...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Taman Negara. Show all posts
Showing posts with label Taman Negara. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Taman Negara lagi!

Al salam alaykum

Demi Taman Negara, sanggup amik cuti hari Jumaat 14/11/2014! Aku heran kenapa Treasure Hunt main hari Jumaat. Tapi, kalau hari Sabtu mesti ramai yg join. Mungkin kebarangkalian kami nak dapat hadiah pun tipis. 


Dah dekat dua tahun tak masuk Treasure Hunt. Kali ni kami menyertai Cuti-cuti Mutiara Taman Negara Treasure Hunt. Seronok!

Yg join kali ni, anggota wajib, Nurul dan Fad, Amy, Cikgu Nisa dan Cikgu Nir. Aku join group Nurul dan Fad. Pencarian bermula dari Taman Seri Gombak sampai la ke Jerantut. 


Penin jugak! Dah lama tak masuk la katakan! Soalan susah-susah jugak, seperti biasa. Tapi dah nak jadi rezeki, dapat jugak kami nombor 5 dan 6. Alhamdulillah. 


Tujuan utama aku join Treasure Hunt ni ialah utk tido di Mutiara Resort Taman Negara. Sejak pertama kali pergi ke Taman Negara tahun 1993 dulu, mmg pasang niat nak jejak lagi Taman Negara, dan nak tido kat rumah kayu yg macam cantik tu. 


Maklumlah, tahun 1993, tido kat asrama SK Kuala Tahan. Kemudian, tido kat chalet seberang sungai Mutiara Resort. Mana la tak mimpi-mimpi nak tido Mutiara Resort. Alhamdulillah, terlaksana jugak impian kecil itu. 


Dapat bilik pun cantik. Toilet pun cantik. Tapi harga pun cantik la. Join treasure hunt yg termahal la kali ni. Dapat tido semalam pun jadi la. 

Malam tu selepas dinner dan penyampaian hadiah, kami berjalan-jalan sekitar resort. Konon nak buat night jungle trekking, tapi tgk harga mahal pulak, kendiannya katanya kalau hujan-hujan biasanya takde night walk. 



Tak apa la, jalan-jalan sendiri je. Mula-mula konon berani, semangat waja hati kental, tapi masing-masing hati tikus jugak rupanya. Mujur serempak dgn En. Khairul dan geng dia, kami tumpang sekali night walking. Kami ke Bumbun Tahan, kot dpt tengok rusa ke. Tapi takde rezeki. 


Nak jadi rezeki, tapir keluar dari sarang utk mencari makanan. Bergembiralah kami malam tu dengan tapir. Tapi, kena jaga-jaga jugak, walaupun tapir ni herbivor, kalau dia lapar, dia menggigit kita jugak. 

Dah tengok tapir, balik tido. Esoknya bersiap-siap utk aktiviti seterusnya. Lepas sarapan, kami bergerak beramai-beramai ke Canopy Walk Way. Yg ni aku takdelah beriya sgt. Sbb pernah naik 2-3 kali jugak. Cuma gembira sbb kami guna jungle trail nak ke Canopy Walk Way ni. 


Rezeki la nak jumpa pokok besar ni semula. Dulu kan pernah bergambar kat sini masa darjah 6. Pastu bila sampai lagi sekali dua, pergi jambatan gantung lalu kot sungai. Mana nak jumpa pokok besar ni!


Jambatan Gantung Taman Negara Pahang ni panjangnya ialah 570 meter. Yg terpanjang di dunia. Ok, ko pernah naik yg terpanjang, pernah naik yg tertinggi jugak kan? Kat Taman Negara Mulu kan yg tertinggi di dunia? Alhamdulillah. 


Dah lepas berjambatan gantung, kami naik bot utk rapid shooting plak. Ada dua bot kali ni. Sebenarnya, kalau naik satu bot, confirm tak berapa nak basah. Tapi kalau ada lebih dari satu boat, tak basah itu adalah pelik!


Seronok wehhh! Dan percutian kami yg sepatutnya 3 hari, jadi 2 hari je. Takpe, gembira sangat dah. Alhamdulillah. 


Total perbelanjaan:
Yuran treasure hunt: RM 1700.00/6 org = RM 283.33
Minyak dan Tol: RM 114.60/3 = RM 38.20
Rapid shooting: RM 400.00/17 = RM 23.53
Canopy Walk Way: RM 5.00
Barang treasure: RM 10.00
Makan dan lain-lain: RM 16.50
Jumlah: RM 374.56

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, March 07, 2012

pernah ke?

al salam alaykum

ada member aku tanya kat FB, pernah daki Gunung Jerai tak?

jawapannya: kalau daki pakai kaki tak pernah, kalau naik lori pernah laa...

tahun 2002 dulu, kami budak-budak Cekak USMKKj, buat interaksi Cekak kat Pusat Rekreasi Gunung Jerai... oleh sbb katanya Pusat Rekreasi tu pun dh dekat nak dgn puncak gunung, kiranya kami dh sampai la kan? tp naik lori laa...


gambar cilok dari FB aku


masa aku sekolah rendah dulu, rumah sukan kami mewakili gunung...

Rumah Hijau - Gunung Kinabalu
Rumah Merah - Gunung Tahan
Rumah Kuning - Gunung Jerai
Rumah Biru - Gunung Ledang


aku dalam Rumah Hijau - Gunung Kinabalu... dan masa tu mmg aku tanam angan-angan nak daki empat gunung ni je...

yg betul-betul aku daki, Gunung Kinabalu laa... alhamdulillah, sampai jugak ke puncaknya tahun 2010 dulu...

Gunung Jerai, sampai dengan lori...

Gunung Tahan, pernah sampai kat kaki Gunung je, rombongan UPSR 1993 ke Taman Negara, dan jugak lagi sekali lagi semasa Family Day AMB, tahun 2007....



Gunung Ledang, tak pernah sampai... pernah nampak pintu masuk je... baru-baru ni kawan aku ada ajak pi daki Ledang, bulan 4 nanti... tarikhnya belum confirm... korang nak ikut tak? cuma kena cari maklumat laa, boleh tak daki sebenarnya... sbb aku pernah terbaca, mcm tak boleh nak daki dh sekarang ni... jumpa jgk maklumat, pintu masuk kat Sagil dah ditutup, kena masuk ikut Asahan, Melaka, dan ada aku jumpa maklumat jugak, hanya boleh daki sampai Bukit Botak saja... tak boleh sampai puncak...


dan semalam, aku dapat kalendar Pusat Zakat Wilayah Persekutuan... kali ni gambar tempat-tempat menarik di dunia... 

aku tertarik!!

Subhanallah!

aku tak pernah baca atau dengar pasal Gunung Roraima ni... tak dapat pi Everest Base Camp pun takpe, asal dapat pi sini...

berangan lagi!


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Monday, July 30, 2007

lg gambo kat tmn negara

saja nak mengubat hati yg duka... upload gambo...

kat petronas gambang kot...

kat jambatan gantung lerr...

roommate sementara...

atas lori la plak...

sementara nak tunggu naik bot...

eh... ada gak kat ofis laa plak...

letih... letih...


Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, July 18, 2007

kat taman negara

al salam alaykum

hujung minggu lepas kami ke taman negara utk family day... seronok sgt!!! tambahan plak aku kali kedua ketaman negara... pertama kali semasa aku darjah 6 thn 1993... kali ni aku ke sana lg...
kalu dulu ke taman negara naik bot dr kuala tembeling ke kuala tahan amik masa 4 jam perjalanan.... tp skrg jalan darat dah ada... 3 jam dr kuantan dah sampai ke kuala tahan... byk perubahan laa... yer laa dah 14 thn berlalu...

tp kali ni gak aku tak berpeluang laa nak pi ke lata berkoh... sama gak mcm dulu... apa lagi nak daki gunung tahan... harap2 aku dpt pergi kali ke3 utk ke lata berkoh dan menakluk gunung tahan... insyaAllah... tp dpt gak laa merasa naik canopy walk way sepanjang 530 mtr... dulu masa aku pi thn 93 baru 100 mtr siap... aku naik pun dlm 50 mtr jek... kalih pun rapid shooting gak...

ni la sebahagian gambo2... ada lg... tp tak sempat nak upload dlm webshot aku... ada masa kang aku upload laa...

masa dinner... tema flora and fauna... sbb tu la kat jari aku ada rama-rama... fauna la katakan... flora??? kat kaki kain jubah aku ada bunga kaler hitam... lengkap laa flora & fauna...

ni laa bos aku... cam tok arab tak??? marah lak awek dia... dia cabut nama aku utk lucky draw... dia ckp aku nih org kuat dia... org kuat ler.... nak cabut lari nih boss... heheeh

lawan tarik tali ngn mak2 dara... kalah lg anak2 dara thn nih...
naik bot utk rapid shooting ke kuala terenggan... tak nmpk aku ke??? ada maa... kat belakang org tudung hitam tuh...

tungggu turn utk naik canopy walk way atau dlm bahasa melayu ialah jambatan gantung...

Cik Kehelan
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::