...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Thursday, April 28, 2016

Kota Kinabalu - Belanjawan Keluarga

Al salam alaykum

Mari kira perbelanjaan ke Kota Kinabalu utk sekeluarga pulak. Cerita KK pun belum habis lagi.

Kami 4 beradik mengumpul duit sejak setahun yg lepas, sebaik saja membeli tiket AA. Tugas ceti aku bagi kat adik aku, Kakngah. Dan penyumbang terbesar ialah adik aku, Abang. Dia taja sewa kereta.

Air Asia:
Flight utk 10 dewasa, 3 kanak-kanak, dan 3 infants, meals dan 7 x 20 kg baggage: MYR 2,022.20

Pengangkutan:
Parking di KLIA2: MYR 158.00 x 2 kereta: MYR 316.00
Sewa Kereta: RM 550.00 x 2 Proton Exora (4 hari 3 malam): MYR 1,100.00
Minyak kereta di Kota Kinabalu: MYR 240.00
Jumlah: MYR 1,656.00

Penginapan:
Promenade Service Apartment: MYR 101.00 x 4 bilik: MYR 404.00
Ayana Holiday Resort, Kundasang: MYR 88.00 (Superior) x 3 bilik + RM 108 (Deluxe) x 1 bilik = MYR 372.00
Marina Court Apartment: MYR 270.00 x 1 apartment (3 bilik): MYR 270.00
Jumlah: MYR 1,046.00

Makan dan minum:
Lunch di Restoran Malindo: MYR 112.00
Dinner di Todak Waterfront (Seafood): MYR 335.00
Breakfast Kedai Mamak, Gaya Street: MYR 61.00
Kepak ayam bakar, Restoran Hidayah, Kundasang: MYR 50.00
Restoran Hidayah (tapau utk dinner): MYR 69.00
Breakfast Restoran Intan, Kundasang: MYR 81.00
Lunch di Restoran Noraini Catering, Ranau: MYR 96.90
Dinner di Pasar Filipina (tapau): MYR 168.00
Kepak ayam bakar, Pasar Filipina: MYR 12.00
Sarapan pagi di Foodcourt Masjid Likas: MYR 90.00
Jagung rebus, KKIA: MYR 10.00
Lunch di KKIA: MYR 193.00
Supper di Semenyih: MYR 41.00
Jumlah: MYR 1,318.90

Entrance Fee:
Dairy Cattle Farm, Kundasang: MYR 54.00
Susu utk aktiviti bersama anak lembu: MYR 9.00
Kinabalu Park dan Poring Hotspring: MYR 31.00
Kelah Spa Tagal Moroli, Ranau: MYR 52.00
Aquaria Universiti Malaysia Sabah: MYR 100.00
Jumlah: MYR 246.00

JUMLAH: MYR 6,289.10

Kami ada juga tanyakan pakej ekonomi, yg bersesuaian, harga seorang dewasa RM 610.00/person ataupun RM 5,300.00/group, tak termasuk transport. Lelah juga!

Tapi, alhamdulillah, berjalan beramai-ramai satu famili besar ni mmg banyak ragamnya, tapi kami bergembira.

Harap ada lagi next trip. Mungkin di Semenanjung ataupun negara jiran terdekat, bergantung kepada ekonomi juga.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::





Monday, April 11, 2016

Kota Kinabalu - Hari Pertama (2)

Al salam alaykum

09/04/2016

Jerubu dan hujan di Kota Kinabalu. 

Kemudian, aku berjumpa Dayang sekejap. Kami borak-borak sekejap bertukar cerita dan Dayang bawak aku tunjuk jalan. 

Dayang tunjuk jalan, dan aku tak berapa nak amik perhatian. Sakit kepala tak cukup tido. 

         Jerubu dan hujan berbaur sama



Mula-mula, bergambar dengan todak, di Todak Waterfront. 



Kemudian, Dayang tunjuk jalan nak ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. 


Kemudian, naik Bukit Bendera. Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu. Kalau takde hujan dan jerubu ni nanti, mesti biru. 


Lepas maghrib, kami keluar cari makan. Aku pergi ke Todak Waterfront, lepas tengok Blog DJ. Makan pun tempat yg sama, Glam's Station. 


Pilih-pilih lauk. Lauk saja RM 216.00. 

 Ketam 2 ekor je. 

Udang harimau, sekor sorang. Manis sungguh isinya. 


Amik jgk ikan 2 ekor. Sedap sungguh. 


Alhamdulillah. Semua total RM 336.00. Terbuntang betul mata. Hahaaha. 

::: Hidup indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Saturday, April 09, 2016

Kota Kinabalu - Hari Pertama (1)

Al salam alaykum

09/04/2016

Ke Kota Kinabalu dengan seluruh ahli keluarga. Pening kepala dgn karenah budak-budak kecik berenam. Tapi layankan je. Tujuan sampingan, nak melawat tempat Ilah belajar dulu sbb kami tak berkesempatan nak pergi masa konvokesyen dia. 


Flight Air Asia X 6.30 pagi dari KLIA2, sepatutnya sampai ke KK jam 9.05 minit, tapi sudahnya berlegar-legar di ruang udara, dan mendarat di Brunei Darussalam. 


Selama 3 jam berada di Brunei, tapi kaki tak jejak tanah. Duduk dalam kapal terbang je. Jerubu yg teruk melanda KK sekarang ni. Bertabah la melayan karenah semua. 

       Paling jelas kelihatan, Gunung Kinabalukah?

Tapi, pihak AA takde pun nak bagi air minuman percuma. Faham, kejadian disebabkan oleh cuaca, tetapi tak salah kot utk berbaik hati bagi minuman percuma. Kena beli jugak. 3 jam kot dalam flight tak terbang! Kematu jadinya. Budak-budak apatah lagi. 


Akhirnya dalam jam 12.00 tengahari selepas mendapat had penglihatan lebih 3000m, barulah kami berlepas ke Kota Kinabalu. Sampai jam 12.30 petang. Kesian kat FA dan pilot yg terpaksa terbang semula ke KLIA2 pulak. 

      Ini je la bukti sampai Brunei. 

Dah siap amik kereta sewa, kami terus ke Promenade Service Apartment. Oh ya, kami sewa kereta dari En. Azam sbb quotation dia paling murah dan berbaloi. 2 buah Exora utk 4 hari 3 malam, RM 1,100.00. No telefon En. Azam: +60 19‑850 9825

Kami makan tengahari kat kawasan Promenade Service Apartment je. Nama restoran ialah Restoran Seri Malindo. Bila bayar bil, terkejut dgn harga RM 110.00 utk makan tengahari saja. 

Kami tempah bilik di Promenade Apartment Service di Booking.com. Dapat harga RM 108.00 sebilik utk double queen bed. Alhamdulillah, selesa utk kami berehat sekejap. Kesian budak-budak, bangun dari jam 1.00 pagi, flight delay plak dalam 5 jam dlm kapal terbang tak bergerak ke mana-mana. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::