...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Treasure Hunt. Show all posts
Showing posts with label Treasure Hunt. Show all posts

Saturday, October 31, 2015

KL Fabulous Food Hunt 2015

Al salam alaykum

Dah lama tak masuk food hunt. Kali ni cuba lagi sekali. 

Jeles kat Miza Bai dan Eein masuk Lemoi. Heheehe. 



Kali ni join dgn Nir dan adik dia dan kawan dia. 



ABCD tu utk cabutan bertuah. Tapi kami tak bertuah. 

Ada 8 CP. Alhamdulillah, kami habis semua checkpoint. 

CP 1 - Wan Copati di UTC Keramat
CP 2 - Mail mee rebus di Foodcourt Setiawangsa
CP 3 - Nasi ayam Mencongkam di Batu 5, Jalan Gombak
CP 4 - Nasi Ayam Kukus Dara di Persiaran Pertahanan, Taman Melati
CP 5 - Rasa Arimas Lempeng Kelapa di foodcourt d tasik Seri Rampai
CP 6 - Mat Rock Nasi Ayam Kunyit, Kg Pandan
CP 7 - Mat Yob Tip Top di Pantai Dalam
CP 8 - Art Gallery, Matic
CP 9 - Lanai, Matic. 



Ada tiga tugasan foto, TF. Kena bergambar dalam LRT Kelana Jaya, Komuter dan jugak di Booth Matic KL Sentral. 



Race bermula jam 10.00 pagi. Kami ke CP 7 dulu, kemudian ke CP 6, dan terus naik ke CP 4, dan menyelesaikan semua tugas makan-makan di Jajaran Gombak ke Ampang. 

Kali ni agak strict jugak. Setiap ahli kumpulan kena makan sekurang2nya 2 kali. Tangan mmg kena cop. 



Kami selesai jam 3.10 di Lanai Matic, tempat ke 42. Sedih!!! Sebab jarak masa dengan pemenang tempat 30 skit je. Diorg sampai dekat-dekat jam 3 gak. Sengit jugak la kali ni. 

Pemenang tempat pertama, sampai jam 1.20 petang! Cukup punya laju! Kami ingatkan route yg kami amik tu dah terbaik sangat dah! Heheeheh. Pemenang tempat kedua sampai jam 2.02 petang. Tabik!

Yg kami serempak masa selesaikan tugasan mmg tak tersenarai la dlm pasukan 1 hingga 30. 

Sempat borak dgn pemenang RM 500 tu, diorang chartered teksi RM 160.00, turun amik gambar dalam lrt dan komuter  sebelum kenderaan tu bergerak. 

Kami pun habis dlm RM 150 utk teksi dan LRT. Ye kami campur-campur jugak. Sampaikn naik STAR LRT nak ke Kg Pandan tu. 

Apa2 hal pun, happy! Walaupun tak menang dan tak dapat lucky draw. 

Next race, mmg kena plan naik teksi la plak!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, December 14, 2014

Shah Alam Exciting Hunt 2014

Al salam alaykum

Semalam, 13/12/2014 kami masuk Exciting Hunt di Shah Alam. Pertama kali aku join dgn budak ofis aku, Ana, Nadira dan Nir. 

Aktiviti ni adalah anjuran MBSA dan Hikers Climber Adventure Team. Yuran penyertaan RM 200.00 utk sepasukan. 


Alhamdulillah, kami dapat no 6. Hadiah ada 20. Juara, naib juara dan tempat ketiga semua lelaki!

Aku tanya sang Juara, mereka menghabiskan semua check point, 14 check point semuanya dalam masa 7 jam. Mmg terer ah!

Tapi sepanjang aku berkecimpung dgn Treasure Hunt, ni la yg aku rasa mcm penganjur agak kedekut dan routenya mcm mengarut. 

Aku kata kedekut sbb:
1. Takde sarapan pagi ataupun makan tengahari ataupun minum petang disediakan. waima sebuku roti ataupun sebotol air mineral utk bekalan sepanjang aktiviti. Sepanjang aktiviti, takde pun air di check point walaupun katanya ada dpt sponsor air mineral. Jumpa 100 plus je pun di SACC Mall. Ohs, mungkin itu boleh dikira sbg minum petang kot. 

2. Nak lukis graffiti, yg disediakan hanyalah papan plywood. Pastu peralatan melukis kena beli sendiri. "Korg boleh beli spray cat kat kedai belakang sana." Sebotol RM 7.00 tau! Tak salah kot kalau pihak penganjur sediakan botol2 spray tu. Bkn habis pun peserta guna. 

3. Memancing ikan. Kena bawak alat memancing sendiri. Nangis! Sib baik Nir ada joran. Tapi nak gali tanah cari cacing tu mmg tak la. Pakai je la umpan roti. At least, pihak penganjur dpt sediakan tali kail bodoh2 pun takpe la. 


Pasal route yg tak masuk akal tu, dari Shah Alam, kami ke Klang. Ok la lagi. Lepas tu, balik semula ke Jalan U8, kendian kena pergi ke Setia City Mall yg dh bersempadan dgn Klang plak! Pastu kena balik semula ke Shah Alam, yg bila tgk jalan tu, "kita dah lalu tadi kan? Yg kita buat itu kan? Buat ini kan?"

Banyak songeh ko Kay! Tu yg juara sampai ketiga tu sampai je semua CP! Hahaahaha, sbb tu diorg juara. Aku saja tgk markah utk CP 1, sang juara dapat markah 28 je, kami 36! Tp diorg dapat tangkap ikan, kami tak... Hahaahah. 

Kami ketinggalan dgn kumpulan 001 tu sejam je jarak masa. Utk CP1 dan CP2, hanya kami yg awal. Tapi kami habiskan masa sejam utk tangkap ikan sombong tu, tapi tak berjaya. Dari kami konker kolam tu, selepas setengah jam, ramai dah kumpulan lain sampai. 

Antara check point yg ada:
CP 1: Laman Seni 7 - Jawab 20 soalan (40 markah)
CP 2: Tasik Shah Alam - Pancing ikan (30 markah)
CP 3: Pasar Klang - Beli kerang


CP 4: Little India Klang - Bunga Malai (40 markah)
CP 5: Jalan U8 - Jawab soalan (20 markah)


CP 6: Setia City Mall - cari senarai barang (salah satu barangnya ialah telefon analog! Mana nak cari? Tak terpikir masa tu masuk Daiso beli tepon mainan budak-budak)


CP 7: Tasik Shah Alam - rebus kerang (10 markah)
CP 8: Persiaran Dato Menteri - tangkap ayam (10 markah)


CP 9: Belakang Concorde - Graffiti (10 markah)


CP 10: Tesco Extra Shah Alam - Selfie dgn Papadom (10 markah)
CP 11: Tadisma - x sempat
CP 12: tatau kat mana
CP 13: tatau kat mana
CP 14: mungkin SACC, sbb ada aktiviti repelling

Apa pun kami enjoy setiap detik sepanjang aktiviti ni. Biasalah, memula kata kuncinya ialah, kita suka-suka je, tak kejar menang. Tapi bila dah rasa ada harapan, tekanan utk menang pun datang. Maka, macam-macam la terjadi. Hahaahahaa. 

Kpd pihak penganjur, harap dapat memperbaiki setiap kelemahan yg ada utk penganjuran aktiviti ini di masa hadapan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, November 17, 2014

Taman Negara lagi!

Al salam alaykum

Demi Taman Negara, sanggup amik cuti hari Jumaat 14/11/2014! Aku heran kenapa Treasure Hunt main hari Jumaat. Tapi, kalau hari Sabtu mesti ramai yg join. Mungkin kebarangkalian kami nak dapat hadiah pun tipis. 


Dah dekat dua tahun tak masuk Treasure Hunt. Kali ni kami menyertai Cuti-cuti Mutiara Taman Negara Treasure Hunt. Seronok!

Yg join kali ni, anggota wajib, Nurul dan Fad, Amy, Cikgu Nisa dan Cikgu Nir. Aku join group Nurul dan Fad. Pencarian bermula dari Taman Seri Gombak sampai la ke Jerantut. 


Penin jugak! Dah lama tak masuk la katakan! Soalan susah-susah jugak, seperti biasa. Tapi dah nak jadi rezeki, dapat jugak kami nombor 5 dan 6. Alhamdulillah. 


Tujuan utama aku join Treasure Hunt ni ialah utk tido di Mutiara Resort Taman Negara. Sejak pertama kali pergi ke Taman Negara tahun 1993 dulu, mmg pasang niat nak jejak lagi Taman Negara, dan nak tido kat rumah kayu yg macam cantik tu. 


Maklumlah, tahun 1993, tido kat asrama SK Kuala Tahan. Kemudian, tido kat chalet seberang sungai Mutiara Resort. Mana la tak mimpi-mimpi nak tido Mutiara Resort. Alhamdulillah, terlaksana jugak impian kecil itu. 


Dapat bilik pun cantik. Toilet pun cantik. Tapi harga pun cantik la. Join treasure hunt yg termahal la kali ni. Dapat tido semalam pun jadi la. 

Malam tu selepas dinner dan penyampaian hadiah, kami berjalan-jalan sekitar resort. Konon nak buat night jungle trekking, tapi tgk harga mahal pulak, kendiannya katanya kalau hujan-hujan biasanya takde night walk. 



Tak apa la, jalan-jalan sendiri je. Mula-mula konon berani, semangat waja hati kental, tapi masing-masing hati tikus jugak rupanya. Mujur serempak dgn En. Khairul dan geng dia, kami tumpang sekali night walking. Kami ke Bumbun Tahan, kot dpt tengok rusa ke. Tapi takde rezeki. 


Nak jadi rezeki, tapir keluar dari sarang utk mencari makanan. Bergembiralah kami malam tu dengan tapir. Tapi, kena jaga-jaga jugak, walaupun tapir ni herbivor, kalau dia lapar, dia menggigit kita jugak. 

Dah tengok tapir, balik tido. Esoknya bersiap-siap utk aktiviti seterusnya. Lepas sarapan, kami bergerak beramai-beramai ke Canopy Walk Way. Yg ni aku takdelah beriya sgt. Sbb pernah naik 2-3 kali jugak. Cuma gembira sbb kami guna jungle trail nak ke Canopy Walk Way ni. 


Rezeki la nak jumpa pokok besar ni semula. Dulu kan pernah bergambar kat sini masa darjah 6. Pastu bila sampai lagi sekali dua, pergi jambatan gantung lalu kot sungai. Mana nak jumpa pokok besar ni!


Jambatan Gantung Taman Negara Pahang ni panjangnya ialah 570 meter. Yg terpanjang di dunia. Ok, ko pernah naik yg terpanjang, pernah naik yg tertinggi jugak kan? Kat Taman Negara Mulu kan yg tertinggi di dunia? Alhamdulillah. 


Dah lepas berjambatan gantung, kami naik bot utk rapid shooting plak. Ada dua bot kali ni. Sebenarnya, kalau naik satu bot, confirm tak berapa nak basah. Tapi kalau ada lebih dari satu boat, tak basah itu adalah pelik!


Seronok wehhh! Dan percutian kami yg sepatutnya 3 hari, jadi 2 hari je. Takpe, gembira sangat dah. Alhamdulillah. 


Total perbelanjaan:
Yuran treasure hunt: RM 1700.00/6 org = RM 283.33
Minyak dan Tol: RM 114.60/3 = RM 38.20
Rapid shooting: RM 400.00/17 = RM 23.53
Canopy Walk Way: RM 5.00
Barang treasure: RM 10.00
Makan dan lain-lain: RM 16.50
Jumlah: RM 374.56

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, March 16, 2013

Das Auto

Al salam alaykum

Semasa aku masuk NST Motor Hunt tahun lepas, penaja utama ialah Volkswagen. Dah tentu la hadiah utama pun kereta Wak Segan kan?

Jadinya, ada la soalan di Kedai Pameran Das Auto kat Shah Alam sana. Ingatkan, boleh la pegang-pegang, masuk duduk dalam kereta pameran tu. tapi, jawapannya dah siap-siap salesgirl bg kat kat kaunter. Takut Wak Segan calar katanya.

Tapi bukan rezeki kami, kereta pun tak menang, nak pegang kereta pun tak dapat.


Dapat pakai baju tajaan jadi la kan?


Awal minggu ni, dapat sms dari seorang sahabat. Dia ckp dia buat keputusan tiba-tiba. Beli kereta baru. Kereta lama dia tolak, buat duit muka kereta baru. "Kalu ada rezeki Kay, kita pi kenduri Sabtu ni dapatlah naik kereta baru"

Tak sabar beb nak tunggu Sabtu. Nak merasa naik kereta baru orang yg mahal tu! Punya tak sabar, aku sms dia tengahari tadi, bg reminder jangan lupa amik aku. Ekekeekeke. 

Alhamdulillah, dapat la jugak merasa naik kereta mahal harga lebih 100k. Asyik tengok iklan kat tv. Asyik tengok kat jalan dan kagum sbb rata-rata yg bawak budak-budak muda. 

Tahniah ye sahabatku! Impian menjadi nyata!

Terima kasih jugak, sbb memilih saya menjadi org terawal yg tahu pasal kereta baru awak ni!

Moga terus mendapat rezeki yg baik dan diredhai. Aamiin. 



Monday, December 10, 2012

Merah hijau kuning

Al salam alaykum

Selangor Shines Eco Photo Hunt 2012

Shah Alam - Kapar - Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan - Sungai Besar - Sabak Bernam



Q12: Merah Hijau Kuning yang menyegarkan, hasil keluaran tempatan...


... Dan jawapannya ialah:


Nata de Coco ke?



Gambar: Kredit utk Nurul

Adoi laaa...


Tu la... Tak tengok kiri kanan depan belakang lagi...


p/s: free photo storage dh 1GB... pasni kena update dlm tepon je, letak gmbo sekeping je... :(

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, November 03, 2012

KL Fabulous Food Hunt 2012

Al salam alaykum

Kumpulan kami Air Batu Campur... Sbbnya bercampur-campur kami ni... Makanan pun bercampur-campur dalam perut...

Aku makan steamboat, mee rebus dan cendol, nasi daun pisang... Huz makan roti canai, nasi ulam jering... Nir makan sate samuri, nasi lemak RA... Sheera makan Nasi Ayam Upin Ipin dan rojak buah yg pedas katanya...

Makan! Makan! Makan! Nak berlari pun tak senang...

Pastu plak ternaik teksi pakcik psiko... Adoi laa! Takleh lupa!

Dapat tempat 27, hadiah hanya sampai no 20 je... sob sob sob... tak dapat pulak cabutan bertuah... Nurul je dapat...

Pikir2 balik, sejak menceburi bidang memburu ni, hanya sekali pernah menang top 3... Tahun 2010 dulu, Consumer Hunt 2010 Putrajaya-Melaka...

Yg lain, 2 minggu lepas la, dapat no 6 utk Photo Hunt...

Bila lagi nak merasa dapat hadiah best ni?

At least, adalah dpt nombor yg dapat hadiah kan?

Selepas ni, memburu bulan 12 kot... InsyaAllah!




Friday, March 04, 2011

1 Malaysia KL Heritage Explorace

al salam alaykum

tarikh: 26/02/2011 (Sabtu)
tempat: KL Tower dan sekitar bandaraya Kuala Lumpur
bayaran: RM 50 sepasukan
Kredit: Gambar-gambar adalah sumbangan Cik Huzz dan juga Cik Nurul, dan diambil dr web Menara KL

Ntah macamana, sebulan sebelum tu, aku berinternet, terjumpa flyer 1 Malaysia KL Heritage Xplorace nih... aku panjangkan kpd geng treasure hunt aku dan jugak geng gunung... mula-mula Rien nak join, tp sbb ada hal yg tak dpt dielakkan, dia tak jadi... Intan ngn Zureen dh lama lg cakap TANAK... geng gunung plak, Huzz dan Nurul je yg bersuara... mula-mula aku mcm tak jadi join jugak, takde geng, sbb mula-mula Nurul nak berpasang dgn Huzz... tp tiba-tiba ada kawan Nurul nak join jugak, jadilah dia pasangan 'serasi bersama'...

Nurul, bila nak belanja kami kat restoran berputar tu?

pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi... ada 200 pasukan, dan ada artis jugak! tp macam aku tak kenal pun... heheheh... dalam goodies bag ada t-shirt, sebuku roti, setin air milo, sebotol air mineral, majalah sumbangan karangkraf... dlm hati aku, mungkin petang nnt ada lunch/hi-tea... baik sangka itu perlu...



selepas sesi taklimat, tepat pukul 10 pagi kami dilepaskan...

check point pertama adalah trivia Menara KL... kat sini kami diberi 10 soalan... mudah dan senang, cuma, apabila salah, kami kena betulkan dulu dalam masa yg ditetapkan... bagi aku dan Huzz, kalau salah, potong je markah, tak perlu betulkan... seksa ooo nak berebut ramai-ramai nak submit jawapan...

Huzz, cepat Huzz!

kemudian, kami dapat klu seterusnya... oh ya, ada 2 laluan, laluan A dan B... aku dan Huzz, Nurul  dan Nuar, dapat laluan B... berlawan arus... dan, kelebihan ada pada laluan A...

check point no 11, Taman Rimba Bukit Nanas... kat sini ada 2 tugasan... tugasan pertama, tulis nama saintifik pokok... sekejap je siap, dapat 5 markah! utk 5 markah seterusnya, kami ke padang khemah utk tugasan seterusnya... baca kompas dan cari harta karun... 


barisan punyalah panjang... kompas ada 6 je... dan, bergaduh itu wajib! urusetia macam nak mengamuk je, membentak-bentak, relax la kak! kat sini, aku dengan Huzz buang masa selama setengah jam, lepas menggali-gali, dan menguis-nguis rumput, kami tak jumpa harta karun kami... last-last angkat tangan... kami syak, ada kumpulan lain terjumpa harta karun kami, tp tak letak balik...

 klu seterusnya, check point no 10, Muzium Telekom... Nurul dan Nuar lama dh siap tugasan kat sini, diorg skip tugasan kompas... kat sini, kena jawab 5 soalan berkenaan telekomunikasi utk 5 markah pertama, dan 5 markah lg utk sumpitan... Huzz melaksanakan tugasan sumpitan... tp tak berjaya! walobagaimanapun, kami dapat jugak 10 markah...


kemudian, kami ke bangunan Sultan Abdul Samad, check point no 9... beratur panjang utk tarian naga... Huzz jadi naga, aku pandu arah dia... kami dapat 8 markah kat sini, dan buah limau sebiji... jadi laa... aku sebenarnya dh kehabisan minuman... dahaga wehh! tgh panas rembang berlari2 di bandaraya Kuala Lumpur... 


seterusnya, bangunan Dayabumi, check point no 8... sebelum tuh aku dh called Nurul & Nuar, tny apa yg kena buat di check point seterusnya... penting nak budget masa! kami kena sampai semula ke Menara KL sebelum pukul 3... 

kumpulan yg dapat laluan A, kebanyakannya dah dapat 7 cop... kami baru 3... sedih kan? jam dh nak pukul 1... kritikal... aku ckp dengan Huzz, ada 6 cop pun jadi laa... di Dayabumi, kan susun puzzle dalam masa 2 minit, dapat 10 markah... kami lebih dari 2 minit, dapat 5 markah...

kemudian berlari semula ke Dataran Merdeka (check point no 7), utk boling padang... Huzz jugak tukang baling... tangan aku pekar! baling mmg tak tepat... kat sini, dapat 6 markah... dan di sini juga ada tugasan fast forward, utk skip check point no 6 (utk laluan B) dan check point no 8 (utk laluan A), kena bawak chengai atas kepala... mula beratur jugak nak buat, tp abg kat depan tu, macam tak ready je... lama jugak nak tunggu dia ready, aku ngn Huzz amik keputusan, proceed je ke check point no 6, iaitu DBKL...

 check point no 7

aku dapat sms dr Nurul, Nuar bg semua jawapan... sampai je, amik soalan, terus jawab, tak sampai 10 minit... abg urusetia tny kami, awak dapat mana jawapan ni? merujuk kpd soalan tarikh perasmian bangunan DBKL... dgn spontan "saya google map" manis sangat tgk awak tersenyum! hahahaha.. utk soalan tu, ramai yg salah pada mulanya, kami tiba-tiba betul, tak sampai 10 minit plak tuh... mana tak kena soal siasat...

kami ke check point no 5, Jalan Masjid India, Chandran Florist... kena buat bunga malai... masa buat bunga malai ni, aku sebelah dengan pelakon Syed Ali dgn pelakon perempuan Kisah Kaisara... tp bkn pegang watak Kaisara tuh... watak budak sekolah yg musuh dengan Kaisara... comel sgt dia! tp tak sepmat amik gambar... kat sini, cabaran aku ialah, air tebu, air kelapa... sedapnya, nyamannya kalu dpt! 

bunga malai tuh kami kena bawak ke check point no 4, Wisma Yakin... kena pakai baju kebangsaan malaysia, iaitu baju melayu... Huzz la pakai, sbb dia kurus, senang! boleh tak? kemudian, kami ke check point no 3, pre-war building...


kat sini, kena masukkan 50 biji kacang ke dalam mangkuk... kacang je tuh! angkut sekali harung byk2, tak sampai 10 minit siap... tp aku rasa mamat tukang kira tu pun kira melangkau-langkau nombornya, tiba2 je dh 50 puluh...

check point seterusnya, check point no 2, MATIC... masa ni kami dh mula ikut org... sbb tatau kat mana... aku tepon kakngah, dia ckp kat jalan tun dr ismail... pastu dia tepon balik, ckp kat jalan ampang... kaki dh mula sakit, air pun takde nak minum... aku suh Huzz jalan dulu laa... kat sini ada 2 tugasan, yg pertama menari tarian ngajat, yg kedua jawab soalan...

sapa yg kena menari? jeng jeng jeng...

last aku menari masa umur 17 utk persembahan aspuri... keras dan kaku!

lepas menari, pi amik soalan dulu, terserempak dengan Nurul dan Nuar... salin jawapan... hahahahaha... bergegas balik ke Menara KL, jam lagi 20 minit nak pukul 3... aku dh tak berlari dh, kaki aku cramp, aku cuba utk berjalan laju je... tu pun cramp jugak...

alhamdulillah, kami sempat hantar jawapan, sbb masa dilanjutkan ke  jam 3.15 pm... tp aku bertengkar dengan pihak urusetia... mula-mula dia tny soalan, "awak buat abseiling tak?" aku jawab: "tak buat"... dia terus tanda 0 dan tak amik no kami... aku hangin la jugak... jumpa balik, aku tanya lg, knp tak amik no kami... sbb kamu tanak buat abseiling, kamu sudah ilang 10 markah, jadi tak perlu la amik no kamu... "bukan tanak buat, tak buat lg" 

sepatutnya soalan dia: "kamu NAK buat abseillng tak?" dan jawapan kami: "NAK"... padahal tak rasa pun boleh menang...

Abseiling tu Huzz dan Nurul buat... kaki aku sakit, tak larat... lg pun aku tgk rendah je, aku dh pernah buat tempat tinggi... so tak la rasa ralat sgt... kat sini aku nampak pengarah Zulkifli M. Osman buat abseiling...

penyampaian hadiah pukul 4... habis macam tu je... kami tak dapat no pun... tp, takde jamuan makan pun! heheheehehe... bg aku, patut la disediakan jamuan ringan skit...

apa-apa hal pun, aku enjoy sangat2... best! mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur sejauh 15km lebih kurang... kenal tempat-tempat baru... dan, aku nak jejak lg sekali ke semua tempat ni, dengan berjalan kaki je... tp kena ajak org yg ada kamera best laa... kan Fadd kan? Huzz kan? Nurul kan? Julie kan? aku jadi objek je... hehehehehe...

terima kasih utk Huzz, yg sabar dengan aku! tak sangka kita dapat semua cop dalam masa yg ditetapkan!

terima kasih Nurul dan Nuar! 2x membantu kami... 

lain kali kita buat lagi... insyaAllah...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 26, 2010

Pemburuan seorang Pengguna

al salam alaykum


hari sabtu, 24/07/2010 yg lalu... kami: Rien, Intan, Azureen, dan aku... menyertai Consumer Hunt anjuran KPDNKK, bermula dari Putrajaya hingga ke Dataran Pahlawan, Melaka... ada 20 kumpulan... kami kumpulan ke 08, membawa nama FPSO...

 no 8!

kami berkumpul di Presint 2 Putrajaya seawal 6.00 pagi... jangan tak tau, semasa Intan ambik aku pagi2 tuh, terus dia suh aku baca semula pasal tayar2... ulangkaji balik maklumat2 semasa briefing hari khamis tuh... aduish!!

Aku sebenarnya dapat tau pasal Consumer Hunt ni pun dr Huzz... keputusan nak masuk acara ni pun dibuat dalam masa kurang dari 2 jam! rasa nak gelak pun ada... agaknya, sindrom bertreasure hunt tak habis lg semasa Family Day bulan lepas...

geng Gunung: Cik Huzz, Cik Intan dan Cik Kay...

acara perasmian

kami diberi RM 100, utk membeli barang2 perburuan, mengikut etika dan hak2 pengguna yg betul... semuanya ada 7 check point... yg pertama di Petronas Presint 16, kemudian di R&R Seremban... kemudian ke hentian Sebelah Senawang... speed trap la plok! Marsyal yg bertugas cakap kami nih mesti laju, sbb sepatutnya kami mesti sampai di Senawang pukul 10.00 pagi sekurang2nya... kami sampai 9.30 pagi... yg lain yg awal2 tuh, mesti laju lagi kan?

Lepas tuh, Rien drive dalam 80 - 90km sejam... alahai!

Check point seterusnya... di R& R Jejantas Ayer Keroh... kat sini kena beli dodol rupanya... mula2 kami beli kuih pintal Twisted... sbb pembayangnya ialah "Tuis"... tny akak kaunter, dia menggeleng, salah! jawapan yg betul ada kat kaunter... kami tak nampak, dodol Twizz It... terima kasih kak kaunter sbb bitau kami!

Kemudian, kami ke R&R Ayer Keroh... soalan seterusnya ialah, isinya putih bersih, luar sama, dalam pun sama... aku terpikirkan buah manggis... tp bila tanya makcik tuh, dia jawab takde org pun beli manggis, diorg beli tembikai susu dan jambu batu... kami beli tembikai susu je laa... sbb luar dan dalam putih... hahahaha... 

utk soalan seterusnya, tak dapat jawab lg... kitorg amik lunch pack dulu... budak bertiga tuh makan... tp mcm tak lalu je... aku tak makan lagi, aku dok resah pikir soalan seterusnya... sambil melilau2 sekeliling nak cari clue nak dptkan jawapan... Intan tiba2... jambu batu wei!! patut la makcik tuh ckp ada org beli jambu batu!

selepas itu, kami ke stesen petronas ayer keroh 3... kat sini kena isi minyak RM 20... ada lagi 2 barang nak kena cari... Akhbar Sinar Harian dan jugak pemberi tenaga utk KMM... aku bertanya kat adik kaunter tuh, apa yg budak2 baju oren nih beli... ada tak org beli bateri energizer? dia jawab takde... ada org beli paper, long jack, power root, livita etc... kek kukus pun ada! adik tuh perli aku, sbb aku beli kek kukus! nampak sedap jek... utk yg ini, kami tak dpt markah penuh! sbb kami beli Extra Power Root... yg patut dibeli ialah:


Barang seterusnya yg kami perlu cari terdapat di Pasaraya Borong Sakan di MITC Melaka... masa nih masing2 dah panas dan baran... tak jumpa pasaraya borong sakan, Rien suh masuk Mydin., sbb Mydin kan tempat org berborong sakan... aku tak puas hati, aku tepon kawan2 aku kat Melaka... Tepon Edd, Edd tatau... Mujur Fendi tau kat mana... kat sini kami mmg lama... lilin dapat beli, lagi satu soalan kami hilang punca... tanya adik kat kaunter, adik tuh ckp ada dekat2 ngn lilin... aku cuba kut2 budak2 baju oren nih, intai2 tgk diorg beli apa... tp diorg pun mcm hilang arah jugak... marsyal plak, dok gelak2kan kami... cakap kami nih dh lmbt... dapat, masa bayar, tny adik kaunter, dia geleng kepala... tp kami dh bayar! isk... panas! kami guna duit sendiri, beli barang betul...

seterusnya, kena ke Dataran Pahlawan, bandar Hilir... jalan dh sesak, hari pun panas... ni mmg menguji kesabaran! lepas parking, terus ke Guardian utk 3 barang terakhir... Dettol, Dequadin, dan jugak paracetamol... kami beli panadol Actifast, tp jawapannya ialah Milidon... mana pernah tgk! uwwwaaa!

selepas penyerahan hasil barang buruan, kami dok relax bawah khemah sementara nak tunggu penyampaian hadiah... 

abang kementerian ini sangat jambu... lembut jek bercakap dan bertanya soalan kuiz. utk adik2 sekolah.. buat aku teruja utk menjawap... asal ada soalan, aku pun angkat tangan nak jawab... akhirnya, aku dapat jugak hadiah t-shirt dan baucer Jusco RM 20...

Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tempat ketiga... hadiah disampaikan oleh Datuk Tan Lian Ho, Timbalan Menteri KPDNKK...

time amik hadiah nih aku gugup... YB Datuk ucap tahniah, aku pi tahniahkan dia semula... isk isk isk... bersalam ngn Datuk la katakan...

Aku dan hadiah tempat ketiga...

Apa yg kami dapat sebenarnya? jeng jeng jeng...

Wang tunai berjumlah RM 500.00... tempat pertama dapat RM 1,000.00!

Sijil penyertaan...



dan plak... cantik!

alhamdulillah! first time mencuba di peringkat kebangsaan, dapat tempat ketiga! Huzz dan gengnya dh byk kali join peingkat kebangsaan ni... 

lain kali Huzz, kalu ada lagi treasure hunt nih, bitau kami lg yek! teruja...

 Huzz dan geng Suam-suam Kuku

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::