...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

.

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Wednesday, February 21, 2018

Bestnyaaaa

Al salam alaykum

Apabila ada kawan ko sama belajar dulu, sekarang ni dah bersara, hutang takde, simpanan banyak, dah mengembara hampir keliling dunia, masih bujang, best kan perasaan?

Bestnyaaaaaaaa

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, February 16, 2018

Aceh - Let me see your smile!

Al salam alaykum
 
Dak Ecah buat video boomerang. Aksi boomerang tu plak ada yg rajin melayan amikkan video. Tergelak-gelak dia menengok video boomerang tu. Siap dia suh ulang amik lain kalau dia rasa tak best.




Lagu ni best, pertama kali aku dengar dalam video ni.

Semoga ada rezeki kami utk mengukur jarak di bumi bersama-sama lagi.

Bila engkau berduka
Dan kau putus asa
Ku fahami apa yang kau rasa

Disini ada ku
Bukankah aku temanmu?
Yang kuingin hanyalah senyumanmu

[Pre-Chorus]
Biar kegelapan menghilang
Dan cahaya terus menerangi

[Chorus]
Let me see your smile, let me see your laugh
Let your worries go away and never come again
I wanna smile with you
I wanna laugh with you
We never know all the good that as simple
Smile can do
Oh oh oh

Kau senyumlah

Bila kau berduka
Dan engkau putus asa
Ku fahami apa yang kau rasa
 
Disini ada ku
Bukankah aku temanmu?
Yang kuingin hanyalah senyumanmu

[Pre-Chorus]
Biar kegelapan menghilang
Dan cahaya terus menerangi

[Chorus]
Let me see your smile, let me see your laugh
Let your worries go away and never come again
I wanna smile with you
I wanna laugh with you
We never know all the good that as simple
Smile can do
Oh oh oh

Kau senyumlah

Jangan pernah mengalah
Walau dalam susah
Kau teruslah melangkah
Dengan tabah

Tak pernah kau sendiri
Ada ku disini
Kepada-Nya kau serah diri
 
Let me see your smile, let me see your laugh
Let your worries go away and never come again

I wanna smile with you
I wanna laugh with you
We never know all the good that as simple
Smile can do

Let me see your smile, let me see your laugh
Let your worries go away and never come again

I wanna smile with you
I wanna laugh with you
We never know all the good that as simple
Smile can do
Oh oh oh ooo oh ooo oh

Your worries go away
And never comes again
Wanna smile with you
Wanna laugh with you

Let me see your smile

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 31, 2018

Gerhana bulan selepas 150 tahun

Al salam alaykum

Menyaksikan gerhana bulan, bulan besar dan bulan berdarah di Pantai Iboeh, Pulau Weh. 



Menghampiri gerhana penuh. 


Super blue blood moon. 

Pohon keampunan dari Allah. 

Sebelum itu, matahari terbenam di ufuk barat, Kilometer 0. 




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, January 22, 2018

Sukarelawan Zoo Negara

Al salam alaykum
 
Tiba-tiba, Erna ajak jadi Sukarelawan Zoo Negara. Selama ni aku tak pernah nak ajak dia sbb macam tak nampak dia minat. Hahahaha... Aku ajak orang lain, tapi yg diajak tak berminat pulak.
 
Kalau korang berminat, boleh dapatkan informasi di website:
 

 
Kemudian boleh print borang dan bawa pada hari yg telah dipilih. BOleh pilih utk separuh hari ataupun seharian. Kena cepat-cepat, sebab ramai yang mohon sebenarnya.
 

 
 
Kami memilih utk menjadi sukarelawan pada 21/01/2018. Sila sampai awal di Zoo Negara, sebelum jam 8.15 pagi. Dan kemudian beli tiket masuk untuk Sukarelawan yg berharga RM 21.00, dan berkumpul di Education Centre, Zoo Negara. Sebelum tu jangan lupa serahkan borang yg telah diisi kepada pihak pejabat Education Centre.
 
 

 
 
Tepat 8.15 pagi sesi taklimat dimulakan, dan kami dibahagikan kepada 10 orang satu kumpulan. Kebanyakan yg datang semalam untuk separuh hari. Dan apabila kami diumumkan utk buat penuh satu hari, semua berpaling kepada kami. Krik krik krik tiba-tiba.
 
Antara yg penting dipesan semasa taklimat ialah, sila patuhi arahan petugas dan penjaga zoo. Dilarang mengambil gambar kecuali mendapat kebenaran. Kena minta kebenaran dahulu, jangan suka suki je snap snap snap. Dan, dibenarkan utk membeli makanan di kantin pekerja Zoo Negara, tetapi boleh pergi selepas jam 1.00 tengahari. Dan, dapat kebenaran tengok panda secara percuma, hanya pada waktu jam 12.30 - 1.30 petang.
 
Waktu bekerja sesi pagi ialah 9.00 pagi - 12.00 tengahari, petang pula jam 2.30 - 4.30 petang. Santai juga waktunya.
 


Taklimat utk budak Kolej Matrikulasi Melaka.
 
 
Kami mendapat tugasan di unit Karnivor Zoo Negara. Unit ini menjaga Harimau Bengal, Harimau Malaya, gajah, tapir, rusa dan singa.
 
 
Petugas Karnivor terdiri daripada En. Fadzli, En. Azman, En. Sarjan, dan En. Affendi. Mereka ni sempoi je, bergurau senda tidak berlebihan, dan dedikasi menjalankan tugas. Tak lokek ilmu pun.
 
Sebelum tu, mereka bertanya nak tugas susah dulu ke atau senang dulu. Aku dan Erna pilih susah dulu la untuk waktu pagi, sebab ada ramai orang. Petang-petang nanti tinggal berdua je dgn Erna. Kang ada lari balik kang hahaha.
 
Selepas taklimat apa yg perlu dilakukan utk sesi pagi, kami pun dibawa ke tempat bertugas. Mari kita cuci ruang pameran Harimau Bengal. Sebelum tu, kena tukar pakai boot dulu.
 

Tulis nama dalam buku petugas dahulu
 

Sila jaga baldi masing-masing.

Maka, kita cuci cermin pameran harimau Bengal.
 
 
Teruk bebeno warna cermin, hijau terus. Sekarang dah jelas kelihatan harimau di seberang sana. Semasa tugas bermula, harimau duduk dalam kandang je, tak dilepaskan. Dan kami mesti siapkan sebelum pengunjung ramai.
 
Kemudian, diberi rehat selama setengah jam, dan tugasan kedua pagi itu, membersihkan kandang tapir dan memberi makan.

Menyapu je la pun

Baldi makanan utk tapir
 
 
Kami dibenarkan utk bergambar dengan binatang, tapi tidak boleh muat naik di mana-mana media social. Maka, takde la nak letak gambar aku dengan tapir dan anaknya, Pablo. Nasib baik bukan Pablo Aimar. Pablo ni ada kembar, tapi meninggal. Baru berusia 6 bulan.
 
 
Tugasan sesi pagi dah tamat, maka boleh berehat dan berjalan-jalan sekitar Zoo Negara.
 

Team Karnivor. Mereka dah habis tugas, aku dan Erna belum. Yg depan sekali Ainul Zazali, Vlogger, boleh tengok channel youtube dia, Ainul Zazali.
 
 
Aku dan Erna ke Savannah. Nak tengok panda.

Tapi jumpa kuda belang dulu. Panas ke tu?

Kwang Soo! Eh zirafah la! Dan burung unta jangan dilupa.
 
 
Kemudian jam dah 12.30 pm, maka cepat-cepat ke Pusat Konservasi Panda. Sejuk nyaman je.
 


Dik Panda, boleh tak naikkan sikit perut awak, kurus sangat la! Hahaha
 
 
Tapi ada Xing Xing je. Liang Liang dalam pantang, baru melahirkan anak pada 14/01/2018 lepas.

Maka, hari-hari adalah hari Ahad la ni.
 


Cute kan? RM 6.25 sen sebiji, kongsi je dgn Erna
 
 
Teruskan lagi perjalanan mencari kantin pekerja, nak makan.

Jumpa dia ni, bukan walabi, bukan kanggaru, tak ingat apa namanya.

Gajah ni salah sekornya nama Siti. Ada lagi seekor dalam kandang sebab sedang turun minyak.
 
 
Menurut penjaga gajah, gajah akan turun minyak dalam 3 bulan setahun. Masa tu memang gajah akan ada kebarangkalian nak mengamuk. Itu yg orang panggil gajah naik minyak. Kami memang tak boleh buat bising kalau lalu kandang gajah. kena jaga emosi dia. Ingat ko sorang je beremosi ntah apa-apa Kay?

Lalu semula ruang pameran Harimau Benggal. Bersinar kan cermin? Dah cuci pagi tadi.
 

Harimau Malaya
 
 
Lepas makan dan solat, tinggal aku dan Erna je. Maka banyaklah soalan yg beroleh jawapan. Seronok!
 
Macam-macam la soalan. Pasal diet binatang, kadar kelahiran, tabiat-tabiat binatang, penyakit mereka dan macam-macam la. Juga aku bertanya pasal tugas dan kerjaya petugas zoo ni. Yang penting, mereka kerja kerana suka pada binatang. Sebab kerjaya ni, bukan setakat memelihara, melatih dan menjaga binatang saja, macam-macam lagi.
 
Sebelah petang, kami ke kandang rusa. Bagi makan rusa, dan bersihkan kandang. Kemudian, dapat masuk kandang harimau dan bermesra dengan Harimau Malaya. Manja juga Harimau Malaya ni, macam kucing. Tapi aku tetap rasa ngeri, apatah lagi apabila harimau mengaum.
 
Gambar tidak dapat disiarkan untuk menghormati peraturan Zoo Negara.

 
 
Tamatlah tugasan sukarela kami di unit Karnivor, Zoo Negara. Pengalaman yg menarik di usia menginjak 40an. Hahaha kelakor pulak bila mengingatkan mereka bertnaya kami umur kami berapa, Belum sempat aku nak menjawab 37, Erna jawab umur adalah rahsia. Tiba-tiba je. Hahahaha.
 
Terima kasih En. Fadzli, En. Azman, En. Sarjan utk segala ilmu dan tunjuk ajar. Ada rezeki kami nak pergi lagi, kami nak minta unit Karnvor lagi insyaAllah.
 
 
Tapi, nak menegur juga. Kami lambat masuk sebelah waktu petang, sebab tak jumpa surau. Menurut petugas Zoo Negara, surau tu tersembunyi sikit. Depan kawasan Zirafah. Maka kami pun ke Savannah. Rupanya Zirafah lain. Memang kami pusing zoo la kiranya nak mencari surau ni.
 
Tapi yg paling rasa terkilan, takde langsung papan tanda yg menunjukkan jalan itu adalah ke surau. Kelakar wehhh! Sepatutnya pihak Zoo Negara kena ambil inisiatif utk meletakkan papan tanda di jalan masuk ke surau tu. Sebab surau tu bukannya depan jalan tu, dalam 200 meter lagi, nampak la satu bangunan usang.
 
Harap ada banyak penambah-baikan dapat dilakukan utk memelihara Zoo Negara ni. Sayang sangat rasa.
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

 

Thursday, December 28, 2017

Pusing Kotaraya?

Al salam alaykum
 
Minggu lepas Dayang datang, aku tak sempat bawa ke mana pun. Teman dia tidur di hotel berdekatan LRT Masjid Jamek. Dan memenuhi selera makan dia.

Dia nak makan ikan bakar Bellamy, malam-malam hari, maka pergilah kami dgn Grab ke sana. Ada satu kedai yg buka, yg paling hujung, Ikan Bakar Sri Minang tak silap namanya, tapi pesan makanan ala carte la.
 
Oleh sbb aku tak bawa kereta, maka kami naik Grab la. Dapat plak uncle yg suka bercerita, dan dia tak suka nak ikut waze, perjalanan yg sepatutnya dalam 20 minit menjadi sejam. Hehehehe... Geleng kepala je la.

 
Kemudian, dia nak makan tomyam. Aku mengomel juga kan nanti nak pi Hatyai, makan la tomyam kat Hatyai hahahaha...
 
 
Sebab aku tak tahu nak bawa ke mana. Aku dah kurang pengetahuan am tentang tempat makan menarik malam-malam di Kuala Lumpur ni. Dah takde kawan ajak keluar malam, dan aku pulak begitulah, takde kawan, mereput la kat rumah kan? Dan lama-lama makin immune dgn situasi aku ni. 

KLCC yeop!
 
Maka, ku bawa ke Kampung Baru. Ada satu kedai tu macam ramai je orang, kami masuk je. Alhamdulillah, memenuhi selera Dayang.
 
 
Malam itu, meneman Ddayang membeli belah di Jalan TAR, kemudiannya esok pagi, kami pusing sekejap di Dataran Merdeka. Dah dekat sangat, sebelum masuk kerja sempat la pergi.

Abadikan kenangan di sini

River of Life, sebelum kami berpisah pagi tu.
 

Makan tengahari di KLCC, pertama kali join kakak admin dan HR. Biasanya aku bertiga je dgn Laila dan kak Isma.
 
 
Ampang Park bakal ditutup sepenuhnya pada 01/01/2018. Maka marilah kita menjelajah Ampang Park. Aku cadang nak pergi sorg lepas kerja.
 
Tapi semalam, kebetulan Ju whatsapp aku ajak makan, maka aku ajak ke Ampang Park. Aku suka makan kat Pok Man tu, tapi petang semalam hanya tinggal Bakso. Maka, kami ke TAPAK.
 
 
Banyak kedai buat jualan murah, tapi kedai elektrik tu harga di Lazada lagi murah.
 
 
Ada satu kedai jam tu, sebelum ni takde sales pun, tiba-tiba sales menggila. Berlaga bontot dalam kedai yg sempit. Harga ok, compare dgn Lazada, Lazada murah la RM 50.00-RM 100.00, tapi kita tak tahu yg tulen atau yg pelesu. Maka, boleh la dipertimbangkan utk membeli di situ. Tapi aku tak beli pun, pakai jam banyak-banyak tak reti nak tepati masa tak guna jugak kan?

Abadikan kenangan di mercu tanda pusat membeli belah pertama di Kuala Lumpur.

Ada juga sales di kedai tudung, tapi tak jauh beza pun harga kedai biasa, shawl heavy chiffon, 3 helai RM 100.00. Hmmmm... Baju bajan yg sebelum ni aku tengok harga RM 500.00-RM 600.00, masih dijual dgn harga mampu tengok, tapi tak semestinya memiliki.
 
Oh haritu ada tengok Yusry upload IG gambo makan di Cozy House, yang katanya berpindah ke Ampang Point. Tapi, kat bangunan tempat kerja aku ni, ada juga nama Cozy Place, adakah entity yg sama? Kalau sama, mungkin dpaat jumpa abam Yusry lagi hahahaahah
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::
 

Thursday, December 21, 2017

Pergi tak kembali

Al salam alaykum

http://kehelan81.blogspot.my/2010/07/bila-allah-menduga.html

Setelah 7 tahun, akhirnya Mama Sally pergi meninggalkan keluarga tercinta malam tadi.

Terlintas malam tadi nak ajak Sally jumpa Dayang sekali. Tapi, sebab malam, kemudian pulak Sally tu dah berkeluarga, dan menjaga mamanya, maka aku tak usaha pun nak kontek Sally.

Hanya bertanya khabar di FB. Aku jumpa Mama Sally masa tahun 2012 kot, kemudian takde dah jumpa rasanya.

Tapi, bahagialah Sally sebab menjaga mamanya yg sakit hingga ke hujung usia. Untungnya Sally dapat berbakti kepada ibunya hingga nafas terakhir. Bertuah sangat Sally.



AKu sempat berjumpa Sally pagi tadi, bergegas dgn Dayang ke rumah Sally. Semoga Sally sekeluarga tabah dan redha.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 13, 2017

Masih di Menara Jagung

Al salam alaykum

Bersua kembali, aku baru keluar dari restoran makanan segera, lalu nampak kelibatnya. Maka, terus mendekati dan bertanya, "Kerja mana sekarang?"

Kat sini lagi. Dia masih di menara jagung.

OK, Alhamdulillah dia kenal aku lagi.

http://kehelan81.blogspot.my/2017/06/lama-tak-bersua.html



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, October 01, 2017

Hai As!

Al salam alaykum




Lama tak jumpa, salah seorang sahabat baik semasa sekolah. Last sekali jumpa tahun 2013 kot, dia cerita dia nak sambung belajar oversea. Kemudian terus tak jumpa sampailah raya haji baru ni. 

As sekarang buat kerja pengurusan, supaya dapat lebih masa bersama keluarga. Maka, tak buka lagilah klinik seperti cita-cita kami pada masa dulu. Eh cita-cita dia buka klinik. Cita-cita aku jadi ahli farmasi. Kemudian dia buka klinik, dan pesakit kena beli ubat kat kedai farmasi aku. 

Tapi As mmg jadi doktor. Aku je ntah apa-apa jadinya. Jadi doktor tak dapat, jadi ahli farmasi tak dapat, jadi ahli forensik pun tak. Jurutera pun jauh sekali. Mencari diri tak jumpa-jumpa. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, September 26, 2017

1 Muharram di PD

Al salam alaykum
 
Oleh sbb tak dapat pergi Melbourne, pastu nak menyibuk kat Raung pun aku rasa nak meraung, maka teringat janji 1 Muharram tahun lepas yg nak berkumpul lagi di Villa Seri Azian, PD. Maka, jom la berkumpul di PD.

Berkelah di Pantai Bagan Pinang.
 
 
Tiada aktiviti apa pun. Mula-mula yg kompem nak pergi umah Yan ni aku dgn Erna je. Pastu Eagy sekeluarga nak ikut juga. Maka, aktiviti lepak santai kena ubah sikit la utk org bekeluarga. Kita pergi piknik.
 
 
Plan aku nak ajak pergi Pinik Pantai Pasir Panjang, sbb nak tengok sunset. Tapi, tengok waze cam jauh je. Kesian budak-budak tu nak main air pantai. Jam dah lewat dah. Maka, kami belok la ke Pantai Bagan Pinang. Baru lah muka budak-budak ni happy sikit.
 


Yang penting ada sunset
 
dan Erna pun gembira, dapat amik gambo tempat yg sama macam aku tahun lepas ekekekeeke
 
 
 
Tahun lepas Erna naik kereta lain, maka dia pulang awal. Aku sekereta dengan Fida, Kak Awin dan Ilah, maka kami belok ke pantai nak ber-sunset. Ekekekeeke... Itu yg Erna tak puas hati tu.
 
 
Pagi-pagi takde sunrise, maka kita kira kapal terbang lalu kat Villa Seri Azian.
 
Tema 1 Muharram 1439 - Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara.
 
Dalam jam 10.00 pagi, kami bersiap utk berpisah. Eagy sekeluarga nak pergi Muzium Tentera, Erna nak pulang ke pangkuan suami, aku dan Yan nak ke MELbourneaka.
 
 
Dalam perjalanan, aku minta singgah di Pantai Pasir Panjang.


Kalau sunset cantik ni
 
 
Memang buat kami haru! Hahahaha... Kalau la petang semalam kami ke sini, memang kena kecam la sebab takde pantai utk piknik, dan budak-budak tak boleh terjun laut. Alhamdulillah kami membuat keputusan yg betul demi kemaslahatan ummah.


 
 
Ayuh ke Melaka kita!
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::











Sunday, September 24, 2017

Pasir Cantik Klebang

Al salam alaykum

Demi memujuk hati, ku bawa diri ke Melaka. KUL-MEL jadi Melaka okeh, bkn Melbourne. 

Oleh sbb banyak perkara yg terjadi, asalnya nak keluar sesudah Subuh jadi keluar sesudah jam 10.00 pagi. Hahaahaha. 

Pasir Cantik ni dekat je dengan Muzium Kapal Selam Kelebang. Kalau Muzium kita ke kiri, ke Pasir Cantik ni kita amik jalan ke kanan lepas tu terus je sampai jumpa habis jalan tar. 

 
Sampai jumpa papan tanda ni. Kemudian parking le. Sbb kami sampai jam 11.00 pagi, tak la ramai orang. Tapi mencanak la panasnya kan. 


 
Tak bawak payung, ada van jual payung dan topi. Sebab apa? Sebab panas sangat. 


Jalan ditutup sbb banyak kes tayar sangkut. Maka kena jalan kaki la ke bukit pasir sana. Adalah dalam 1km berjalan dalam kepanasan. Penting sunblock, payung, topi atau air sejuk sebagai bekalan. 


Walaupun panas ramai juga orang. 

Dekat dengan mata, masih jauh dgn kaki. Mana tak jauh, matahari sedang meninggi. 

Bila dah panas macam ni, hilang mood nak amik gambar. Ekeekeke. 

Di sebalik bukit pasir putih ni, ada laut. 

Tapi pasir-pasir ni tak la sehalus pasir pantai ataupun pasir di Lancelin Sand Dune, Perth tu. Dan, berbau jugak. Kompius nak golek-golek cite hindustan. Nak menggelongsor pun kena tolak diri sendiri. Tak meluncur pun. Ekeekeke. 

Bukit paling tinggi. Aku tak naik sebab Syah dan Yan takmoh ikut. Panas dah satu hal. 


Maka ini la yg kami mampu. Dalam gambar cantik nampak halus. Tapi pasirnya kasar. Macam pasir tambak laut. 

Panas berebut payung. 

Kami sekejap je kat sini sbb panas sangat. Tak padan la dgn berjalan kaki jauh-jauh. Tapi tak lalu dah. Kalau panas dgn hembusan bayu sejuk kena muka takpe, ni macam kena bakar kulit muka. Moh kita pulang. 

Masa beli air dengan adik foodtruck tu, aku tanya, sunrise cantik tak? Dia cakap cantik pagi-pagi. Tapi sunset lagi cantik. Hahaahaha. Aku gelak. Sbb aku ajak diorang pergi petang, boleh sunset sekali. Tapi petang semalam macam rasa tak sempat katanya. 

Cuma adik tu cakap pagi dan petang, memang sangat ramai la umat manusia. Sebab teduh sikit, pastu ada la sunrise dan sunset. Petang pula, ada shuttle car bawak masuk sampai ke bukit pasir tu. Harga RM 5.00 pergi balik seorang. Agak mahal jgk la. Tapi ok la, takyah la jenjalan tengah panas. 

Idea bisnes lain, jom kita bagi sewa sledge! Best jugak senang buat duit. Ekekeeke. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, August 18, 2017

Mampu skodeng

Al salam alaykum

Kak Gee bertanya, Kay pergi mana tahun ni? 

Kay nak p Tawau, tapi mak tak bagi.

Tiket tak beli lagi kan?

Dah beli la setahun lepas. Tahun lepas kan banyak duit! Hahaahaha

Padan gitu la, beli tak begi. Kalau kumpul-kumpul tu dah boleh bayar kete kot. Kak Gee bebel. Hahaahaha... Nanti la kira semua tiket hangus tahun ni.

Nak wat cemana, kita hanya mampu merancang. Allah jua sebaik-baik perancang.
 
6.57 am masuk ofis

Semua tak boleh pergi
 
 
Betul-betul cukup setahun ni tak naik kapal terbang.
 
Dah lama sebenarnya, tidak mematuhi apa yg mak ayah kata. Maka, tahun ini, nak pujuk pun mmg tahu keadaan sedar diri, maka, duduk la saja diam-diam. Takde apa yg boleh dijadikan modal utk memujuk.
 
Ada yg kata, rezeki tu ada nanti-nanti. Pergi je!
 
Rezeki tu ada kan nanti-nanti?
 
InsyaAllah, nanti-nanti sampai la jua. Mungkin tak sama, tapi ada rezeki Allah bagi, sampai la jua.
 
 


Alhamdulillah, mereka selamat mendarat.
 
 
Doakan saya, semoga sentiasa tabah.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, August 11, 2017

Perasaan macam ada di Korea

Al salam alaykum

Mula-mula aku nak jalan kaki je Pavillion. Kemudian, baru teringat ada MRT utk ke Pavillion. Maka, dari KLCC ku naik LRT turun di Pasar Seni utk berhubung dengan MRT Pasar Seni.


Dari Stesen LRT Pasar Seni ke Stesen MRT Pasar Seni memang buat aku "Waaaaahhhhh!". Terus rasa macam berada di Negara lain. Hahahaha...

Rasa macam di Korea! Memang la, ko kan nak pergi jumpa So Ji Sub! Hahaha

K-Drama sangat!

 
Serba baru

Banyak pintu Keluar.
 
 
Aku turun di Stesen MRT Bukit Bintang. Pun dah kompius nak keluar pintu mana satu. Baru ada 6 pintu pun rasa nak sesat di Negara sendiri.
 
 
Dari Pavillion, aku ajak juga Teena, Fidot, dan Syah naik MRT. Syah mula-mula datang dari Shah Alam dengan GrabCar, Teena dan Fidot dgn LRT dan Monorel. Maka, marilah menunggang MRT pula.

Sila patuhi panduan keselamatan
 
Okeh, mari wefie satu kali

Wefie tak best jadinya, "Dik, boleh tolong amik gambo kitorg tak?" ekekekeke

Tak payah buat pilihan nak turun guna tangga, guna escalator je

Dalam tren yg luas dan selesa.
 


Kembali ke realiti, LRT Pasar Seni.
 
 
Kami berpisah di sini, mereka ke Putra Height, aku ke Gombak.
 
 
Nanti nak naik MRT lagi.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::