...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Thursday, November 06, 2014

Hat Yai dan Bangkok : Perbelanjaan dan Pengangkutan

Al salam alaykum

Namanya adhoc, jadinya perbelanjaan agak mahal... Tiket kapal terbang la yg mahalnya


Ringgit Malaysia:

Tiket keretapi Senandung Langkawi (katil): RM 60.00
Tiket AA (Hat Yai - DMK, Bangkok): RM 89.82
Tiket AA (DMK, Bangkok - KUL): RM 248.80
Baggage (Hatyai - DMK) - 15kg: RM 31.01/2 = RM 15.51
Baggage (DMK - KUL) - 25kg: RM 66.08/3 = RM 22.03
Makanan: RM 7.00
KFC: RM 10.00
Minum dalam ketapi: RM 2.50
Makan di Padang Besar: RM 3.50
Minyak kereta Hafidzul: RM 10.00

Total: RM 469.16

Thailand Baht:

THB 1.00 = RM 0.1025

Pengangkutan:
Tuk tuk (Hat Yai Junction - Cable Car - Asian Trade Market): THB 700/6: THB 116.67
Tuk tuk (Asian Trade Market - Tesco Lotus): THB 180/6: THB 30
Teksi (DMK Airport to The XP Bangkok Hotel): THB 600/6: THB 100
Sewa Van: THB 4000 x 2 hari: THB 8,000/6: THB 1,333.34
Tren Ekkamai - National Stadium: THB 42
Tren National Stadium - Phaya Thai: THB 25
Tren to Suvarnabumi Airport: THB 45
Teksi (Suvarnabumi - DMK): THB 800/6: THB 200

Total: THB 1,892.01

Hotel:
The XP Bangkok Hotel: THB 4776/6: THB 796

Total: THB 796.00

Entrance Fare:
Tiket Cable Car: THB 200
Tiket ke Lop Buri: THB 10
Tiket Wat Mahat Hat: THB 50
Madame Tussauds: THB 720

Total: THB 980.00

Makan dan minum:
Buah-buahan: THB 13.34
Makan di Hat Yai: THB 250/6: THB 41.67
Yoghurt sedap: THB 25
Air Mineral: THB 40
Ice lemon Tea: THB 30
Mee celup: THB 150/6: THB 25
Lengkong sedap kat masjid: THB 10
Makan Tomyam Kung: THB 990/6: THB 165
Kafe Latte (Maeklong Station): THB 40
Makan di 5th Avenue: THB 241.50
Mocha Black Canyon: THB 105
Biskut Black Canyon: THB 100

Total: THB 836.51

Lain-lain:
Sim card Thailand (Share): THB 290/6: THB 48.34
Lain-lain: THB 100
Cable I-Phone 4: THB 160
T-Shirt Amphawa Floating Market: THB 120
FM: THB 20
Casing for I-Phone 4: THB 69

Total: THB 517.34

Total: THB 5,021.86 = RM 514.74

Jumlah besar: RM 983.90


Inilah pertama kali aku takde beli cenderahati utk mak ayah adik beradik anak saudara dan kengkawan. Sbb bertangguh.. suka bertangguh.

Tapi Thailand mmg best!

Nak pergi lagi, explore tempat lain plak... insyaAllah


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Wednesday, November 05, 2014

Tiba-tiba: Hat Yai - Bangkok (02/11/2014)

Al salam alaykum

Pagi ni bersiap-siap utk check out. Plan hari nak ke Grand Palace dan Wat Arun. 


Dari hotel kami ke Ekkamai Station dgn tuk tuk. Tuk tuk ni free ye utk hantar kita ke mana-mana station terdekat. 


Dari Ekkamai nak ke National Stadium, tambangnya ialah THB 42. 

Sampai ke National Stadium, kami ke Tokyu utk menyimpan beg kami. Tapi rupanya tempat simpan beg ialah di MBK Centre, Level 6, Zon B. 


Simpan beg kat sini free je, takyah bayar. Tapi silalah bermurah hati utk memberikan tips dalam tabung yg disediakan. 

Masa tu jam dah 10.30 pagi lebih kurang. Kami kena sampai semula ke MBK utk amik beg selewat-lewatnya jam 2.30 petang. Maka, meeting sekejap, kensel ke Grand Palace. 

Mmg tak sempat nak balik semula ke MBK Centre sebelum jam 2.30 petang. Tiket kapal terbang kami jam 6.00 petang. Bahaya tu! Boleh putus nafas tertinggal kapal terbang. 

Oleh itu, kami ambil keputusan utk ke Madame Tussaud. Sbb dekat je dgn MBK Centre ni. Lagipun, ada je yg belum pernah masuk. Aku pernah masuk sekali kat Hong Kong. 


Bayaran masuk Madame Tussauds ialah THB 720. Kat sini takde restriction sgt. Boleh je nak amik gambar dgn Obama guna kamera sendiri. Takyah beli gambar dari Madame Tussauds. 


Dan, dapat jugak amik gmbo dgn Princess Diana. Kat Hong Kong tak dapat. Ramai sangat makcik minggir minggir. Kat sini, macam takde orang pun walaupun hari tu hari Ahad. 


Dah habis merayau dan bergambar dengan bintang-bintang terkenal, kami makan di 5th Avenue. Ada 3 tempat makan halal dalam ni. Cuma hampa hati sbb takde masakan Thai yg halal. Kami makan di Warung Jimbaran, masakan Bali. 


Masa ni aku langsung tak ingt yg MBK ada restaurant halal. Hinggalah kami habis makan dan keluar dari 5th Avenue. Jeng jeng jeng!


Sebelah je dgn 5th Avenue! Masa ni la baru aku teringat yg aku gigih mengggoogle restoran halal di Thailand! Dan salah satunya yg aku catit ialah Yana Restaurant! Rezekinya takde kan nak kata apa. 

Nak berjalan santai di MBK Centre pun tak cukup masa dah. Aku kagum betul tgk harga barangan elektronik kat sini. Murah gila! Tapi tak sempat la nak tengok nak belek setiap kedai. Kena kejar masa nak ke airport!

Dari National Stadium amik tren ke Phaya Thai, tambang THB 25. Dan seterusnya amik tren ke Suvarnabumi Airport, harganya THB 45. Perjalanan selama setengah jam. 

Kami sampai di Airport dekat jam 4.00 petang. Turun ke 2nd floor dan amik pintu sebelah kanan, ada Shuttle Bus nak ke DMK Airport. Tapi, bas hanya akan bergerak jam 4.20 petang. Mmg tak mungkin boleh sampai sebelum jam 5.00. 

Bergegas kami cari teksi. Alhamdulillah, driver teksi sangat ok dan kami dapat sampai ke DMK Airport jam 4.50 petang. 

Lega rasanya! Dan flight delay selama setengah jam. Terima kasih Ya Allah!

Tamat catatan perjalanan kami di bumi Thailand. Oleh sbb perancangan cuti ni sgt la adhoc, dan banyak jugak kekangan masa yg menyebabkan kami tak dapat nak explore banyak tempat, mungkin kami akan cuba utk sampai lagi sekali. InsyaAllah. 


Terima kasih utk semua ahli rombongan. Maaf juga dipinta jika ada kekurangan dalam trip ni. Maklumlah adhoc katanya. InsyaAllah, kita ke tempat lain plak nanti ye!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, November 04, 2014

Tiba-tiba: Hat Yai - Bangkok (01/11/2014)

Al salam alaykum

Hari kedua di Bangkok, kami bertolak jam 8.30 pagi. Menuju ke Maeklong Market Station. Perjalanan mengambil masa 3 jam jugak la. 


Sampai jam 11.30 pagi lebih kurang, kami berjalan-jalan di sepanjang rel ketapi. Serius, kami takde jumpa pun dalam mana-mana blog cakap ketapi akan lalu jam berapa. 


Barang jualan mmg selamba je atas rel. Macam-macam ada. Dari segala jenis sayuran, rempah-rempah, hidupan laut sampailah hidupan darat dan yg pelik-pelik. 


Kami berjalan sampai ke entrance keretapi masuk. Dan lepak sekejap kat kedai kopi situ. 


Barulah kami dapat tau jadual keretapi akan lalu. 


Keretapi seterusnya jam 1.45 petang. Masa tu baru jam 12.00 petang. Jadi, kami amik keputusan utk berjalan ke kawasan sekitar Maeklong Market Station ni. 


Kemudian, kami pergi sekali lagi ke entrance memula tadi. Penuh sabar menunggu. 


Jam dah 1.30 pm. Tapi takde tanda-tanda keretapi nak lalu. Peniaga-peniaga kat situ pun dok relax lagi tak kemas apa pun lagi. 


Kemudian aku terdengar seorang pemandu pelancong kata keretapi akan lalu jam 2.20 pm lebih kurang. Saja aku tanya, memang setiap hari delay ke? Biasalah keretapi. 


Kemudian, peniaga-peniaga kat situ dah bergegas tolak khemah ke atas, tolak tray buah ke dalam. Keretapi dah dekat nak sampai rupanya. 


Aku hanya sempat amik gambar sekeping ni je sbb selepas tu aku rasa macam keretapi tu dekat je dgn kepala aku. Tak pasal-pasal kang ada ilang kepala. 

Walaupun keretapi katanya dibawa dlm 30-40km/j, tapi terasa laju jugak bila kita duduk tepi landasan ni. Ngeri!

Alhamdulillah, berpeluang mengalami saat-saat macam ni di negara orang. Puas!


Destinasi seterusnya, kami ke floating market. Jaraknya lebih kurang 15 minit dari Maeklong Market Station. 


Tapi, tak banyak dah perahu yg ada. Sbb dah habis waktu meniaga. 


Jadinya, kami ke Amphawa Floating Market plak. Apa yg aku baca, kat sini adalah 90 persen menjual makanan. 


Aku tanya Sobri, ada tak tempat makan halal kat kawasan sekitar. Dia ckp takde. Dia ckp, dia sendiri pun tak tergamak nak makan kat kawasan tu. 


Macam kelakar kami berjalan tengok makanan tapi takleh nak makan. Yg boleh makan hanyalah buah-buahan. Tapi mcm tak larat dah nak makan buah je. 


Ada jugak seafood bakar, tapi jadi was was bila gerai sebelah jual pork. Adoi! Tengok dan telan air liur je la. 

Jadinya, kami sekejap je kat Amphawa ni. Nak balik Bangkok cepat-cepat. Nak makan!

Kami plan ke Chatuchak Market, nak makan nasi kuning ayam. Sampai di Chatuchak, jam 9.00 malam. Kawasan gelap. 


Takkan dah tutup kot? Rupanya Sobri salah masuk. Chatuchak ni ada dua pasar. Satu pasar sebelah pagi, lagi satu pasar sebelah malam. Lega rasanya!

Tapi sekejap je la leganya!

Pasar sebelah malam pun tutup jam 10.00 malam. Kami sampai ke kedai makan nasi ayam kuning tu, dah siap mengemas!


Hampa! Tak apa la, pusing lg sekali, mmg kesemua kedai dah tutup! Diorg ni awalnya tutup kedai! Ada night life lain ke plak? 

Akhirnya, Sobri bawak kami ke Sumkhuvit semula. Dan di situ ada banyak kedai makanan Muslim dan rata-rata berbahasa Melayu Kelantan. 

Dan nak jadi rezeki, kami dapat makan Nasi Kuning Ayam. Semua makan dengan senyap dan penuh kesyukuran sbb seharian tak jumpa nasi kan?


Terima kasih Kak Awin belanja kami makan. Alhamdulillah. Harga sepinggan RM 4.00 utk pengetahuan kengkawan. 

Dan malam-malam di Bangkok sunyi selepas jam 10.00 malam, baiklah kami pulang ke hotel utk berkemas. Esok dah nak check out awal. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, November 03, 2014

Tiba-tiba: Hat Yai - Bangkok (31/10/2014)

Al salam alaykum

Pagi ni kami keluar awal. 6.30 pagi, van sewa kami dah sampai. Tujuannya, kami nak ke Lopburi dan Ayuthaya. 


Van commuter yg kami sewa dgn pemandunya sekali berharga THB 4,000. Sobri, seorang Islam yg boleh berbahasa Melayu. 

Perjalanan ke Lopburi mengambil masa kira-kira 2 jam. Ada apa di Lopburi? Sekarang musim bunga matahari berkembang mekar katanya. 


Sampai je, rasa nak menangis. Sobri dah gelak. Perjalanan sejauh ni hanya nak tengok bunga matahari yg baru kembang 5 kuntum?


Bergambor je la ye dgn senang hati. Tapi tetiba Sobri ckp ada lagi tempat lain yg dah berkembang mekar. Hati pun kembang semula. 


Kami pun bergegas ke ladang lain. Rupanya banyak je lagi sepanjang jalan ni ladang-ladang bunga matahari. 


Rezeki! 

Bayaran masuk THB 10 utk seorang. Maka, marilah kita menikmati bunga matahari yg cantik ni!


Selain daripada tu, pemilik ladang ni turut mengadakan jualan biji kuaci bunga matahari. Ada macam-macam perisa, manis, masin, yg biasa-biasa. 


Kemudian, kami ke Ayuthaya. Sebelum tu mari isi perut dulu. Tapi kebanyakan kedai makan tutup. Mungkin sbb hari Jumaat. Oh ya, kat Ayuthaya ni ramai yg beragama Islam. Jadi takde masalah dgn makanan. 


Kami jumpa kedai mee kuah je. Boleh la dr takde langsung. Mee sup tu mcm mee celup kita. Sedap. Tapi sikit je kuantitinya. Utk aku ni, dpt 3 suap je la. 


Selepas itu, kami singgah di masjid utk membersihkan diri dan bersolat. 


Masa ni dah pun lepas waktu solat Jumaat. Tinggal budak-budak berlari tunggu waktu solat. 

Destinasi seterusnya, kami ke Wat Mahat Hat. 


Wat di sini masih lagi utuh berdiri. 

Sedang berselfie bagai, nampak macam orang Malaysia. Borak-borak, dia ialah student UTEM yg travel sengsorang. Kaya betul budak-budak skrg. 


Borak punya borak, dia ni student kengkawan aku jugak. Ateh, Syah, Jepp, Umar, aku jumpa student korang ponteng kuliah ni! Hik hik hik. 

Kemudian, kami beransur ke Wat Sri Sanpet. Tapi sbb cuaca mcm dah nak hujan, aku tak masuk. 


Oh ya, bayaran masuk utk ke semua Wat yg ada kat Thailand ni ialah THB 50. Bayaran dikenakan utk foreigner je. Utk local, FOC. 

Kemudian, kami ke Wat Chaiwattanaram. Yg ni pun tak masuk. Curi amik gambar dari luar. 


Antara 3 wat yg kami pergi, inilah yg cantik sekali. Terjaga bersih. 


Hari pun dah nak gelap. Moh balik ke Bangkok. Kami tuntut janji dgn Sobri nak makan jugak Tomyam Kung sbb tengahari td makan mee celup je kan. Gelak je budak tu. 


Kami order Tomyam Kung utk 2, tomyam daging 1, somtam 2, telur dadar 3, ayam apa ntah 1, nasi 6, kailan 3, semua total THB 990. Hahaahaha. Nasib sedap!

Kemudian, Sobri bawak kami ke Sumkhuvit, berdekatan dengan Stadium Rajamangala. Kat sini kebanyakan peniaga ialah Muslim. Tapi, pasar makam jam 10.00 malam dah tutup. Mmg takde buat apa sgt la. Jadinya, balik hotel utk tido la jawabnya

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, November 01, 2014

Tiba-tiba: Hat Yai - Bangkok (30/10/2014)

Al salam alaykum

Ini adalah plan adhoc. Tapi adhoc pun, diorang tunggu date aku free. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan. 


Kali ni pertama kali dengan bebudak ofis iaitu Ana, Sheera, Azura, Aimi dan Kak Awin sesat sorg.  


Kami naik tren Senandung Langkawi jam 10.00 malam, 29/10/2014 dari KL Sentral. Dah lama tak naik tren. Last naik tren pergi Dabong. 


Kami beli tiket sebulan sebelum date pergi. Beli online senang. Boleh pilih terus katil.


Sampai ke Padang Besar jam 9.00 pagi. Tapi sangkut tunggu kepala tren tunggu itu tunggu ini, jam 12.00 baru gerak. Sementara tu, borak, makan, bersihkan diri la. 


Sampai Hat Yai, anak saudara Cuya tunggu angkut beg kami. 

Destinasi pertama kami, The Municipal Park. Naik kereta kabel. Tapi sebenarnya takde apa sangat. 


Kebanyakan yg datang sini utk upacara sembahyang. 


Dan boleh jugak utk meninjau bandar Hat Yai dari sini. 

Sebenarnya kami nak pergi Pantai Samila. Tp rupanya Ana salah paham pasal harga, tak pergi la kami ke sana. 

Kemudian, kami ke Asean Trade Market. Tapi kami sampai awal, jam 3.00 petang. Market bukak jam 5.00. Cari tempat makan halal. Alhamdulillah jumpa. 


Makan 6 orang, lauk tomyam utk 3, kailan 2, telur dadar 3, dan air ialah 250 baht. Terkejut kami! Murah. 

Tengok jam dah pukul 5.00, kita berjalan la ke Asean Trade Market. 


Kebanyakan barang jualan ialah pakaian, aksesori, kasut dan lain-lain. Ini macam downtown diorang la. 


Aku nak cari jersi MU utk adik aku. Tapi takde saiz plak. Nanti la cari kat Bangkok. 


Kat sini ada satu yoghurt strawberi yg sedap. Mmg recommended. Sila cari kalau berkunjung ke Hat Yai. 

Dan kami jugak makan roti pisang coklat yg mmg best la. 


Kemudian, kami naik tuk tuk ke rumah anak saudara Cuya utk mengambil beg pakaian kami. Dan berlepas ke Bangkok jam 10.20 malam. 


Kami menginap di The XP Bangkok. Kami booking kat Booking.com. Apartment utk 6 orang. Apa-apa hal tido dulu. Esok kena bangun awal. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::