...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Tanjung Piai. Show all posts
Showing posts with label Tanjung Piai. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

Tanjung Piai, misi yg gagal!

Al salam alaykum

Beberapa tahun lepas, Mak Lang tagged aku gambar Pak Lang kat FB, yg berbunyi "Pak Lang dah sampai, ko bila lagi? Monyet-monyet ni tunggu ko datang ni!"

Gambar Pak Lang kat tanah paling hujung di Benua Asia. Amboi! Cabar anak sedara dia ni. 

Maka, Sabtu semalam 18/04/2015 aku ke Johor utk misi menjejak kaki di tanah hujung Tanjung Piai yg terletak di Taman Negara Tanjung Piai. 

Nanti boleh la cakap kat Pak Lang "Kay pun dah sampai la!"

Hahahaahaa...

Kalau mengikut GPS, perjalanan dalam masa sejam je daripada Gelang Patah ataupun Johor Bahru. 

Kami lalu jalan lama. 

Dan, Husna pun pernah sampai, jadinya takde la risau sesat ke apa ke. 

Sampai je ke sana, pintu pagar berkunci rapat. Apa ni? Takkan dah tutup? Dalam website takde tulis pun tutup jam berapa. 


Kemudian aku nampak tanah sedang dalam proses penambakan. 

Masa tu dah 6.30 petang. 


Kami ke bahagian lain. Jumpa Tanjung Piai Resort. Ni tempat makan-makan. 


Nak bertanya orang, takde plak nampak orang. 

Kecewa punya pasal, aku sempat snap ini je la. 




Dalam perjalanan balik, kami cuba google lagi. Tapi takde info apa pun pasal Tanjung Piai yg terbaru. 

Pagi Ahadnya, aku tepon Taman Negara Tanjung Piai. Dia cakap Taman Negara masih dibuka tapi sampai jam 6.00 petang je. 

Kawasan bakau masih boleh dilalui. 

Akan tetapi, di kawasan tanah paling hujung tu, kawasan glob dan monumen/arca tu ditutup sementara waktu utk kerja pemulihan dan penambakan tanah. 

Dan, belum tahu lagi bila siap dan akan dibuka semula kepada umum. Macam lama lagi je!

Pak Anjang aku kata, mungkin amik masa lama kot sbb kerja-kerja penambakan tu mengundang kemarahan para nelayan di situ. Sbb tu la tak dapat nak bagi tarikh bila siap. 

Oleh itu, mungkin tahun depan la plak aku telefon tanya dah siap belum tambak semua tu. Pergi ke Tanjung Piai tidak bermakna kalau kaki tak jejak di tanah paling hujung di Benua Asia. 

Ni aku letak siap-siap nombor telefon Taman Negara Tanjung Piai utk rujukan di masa hadapan. 

Taman Negara Tanjung Piai: 07 696 9712

Takkan lari Tanjung itu dikejar. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::