...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Sayang Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Sayang Kinabalu. Show all posts

Sunday, June 07, 2015

Sayang Kinabalu

Al salam alaykum

Angka kematian meningkat. Di antaranya ada juga malim gunung ataupun guider. 

Sedih. 

Aku harap guider kami semasa pendakian 21/5-22/5/2010 dulu selamat dan tidak terlibat semasa gempa ini. 

Impian utk mendaki via ferrata tidak pernah berkubur. 




Antara guider kami. Pak Jaidi, Pak Jab, Pak jimin, Pak Jurunin, Pak James. 

Salam Takziah utk mereka yg terkorban. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 20, 2012

Anak Kampung

Al salam alaykum

Raja Lawak dah habis, tapi suka nak tengok ulangan... Sbb aku suka lagu Anak Kampung, kumpulan Zero punya kije laa...

Jozan macam biasa laa, mmg lawak!! Dapat lagu tu kat dia, mcm2 versi ada... Versi Datuk Yusuf Haslam lawak, tu boleh tgk masa separuh akhir Raja Lawak...

Tahun lepas aku format laptop aku, software convert video ke mp3 dah takde... Tak bulih la aku nak pakai ringtone Anak Kampung versi Jozan...

Korus Anak Kampung versi lelaki:

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Ada balasan plak dari pihak pompuan, nak tergelak...

(Korus)
Tiada kereta mu ndak apa-apa bah
Bapa ku ada jet terbang sini-sana
Siap boleh landing-landing atas sana
Gunung Kinabalu


Aku nak numpang nak landing kat puncak Kinabalu, boleh???





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, March 07, 2012

pernah ke?

al salam alaykum

ada member aku tanya kat FB, pernah daki Gunung Jerai tak?

jawapannya: kalau daki pakai kaki tak pernah, kalau naik lori pernah laa...

tahun 2002 dulu, kami budak-budak Cekak USMKKj, buat interaksi Cekak kat Pusat Rekreasi Gunung Jerai... oleh sbb katanya Pusat Rekreasi tu pun dh dekat nak dgn puncak gunung, kiranya kami dh sampai la kan? tp naik lori laa...


gambar cilok dari FB aku


masa aku sekolah rendah dulu, rumah sukan kami mewakili gunung...

Rumah Hijau - Gunung Kinabalu
Rumah Merah - Gunung Tahan
Rumah Kuning - Gunung Jerai
Rumah Biru - Gunung Ledang


aku dalam Rumah Hijau - Gunung Kinabalu... dan masa tu mmg aku tanam angan-angan nak daki empat gunung ni je...

yg betul-betul aku daki, Gunung Kinabalu laa... alhamdulillah, sampai jugak ke puncaknya tahun 2010 dulu...

Gunung Jerai, sampai dengan lori...

Gunung Tahan, pernah sampai kat kaki Gunung je, rombongan UPSR 1993 ke Taman Negara, dan jugak lagi sekali lagi semasa Family Day AMB, tahun 2007....



Gunung Ledang, tak pernah sampai... pernah nampak pintu masuk je... baru-baru ni kawan aku ada ajak pi daki Ledang, bulan 4 nanti... tarikhnya belum confirm... korang nak ikut tak? cuma kena cari maklumat laa, boleh tak daki sebenarnya... sbb aku pernah terbaca, mcm tak boleh nak daki dh sekarang ni... jumpa jgk maklumat, pintu masuk kat Sagil dah ditutup, kena masuk ikut Asahan, Melaka, dan ada aku jumpa maklumat jugak, hanya boleh daki sampai Bukit Botak saja... tak boleh sampai puncak...


dan semalam, aku dapat kalendar Pusat Zakat Wilayah Persekutuan... kali ni gambar tempat-tempat menarik di dunia... 

aku tertarik!!

Subhanallah!

aku tak pernah baca atau dengar pasal Gunung Roraima ni... tak dapat pi Everest Base Camp pun takpe, asal dapat pi sini...

berangan lagi!


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Wednesday, April 13, 2011

Rindu...

 al salam alaykum

Mereka, Geng Gunung Ke?? (Nurul, Julie, Fadd, Meeza & Adeq) baru pulang dari menawan puncak Kinabalu...

tgk gambar-gambar mereka, aku sayu, aku rindu...

terus buka catatan aku... Sayang Kinabalu...

bilakah mungkin kitakan bersua kembali?

 

eh Hu+Zi+ANA... kay boleh pakai gambar ni kot nak nyelit kat gambar diorg... heheheheh


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, July 02, 2010

Sayang Kinabalu - Hari terakhir

al salam alaykum

23/05/2010 - Hari Terakhir

Jalan-jalan KK dan balik semenanjung!

bangun pagi, hati dh sedih dan pilu... huhuhhu... serius!

hari terakhir, bangun dgn kaki yg sakit... tp kalu dh mula berjalan, ok je... jgn la cuba2 duduk... tp seksa tau masa nak naik tangga atau turun...

utk hari terakhir nih, aku tak amik gmbo pun... tumpang kamera org... duit tak cukup nak beli bateri baru... hihihihi... gambar2 di bawah atas ihsan Huzz dan Athirah...

kami jalan2 dan membeli belah di Pasar Jalan Gaya dan Pasar Filipina...

daftar keluar dari hotel... ke airport... flight delay... letih!

tp kat airport smpt lg membeli belah jugak... akibat daripada flight yg delay tu...

aku beli bookmark gambar Low's peak...
penanda buku yg paling mahal aku pernah beli, RM 10.50, tp takper, cantik!
dan poskad juga yg berharga seringgit...

jom kita jalan...

kita nak ke mana ni?

Pasar Gaya

byk tak kami beli? kat pasar Gaya

kita minum dulu! dan posing...

selepas pasar Gaya... kami ke Pasar Filipina pulak... jalan kaki saja...

kerongsang cantik2 di Pasar Filipina...

t-shirt yg aku cari di Pasar Gaya, akhirnya jumpa dia Pasar Filipina...

hasil belian kami di Pasar Filipina... murah-murah-murah! belacan, kuih cincin, keropok, ikan kurau, ikan kering... apa lg...

bersama pemilik kedai yg mempunyai nama popular di Malaysia, katanya... nama dia Aril

pose terakhir dgn sijil2 kami yg berwarna itu...

byk papan tanda yg kami jumpa sepanjang 6 hari di KK ialah:

JANGAN AMBIL APA APA KECUALI FOTOGRAF
JANGAN TINGGALKAN APA APA KECUALI JEJAK ANDA

apa yg kami bawa pulang, ialah kenangan terindah dalam hidup kami!

kpd Nurul, Julie, Intan, Athirah, Huzz, Fadd, Yatt dan Adeq... terima kasih utk segalanya!


next trip... ke mana yek kita?



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 01, 2010

Sayang Kinabalu - Hari Kelima

al salam alaykum

kembali kita lg cerita tentang Kinabalu...

22/05/2010 - Hari Kelima

Laban Rata - Puncak Kinabalu - Laban Rata - Timpohon - Kinabalu Park - Kota Kinabalu

aku terjaga dari lena selepas terdengar budak2 bilik sebelah dh riuh...

aku mmg tidur dh siap pakai baju 4 lapis... tu pun sejuk lg! nak gosok gigi pun terketar2, tangan menggigil... mujur berus gigi tu berjaya jugak masuk dlm mulut...

nak basuh muka? jgn harap! mmg P. Ramlee punya style laa...

lepas segala siap dgn pakai baju tebal yg aku beli kat bandung tuh... kami pun turun utk supper... Fadd ngn Adeq takde... rupanya dioorg dh pergi dulu... knp korang tak ajak aku sekali... uuuwaaaa!!!

Yatt, dgn gaya seorg kaunselor, takper Kay, mesti boleh buat punya! ok, aku lega sekejap, walopun jantung aku dup dap dup dap...

aku makan skit jek... perut rasa tak sedap lg... ada dua kemungkinan, so kena bersedia awal! pastu telan lg panadol, utk ilangkan penin kepala aku, dan jugak utk kemungkinan yg satu itu... berapa byk panadol aku dh telan sepanjang misi pendakian ni...

selepas taklimat, kami mula bergerak jam 2.30 pagi...

arinih aku mengira langkah lg... setiap 20 langkah aku berenti utk 10 saat... aku yg mula2 di depan... kemudian di tengah... kemudian di belakang... mmg tak jumpa sapa2 dh budak2 group aku... alhamdulillah, Pak Jaidi, salah seorg guider kami, sudi menemani aku... dan jugak ada dua tiga org yg sama lmbt mcm aku... kami sama2 bertiga mendaki... aku malu kat nenek Korea ke nenek Jepun tuh, dia sama2 berenti ngn aku melepaskan lelah... tp dia dulu sampai ke puncak... kuat betul!

kami kena lalu laluan bertali... kemudian berenti sekejap... lihat pemandangan dalam gelap... aku amik gmbr, dh habis cuba segala mode, tetap nmpk gelap gulita... nk kena tukar kamera ke?

mendaki dalam gelap mmg mencabar perasaan! itu yg aku terpikir kalu dtg lagi ke gunung ni aku nak bawak suami, senang skit!

dah la sejuk, pakai lima lapis baju, 4 sarung tangan, seluar 3, stokin 2, pun masih tak dpt nak tahan kesejukan... Pak jaidi buat lawak... kalaulah saya dpt bg kulit sy ini pada kamu... ellleh!

aku sampai ke Sayat-Sayat Hut, pondok terakhir, utk lapor diri, lebih kurang pukul 4.45 pagi... dlm hati aku, sempat ke tak aku nih nak sampai puncak sebelum matahari terbit?

Pak James tarik aku, suruh ikut dia... tp dia laju, aku tak bleh nak ikut rentak dia... dia nak kena kejar Adeq yg dh kat depan sana... Adeq ikut guider Fadd pada awalnya, Pak Jurunain...

takper, aku jalan pelan2...

takkan lari gunung dikejar... aku pujuk hati!

aku dh terasa tak selesa... mujur dh prepare awal2, alhamdulillah, perut pun tak terasa sakit sangat mcm selalu, dh telan awal2 panadol 2 biji... cuma kaki aku la rasa sedikit kejang...

dlm hati aku sematkan, walo apapun terjadi, aku tetap nak amik gambar kat Low's peak...

aku dh nmpk mega2 mentari... so aku berhenti sekejap nak menikmati keindahan ciptaan Ilahi...

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, Matahari dan bulan, masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” Al-Anbiya:33

tapi kini mentari muncul lagi, ku rasa kembali kehangatannya... lagu Slam tuh...

Puncak, sewaktu matahari terbit (gambar credit to Huzz)

“Dialah yang menjadikan Matahari bersinar dan Bulan bercahaya...” Yunus:5

matahari terbit - gambar, credit to Athirah

aku meneruskan perjalanan lg... hari pun dh semakin cerah... aku mmg dh tak jumpa kawan2 lain... diorg mesti dh kat puncak sana...

kawan-kawan! tunggu aku di situ!! jerit dlm hati jek...

pastu terserempak ngn Adeq... ok, kami jalan sama-sama... pelan2 mengatur langkah... sambil menikmati pemandangan... ayat nak memujuk hati jek sebenarnya... sbb ramai yg ckp, kena sampai ke puncak sebelum pukul 5.30 am... kalu lmbt, tak bleh naik... aku tawakkal je... mesti boleh naik puncak...

sanggup tak?

dh terang skit masa ni... kalu ikutkan, mcm tak sanggup je tgk ke bawah sana! betul ke aku lalu sini ni? aku berenti lg...

pak jaidi tanya, aku nak sampai pukul berapa ke puncak ni? tak kira la pukul berapa pun, mesti sampai jugak!

kamu pernah dgr lagu Kinabalu? pak jaidi tny lg...

cemana lagu tuh? (aku ingt2 lupa)

"tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lg sayang sama kamu" Pak Jaidi nyanyi...

yer ker lirik dia cam tu?

aku dh mati akal nak posing cemana...

akhirnya, sampai jugak ke KM 8... lebih kurang 500m lg nak ke Low's peak... atau 166.2m... skit je lg tuh... aku berhenti melepaskan lelah sebentar...

korg kalu dh sampai sini, kira dh sampai puncak laa... dh dpt dh sijil kaler2 tuh...

Guider aku tak bg duduk lama2... kalu duduk lama2 nnt lg lmbt smpi puncak, mesti tak bleh naik... tp dia mmg dh ckp kat aku, sepatutnya aku dh tak bleh ke puncak... hari semakin panas... sekejap lagi kabus pun akan datang...

aku berkeras... alang-alang sy sudah sampai sini, takkan nak separuh jalan jek? nak dtg lg tatau bila...

btul la tuh... alang-alang kamu sudah sampai dr jauh, baik kamu terus ke puncak...

Pak jaidi turut kemahuan aku... ini adalah satu risiko sebenarnya... risiko utk dia, dan jugak aku... dia nnt nak kena menjawab lg... dia ckp takper, dia tanggung semuanya...

terima kasih pak Jaidi!

aku teruskan pendakian... dari jauh aku nmpk Intan, Thirah, Huzz sedang lepak2 dgn Pak Jab... huhuhu... seronoknya diorg! berteman...

Pak Jaidi, Pak Jab, aku, Thirah dan Huzz

Diorg sebenarnya dh nak turun... alang2 jumpa, meh kita bergambar... dapat jugak kami bergambar bersama2, berlatar belakangkan South Peak... ala... tgk duit seringgit korang tuh...

tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai puncak antara nampak, esok jangan rindu-rinduan... rindu sudah!

Aku, Huzz, Intan, Thirah...

diorg turun, aku teruskan pendakian... Pak Jaidi tak bawak aku melalui tali temali tuh... dia bawak lalu jalan lain ke puncak, jalan short cut katanya... kalu tgk semula, lalu ikut tali lg ok kot... aku tawakkal saja...

ramai jugak yg lewat... tp paling lewat aku laa... byk lg berehat sapa suruh! yg sama2 ngn aku td dh pun turun... dan, aku nmpk Fadd akhirnya... Fadd dh turun jugak... dia org kedua terakhir kot...

alhamdulillah, guiders kami semua ok2! pembakar semangat kami! kalu guiders lain, mungkin tak merasa aku ngn Fadd ke puncak... terima kasih jugak kpd rakan2 pembakar semangat juang kami!

habis selingan...

aku renung puncak... tak bleh jadi nih! aku kena sampai jugak! Pak Jaidi biarkan aku mendaki seorang... utk kepuasan sebenar!

tgk jam, pukul 8.00 am, alhamdulillah, aku berjaya! menitik air mata aku! aku nak call mak ayah aku, tp bateri telepon dh kong sgt... nak sms pun tak bleh...

aku keluarkan kamera... boleh tak, bateri kamera pun dh kong? ini tak bleh jadi! rugi la aku naik, tp tak dpt abadikan kenangan di puncak...

aku selongkar beg aku... mujur byk bateri2 lama yg tatau riwayatnya dh berkubur belum... satu2 aku test... ada kaler hijau, posing amik gmbo... bila merah... tukar suai dan padan dgn bateri yg lain... ada satu dozen bateri dlm beg aku rupanya! hihihihihi...

Low's Peak, 4095.2m... puncak tertinggi di Kinabalu... cuma yg aku musykil dulu2 aku belajar geografi ataupun alam dan manusia, tingginya ialah 4104m... ke aku yg tersalah ingatan atau tersesat ajaran?

antara pemandangan indah dari Puncak Low...

"Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan ia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur"(Qaf, Ayat 7)

St. John's Peak - nmpk ada muka gembira tak kat St John's peak tu? aku nmpk... biasa laa, kita punya perasaan, konon2 terpancar kat muka St John tu...

ni dh nak turun dh ni... belakang St John's peak

aku kat puncak tak lama... dalam setengah jam... bimbang jugak... hari dh panas... kabus pun dh nak dtg... orang lain pun dh tak nmpk ke mana dh... laju btul diorg turun...

turun dr puncak mencabar la sangat! kuku ibu jari aku dh sakit... kasut plak licin semacam mcm susah nak brek... akhirnya, aku cabut kasut ngn stokin... aku berlari2 sambil turun... mmg tak lalu dh kat tali-tali tuh... rasa panas, aku pakai stokin semula... kasut aku, Pak Jaidi tlg pegangkan...

sampai Pondok Sayat-Sayat, kami disoal siasat... aku tak paham apa yg Pak Jadi ckp dgn mamat yg jaga kat pondok tuh... diorg ckp bahasa Dusun... pastu aku plak kena tanya... btul ke aku sakit kaki takleh jalan? aku iyakan aje... agaknya itu yg Pak Jaidi ckp kat dia...

aku sampai Laban Rata pukul 11.00 am... cepat kan? Pak Jab setia menunggu... dia ckp, kawan-kawan lain dh jalan dulu setengah jam yg lalu...

aku bersiap2, sarapan pagi... sambil menunggu Pak Jab dan Pak Jaidi makan, aku rehat dan tertido kat kerusi panjang tuh... hhuhuhuh...

dalam pukul 12.30 pm, kami pun bertolak turun... kali nih aku pakai sandal jek... tak daya aku nak menahan kuku yg sakit kalu pakai kasut... terima kasih kat Fira yg pesan pd kami supaya bawak sandal!

mengabadikan kenangan berlatar belakangkan laban Rata...

aku suka sangat pokok sayat-sayat ni! cantik!

dalam perjalanan turun, aku terserempak dgn beberapa orang budak lelaki dan jugak perempuan yg bertugas sebagai porter... diorg buat part time setiap kali hujung minggu... aku tak amik gmbo diorg sbb aku dh malas nak main tukar2 bateri... aku amik gmbo dr Huzz...

adik yg bergambar dgn Yatt ni, umur dia 10 thn... korg rasa berapa la berat dia tuh? dia bawak barang seberat 5kg... beg aku 3kg je tau! itupun aku rasa tak larat... betapa aku terkenang kpd adik aku yg bongsu yg berumur 11 thn kat rumah tuh yg sedang seronok tgk tv... tlg sekali sekala jek apabila disuruh... geram plak aku rasa!

ni yg bawak satu tong gas... ada kawan aku citer, dia pernah serempak org bawak 2 tong gas...

perjalanan turun ke Timpohon gate biasa2 jek... aku terkejut tgk tangga dia yg lebar2 tuh, mcm nak bg gajah lalu jek... kaki aku sakit dh start sakit... perut pun dh sakit semula, aku tak jumpa panadol dh dlm beg aku... mcm nak pengsan jek... pemandangan sepanjang laluan ke Timpohon gate pun tak seindah Mesilau...

sepanjang perjalanan turun, aku terserempak ramai la pendaki2 lain... kami berbalas sapaan... ada yg menego, ada yg bertanya...

tp yg paling aku ingt org tego... "kenapa muka akak sedih sgt nih? nnt dtg la lagi, jgn sedih2!"

sedih la nak tinggalkan puncak yg dh ditawan... nak dtg lain kali tatau bila lg bleh sampai... ada jodoh, sampai la saya, insyaAllah...

aku sampai di Timpohon gate dekat dalam pukul 6 kot... cuaca pun dh gelap... kemudian kami dibawa ke Kinabalu Park utk dinner... sbg ganti utk lunch yg tak sempat kami ambil...

lepas dinner, kami kembali ke De Galleria Hotel di KK... penat! mau tidur dulu!

esok dh nak balik!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 29, 2010

Sayang Kinabalu - Hari Keempat

al salam alaykum

Hari keempat - 21/05/2010

Mesilau - Laban Rata

Pukul 6 pagi hari dh nak terang!

Aku bangun pagi dengan perasaan berbaur!

dalam doa seusai solat subuh (pehal ayat skema ni), aku panjatkan doa moga Allah permudahkan perjalanan kami, memberikan kami kesihatan yg baik, semangat yg tinggi, dan seterusnya memperkenankan impian dan cita2 kami utk menawan puncak kinabalu...

beg-beg kami yg akan ditransitkan ke Kinabalu Park... satu beg RM 10...

seperti biasa, bergambar sebelum ekspedisi bermula...

bekalan utk makan tengahari kami nanti...

aku tak sarapan byk mana pun... aku bimbang kot perut memulas... makan sekadar utk alas perut, dan beri tenaga utk sejam dua pendakian... menu sedap la jugak, tp takde selera tak guna jugak...

selepas sarapan, kami pergi beli tongkat sakti dulu... RM 5.00 satu... katanya dkt Timpohon RM 3.90 satu...

kemudian kami diberi taklimat oleh guiders kami, Pak James Jaibi, Pak Jurunain, Pak Jab dan Pak Jaidi... barang-barang yg nak diserahkan pada porter, diasingkan dan ditimbang... RM 90.00 utk 10 kilo...

bersama guiders dan porters

Dengan lafaz Bismillah, pendakian kami pun bermula... nmpk mudah! tp mencabar fizikal dan mental! masa nih, selain stamina, semangat dan azam yg kuat amatlah diperlukan... kalu tak, mesti rasa nak patah balik!

mula-mula, aku bersama2 dgn diorg lg... lama kelamaan, aku dh tertinggal di belakang bersama dgn Adeq dan Fadd... langkah aku semakin perlahan... aku kira, setiap 50 langkah aku, aku akan berhenti melepaskan lelah... siap duduk2 lg... org lain tak habis lg air, aku dh habis dulu dh!

mujur ada guiders yg lmbt, buat lawak2 pembakar semangat kami!

asal aku jumpa tangga yg nak kena daki... aku pun kata: tangga lagi!

Pak Jaidi naik dulu... kendian dia suh aku naik... cepat naik! aku sudah siapkan tempat kamu utk duduk ni... aku dh bersihkan... nnt aku bg kamu minum...

kami dpt layanan yg baik dr guiders kami!

tp alhamdulillah, setiap kali aku berenti, pada kadar waktu yg lama, kaki aku tak kejang langsung...

walopun berseorangan, tp ramai lg pendaki2 dan porters lain... tak putus2... mmg tak rasa keseorangan laa...

setiap kali berpapasan, kata-kata semangat tak lekang!

aku jalan pelan pelan je...

penat, aku berenti...

duduk2, tengok2 sekeliling...

amik2 gambar... menikmati pemandangan, keindahan ciptaan Ilahi...

makan-makan... tp makan skit jek walopun bekalan byk... knp ntah, tak lalu...

aku ber'SMS dan ber'FB.... line full bar siap ada 3G lg...

Mejar Bala, dari pasukan TUDM Labuan... baik hati! tlg bawakkan beg aku lg...

amik gambar lg!

masih lg bersama-sama... cukup 9 org! walopun ada yg dh ke depan, ada yg tertinggal ke belakang... masih lg sempat berjumpa di pondok rehat...

tak sabar nak tawan puncak walopun diriku dah lambat!

pokok sayat-sayat... masa nih aku dh rasa mcm kat alam bunian, walopun tak pernah rasa alam bunian tuh cemana... byk sgt tgk tv!

periuk kera...

buah beri hutan... masam-masam manis!

persimpangan Timpohon & Mesilau
baru KM 5!

lelah memanjat batu2! lepas satu batu, jumpa batu lg... akhirnya...

baru sampai KM 5.5... bila nak sampai Laban Rata ni?

berehat sebentar... canggih2 kamera amoi nih!

saya lagi tinggi dari awan!

akhirnya, sampai juga ke Laban Rata!

aku sampai dh agak lewat di Laban Rata... secara purata, kalu ikut Mesilau, bertolak dalam pukul 8.00 pg, sepatutnya sampai di Laban Rata lebih kurang pukul 4.00 pm paling awal... aku sampai pukul 6.00 pm... lewat tuh!

tp takper, aku puas! sbb dpt menikmati pemandangan yg sangat cantik! sangat indah! paling memukau!

lepas solat jamak ta'khir zuhur asar, aku menikmati makan malam... tp sebenarnya tak menikmati langsung... perut rasa sebu... bergelora... rasa mcm angin takleh nak keluar...

malam tuh, aku mintak Athirah tlg urutkan aku... aku cuba utk tidur... tp tak dpt... sudahnya, aku berkampung dlm toilet lebih dr sejam... muntah dan cirit birit lengkap pakej aku dpt! dah laa heater rosak! nak gosok gigi pun rasa tak mampu... alahai... lemah aku rasa...

aku pun tatau kul baper lena, tp yg aku tau, aku terjaga bila org dorm sebelah dh bangun! huhhuhu...

seterusnya....

sambung lg!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::