal Belum, Grik, Perak...

terima kasih utk kru-kru BOA... terima kasih utk Weekenders, terima kasih utk semua! aku berharap aku akan sampai lagi sekali ke Tasik Temenggor ni, insyaAllah... 


ok, aktiviti bergambar dan  pemandangan Tasik Temenggor, aku letak esok-esok ye!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 04, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure - Aktiviti 25/01/2014

al salam alaykum

Antara aktiviti yg dijalankan pada hari pertama (25/01/2014) ialah:

Menjejak (amboi) bunga Pakma (Rafflesia) di Pos X-Ray...

Pos X-Ray Entrance

Panjat skit je... tak penat pun... dalam 10 - 15 minit je...

sepanjang pendakian (mcm mendaki la sangat), boleh la belajar nama tumbuh-tumbuhan yg pelik-pelik skit...

dilarang mengambil bunga ye... ambil gambar bunga ok je...

ambil gambar orang pun ok

tapi alangkah sedihnya sbb semasa kunjungan kami ke sini, bunga pakma belum berkembang mekar... spesis yg banyak terdapat di sini ialah Azlanii...

masih manggis

dah berkobis


baru je pergi meninggalkan kita...

baiklah, nanti kami datang lagi ye sampai jumpa awak yg sedang berkembang mekar...


kemudian kami ke Kampung Orang Asli Aman Damai...

masa ni aku mmg teringt kat USM la... ada Desasiwa Aman Damai kat USM Minden... 

Sungguh aman dan damai sekali (credit to Amy)

sesi suai kenal... 

sepatutnya ada tarian sewang... tp penari-penari kebetulannya ada di Kg. Sungai Tiang... tidak mengapa... cuma aku tertanya-tanya, orang Asli kan banyak suku kaumnya... adakah tarian mereka sama eh?

herba yg sedang dikeringkan...

mereka daripada suku Negrito

comel!

membedel la sekejap...

kedai herba

kalau korang suka dengan herba-herba asli, kat sini ada dijual kacip fatimah, tongkat ali, ubi jaga, ubi spring, akar kencing manis etc etc... harga pun murah boleh tahan...

kemudian petangnya kami bergerak ke Kem Sungai Tiang, utk check in chalet, tetapi atas masalah tertentu, semua tido dalam houseboat... yeay!

sebelum Maghrib, kebanyakannya terjun dalam tasik...


water confidence katanya...


aku layan blues utk aku... 

Maka nikmat yg mana utk kamu dustakan?



Dan malamnya, kami dinner dengan ayam BBQ, kambing BBQ dan lauk-lauk sampingan... sedap wehhh! tak cukup kambing... tolonggg! 

nom nom nom nom... yummeh! (kredit to Amy)

selepas makan-makan, kami belajar tentang Taman Negeri Royal Belum... disampaikan oleh pihak BOA... terima kasih utk informasi yg berguna...

dan, selepas itu sesi berdiskusi bantal dgn geng-geng USMKkj... banyak betul cerita selama 10 tahun utk dirangkumkan dalam 1 malam... yg 10 tahun tu dengan Kak Raf la, sbb mmg tak jumpa dia 10 tahun kan...

nanti aku sambung lagi ye...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, January 30, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure - Alumni

al salam alaykum

rupa-rupanya pengendali BOA ni ialah super senior kami di USM Kampus Kejuruteraan...

patut la masa daftar nama tu, nama Hilmi Yusof tu mcm biasa tengok je...

kemudian, masa naik houseboat tu muka  dia ni macam familiar je...

senior di USM rupanya...

lepas tu dia cakap, dia biasa tengok muka aku dengan muka Cik Pah...

aku pun tanya, "join PMI ke?"

ha ah, saya timbalan presiden PMI dulu... dia jawab...

tu diaaaa... aku tak ingt la plak sapa presiden timbalan presiden zaman dia...

tapi kiranya muka aku dengan muka Cik Pah ni muka bersepah jugak la kat kampus ye, sampai org ckp biasa tengok...


Alumni USMKKj - En. Hilmi, Cik Fad, Cik Kay, Cik Raf, Cik Awin dan Cik Pah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 28, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure - Houseboat


al salam alaykum

dah lama nak pergi Taman Negeri Royal Belum ni... baru ada kesempatan... terima kasih Pah sbb ajak aku...

Harga RM 150/pax termasuk makan dan penginapan... boleh pilih nak tido di houseboat ataupun di chalet... tapi chalet pun tak banyak, ada 7 buah je... cumanya masa kami pergi chalet tak dapat diduduki sbb generator sedang diselenggara...

apa pun puas hati dapat tido dalam houseboat...

kalau nak tau details, boleh klik link di bawah:

1. Discover Royal Belum 2014

2. Facebook: BOA

Layan gambar houseboat kami dulu ye...

para peserta bergambar kenangan pada 26/01/2014 (kredit to BOA)


dua tingkat tu!

kita lepak bahagian atas... siap ada kerusi rotan... (kredit to Sniza Bajuri)

masa utk mengopi

lepak-lepak bahagian bawah...

hammock ni boleh menampung 180 kg... itu baru 120 kg tu...

bahagian atas, utk wanita-wanita tido bergelimpangan


bilik tido ada dua

kita parti!!!


Houseboat ni lengkap dengan dapur, bilik air 2 buah, set tv dan karaoke... dan juga bot laju 2 buah... 

mmg seronok!

nanti aku updatekan pengalaman sepanjang berada di sana selama 2 hari 1 malam...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::