...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Usrati. Show all posts
Showing posts with label Usrati. Show all posts

Monday, May 29, 2017

Perkataan baharu

Al salam alaykum
 
Julie guna perkataan larap iaitu bahasa pasar Johor, dalam komen entri ini: http://kehelan81.blogspot.my/2017/04/pengalaman-pemandu-uber-di-kuantan.html

Saja tanya warga keluarga Johor jugak, aku tak pernah dengar diorang borak dgn aku sebut larap, tak pun aku mmg tak perasan. Cakap laju sangat biasanya. Tapi diorg kata, masa aku ada, takde apa yg larap, jadi tak guna la. Betul la jugak tu.

Contoh yg diorang cakap: Larap minyak, larap garam, gula larap... yg membawa maksud habis.
 

Ada rekan bagi definisi larap:

Definisi 'larap'

Indonesian to Indonesian
adjective
1. laku; laris
source: kbbi3

noun
2. jodoh; 
se·la·rap n sejodoh
source: kbbi3

verb
3. me·la·rap·kan v mengulurkan tali

Cemana nak guna dalam konteks ayat berjodoh tu?
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, May 13, 2017

Macam pernah tengok je

Al salam alaykum

Aku jumpa dalam kedai cenderahati di KLIA. 



Macam pernah tengok tak?

Macam pernah je!


Sama tak?

Lebih kurang laaaa

Aku beli semeter RM 2.00. 

 

Sengeh sendiri


Yang kedua, aku jumpa di Jusco AU2.

 

Eh macam familiar je? Amik gambar duluuuuuu


Sampai rumah, eh lebih kuranggg je

 
Beg Mendoza, aku beli tahun 2010 dgn Kak Roza dan Husna. Satu set ada 3. Aku amik yg besor sekali, Husna amik sling bag, Kak Roza amik beg galas. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, May 01, 2017

Hogoh Pahang Hogoh

Al salam alaykum

 
Balik Kuantan, Tokma tak sihat lagi

 
Pahang 1, Negeri Sembilan 0

 
Memori daun pisang Adam. 

 
Sehingga menghirup kuah. 


Laksa kuah putih kegemaran cucunda semua. 

 
Mana satu daun kemangi? Mujur lagi kenal dedaun lain, maka senang cari daun kemangi. 

 
Menjeling dia tak dapat sepak bola. 

Akhir kata, Selamat Hari Buruh. 

 


Jadilah buruh yang terkenal dan bermutu tinggi, di bumi dan juga di langit yg tinggi. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, April 25, 2017

HTAA sekali lagi

Al salam alaykum

Lepas hantar Nisa balik asrama, mak aku mengadu sakit dada. Sakit sangat-sangat. Berdebar la kami. Dari Pekan nak ke Kuantan rasa jauh sangatt. Alhamdulillah ada klinik buka di Indera Sempurna. Buat ECG, doktor cakap jantung ok. Tapi kat kawasan perut mak aku sakit. Doktor syak gastrik ataupun usus pecah. Tak terbayang plak aku. Doktor tulis surat rujukan ke HTAA, dan bagi suntikan tahan sakit juga. 

Mak aku tanak pergi hospital. Nak balik rumah. Aku berkeras minta ayah aku pergi terus hospital. Wad Kecemasan HTAA, seperti biasa, ramai. Tambahan pula klinik kesihatan di UTC pun tutup sbb cuti umum. Saringan kecemasan, pendaftaran, ujian darah, x-ray semua cepat. Alhmdulillah. Dan juga mendapat giliran awal utk pemeriksaan awal. Kemudian, cek jantung pula. 

Tapi paling lama, menunggu keputusan ujian darah. Orang bersilih datang dan pergi. Ada yg menunggu dari jam 5.00 petang, belum dipanggil lagi masuk utk pemeriksaan. Datang dari Chini. Dia hairan sbb mak aku masuk dulu tadi. Mungkin jenis kes yg berbeza. Akhirnya, jam 9.00 malam dia dipanggil. 

Mak aku pula, dipanggil kali kedua, jam 10.20 malam. Tanggalkan branula, dan tak masuk wad. Alhamdulillah. Tapi, doktor syak batu karang. Lagi aku tak terbayang. Kena tengok seminggu ni demam ke tak lagi, kuning tak, gatal-gatal tak. Harap takde apa-apa. Aamiin. 

Alhamdulillah. Kali ni mak aku tak lari balik. Kalau dulu, mesti lari balik sbb penat tunggu. Kami sampai ke hospital jam 7.30 malam, dan dapat amik ubat jam 10.30 malam. 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, April 23, 2017

Jom buat puding raja

Al salam alaykum

Tiba-tiba, "Cari kacang gajus kaklong". Nak buat apa? "Pisang banyak tu, kita wat puding raja." 

Projek youtube mak aku la tu. Berguna jugak youtube ni kat mak aku. 

Tapi aku terlupa kacang gajus. Kacang tanah jadi la. 

Tapi kan, aku was was ni nak letak gambar. Kan aku ada cakap aku tanak letak gambar makanan dah. 

Sambung cerita.

Mula-mula, asingkan kuning telur dgn putih telur. Guna 5 biji telur je ni. Guna kuning telur je. Pastu kepuk telur sebati. Masukkan dalam acuan roti jala. Panaskan air dalam kuali/periuk dan masukkan secawan gula. Tunggu mendidih. 

Pastu, mulalah menjala dalam air gula mendidih tu. 

 

Buat sikit-sikit je. Pastu dh cantik kuning, angkat masuk dalam tapis. Ulang sampai habis. Kalau air dah kering, tambah lagi air dan gula. Tunggu mendidih ulang lagi. 

Nanti uraikanlah simpulan jala jemala tu bg nampak cantik. Namanya ialah Jala Mas. 

Siap satu. 

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sebiji-biji pisang lemak manis. Tapi kami guna pisang serendah. 

 

Goreng sehingga keemasan. Aku goreng sampi hitammmm. Hahaahaha. Siap. 

Kuah kastard, setengah tin susu cair, gula 2 sudu, esen vanilla, sedikit air dan tepung jagung. Panaskan dalam periuk sampai masak. Nak cair, tambah air sikit lagi. Ikut selera. 

Sbb takde buah prun, aku potong buah kurma. Buah ceri pun takde. Suka hati la. Puding raja, jadi puding putera. 

Susun pisang, pastu jala mas, pastu kurma, dan tabur kacang. Nikmati dgn kuah kastard. 

Alhamdulillah. 

Sebenarnya, aku tak tahu apa yg sedap puding raja ni. Sbb pisang ke, jala mas ke, atau kuah kastard. Member aku org Pekan ckp kuah kastard. Dia mmg asal Bandar Diraja, mmg sinonim la kan puding raja ni. Aku ni mmg ngap je semua menda. Apa beza jala mas telur ayam dgn telur itik pun tak reti nak cerita. 

Gambar hasilan, itu yg aku was was. Korang boleh google gambar puding raja ye!

Senang la jugak nak buat. Malas dgn rajin je. Kalau rajin, sedap, boleh la jual. Patut la mahal kan?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, April 22, 2017

GrabHitch Balik Kampung

Al salam alaykum

Dapat penumpang GrabHitch, menuju ke Kuantan. Yeayyy! Tambang RM 57.00, diorg bertiga. Jadilah boleh tampung duit minyak. Dari TBS ke TSK. Tapi nak ke TBS tu jauh sgt, aku minta diorg datang ke Setiawangsa naik LRT. 

Budak-budak ni student asasi UIAM. Nak ke Kuantan, tersalah beli tiket. Sbb lecturer tak beritahu petang Jumaat kelas batal ke tidak. 

 

Tapi yg nak jadi ceritanya, abang dia tepon aku. Siap minta ID Grab. Dia kata, "Manalah tahu apa terjadi kat adik dia senang nak cari." Dah mana plak aku nak cari ID. IOS takde tunjuk ID. Sbb memahami kebimbangannya, aku printscreeen je gambor depan Grab aku yg ada no kereta. Yelah, adik aku pun sebaya budak-budak ni, jadi aku paham la. 

Pastu pulak abang dia hairan kenapa tambang RM 57.00, sedangkan kat Grab Rider, tambang RM 300.00. Printscreen plak GrabHitch nak tunjuk tambang. 

Kemudian, mak dia pulak tepon. Adik-adik ni buat pasal dgn famili ke. Susah benar nak dapat kepercayaan famili ni. Mak dia pesan, pastikan kawan diorg dah sampai TSK utk amik diorang. Aku iyakan aje. 

Perjalanan dari Setiawangsa ke TSK pada hari ini mengambil masa 4 jam lebih. Sejarah jugak la utk setahun dua ni. Samada jalan betul jem, atau aku yg bawak pelan. Mak aku tepon dua kali dok tanya kenapa aku tak sampai lagi. Dah biasanya mmg sampai 2 jam lebih, kali ni 4 jam lebih baru nak sampai. 

 

Adik-adik semua, semoga lulus cemerlang dalam kelas asasi dan dapat ke tahun pertama utk Ijazah Sarjana Muda korang. Seronok plak sembang dgn budak baru masuk U. 

GrabHitch dari Kuantan ke KL takde lagi. Sob sob sob. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, April 20, 2017

Pengalaman Pemandu Uber di Kuantan

Al salam alaykum

Pendapatan Uber utk pemanduan 5 jam. 

Kereta: Proton Exora

Pemandu: Adik aku

 

Berbaloi ke tidak?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, April 19, 2017

Bila ma tepon tengah malam

Al salam alaykum

Ma tepon tengah malam, mmg selalunya membawa debaran. 

Cik Tipah, sedara pupu pupu (4 pupu rasanya) kami telah kembali ke negeri abadi. 

Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun. 

Last aku jumpa, tahun lepas. Cik Tipah dah lama sakit. Lama sangat. 

Semoga Allah memberikan keampunan dan rahmatNya kepada Almarhumah, dan memberikan sebaik-baik ganjaran. 

Al-Fatihah. 

Ma dan pa bertolak balik Dungun pagi esok mungkin sesudah subuh.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Thursday, April 13, 2017

Rezeki jgn ditolak, musuh jangan dicari

Al salam alaykum

Buka posa makan mee megi
Tiba-tiba org ajak makan kepsi
Alhamdulillah utk kurniaan rezeki
Rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari

Mukaddimah org nak belanja kepsi: Buka posa makan meggi ke? Maggi rendam ke masak? 

Tolong skit, aku tak makan maggi rendam. Mesti masak punya! Semalas-malas nak masak, maggi tetap aku masak atas dapur gas, potong cili, bawang, kobis, lobak, tumis minyak. 

Budak ofis belanja kepsi sempena dia dapat insentif Grab yg entah keberapa kalinya. Alhamdulillah. Ahad ni janji kepsi dgn Haida bakal ditepati juga InsyaAllah. 

Sebenarnya, selepas dapat gaji haritu, mak aku tanya, ayah aku tanya, adik-adik tanya, sahabat-sahabat pun bertanya, apa yg aku paling nak makan, tunaikanlah sbb dah dapat gaji. 

Tapi, aku kelu. Tak tahu nak kata nak makan apa. Sebab, semua tu berlalu macam tu saja. Mungkin sbb dah biasa, setiap petang beli nasi lemak singgit, mihun singgit, beli roti nak expired kat giant, masak nasi, masak sambal telur, asam pedas telur, sup telur, bihun goreng rencah telur. Bila dapat gaji, semangat berkobar nak beli barang dapur nak masak sedap-sedap tu takde. 

List barang panjang. Nak beli tepung, nak beli coklat, nak beli ayam, udang, sotong, tapi satu pun tak beli. Beli maggi ada la. Pastu telur sepapan 30 biji. Kalau petang-petang beli nasi lemak dan kadang mihun juga. Sebungkus utk makan malam, sebungkus lagi utk sarapan. Makan tengahari beli kat foodcourt, lauk sayur dan ikan cencaru, menu sama je saban hari. Kadang je cari nasi ayam kunyit RM 5.00. 

Dan, aku pun sejak dari 5 bulan lepas, berazam utk tidak akan memuatnaik sebarang gambar makanan, sbb aku telah faham apa rasa "ko terliur, tapi tak boleh nak beli, sbb nak berjimat."  Aku harap istiqamah la azam aku ni. Iltizam menuju jaya. Moto sekolah sapa ntah aku lupa. 

Dan sbb itu juga aku tak online FB biasa aku, aku tak buka IG aku. Tapi bosan gila FB luar biasa aku tu, takde gambo sahabat, semata nak baca maklumat dan ilmu je. Buat IG baru nak sekodeng org, tapi nasib baik kantoi dgn sahabat sendiri, aku tak buh gambo profile pun kat IG, cemana dia bleh link dgn tepon aku, kuor pic profile yg aku buh kat tepon bijak ni. Kantoi la. tak sempat la nak sekodeng org yg kenal nickname aku tu zaman USM tu. 

Aku bukan org yg baik, tapi Allah Yang Maha Baik menutup cela aku. 

 
Malam 16 Rejab. Jika kau rindu aku, bulan tu kat situ je. Kalu takde, tunggu dia mencelah di balik awan. Selagi bumi belum digoncang. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, April 04, 2017

Adam yg dulu bukanlah yg sekarang

Al salam alaykum


 
Adam dua tahun


 
Adam 5 tahun

Perkembangan fizikal yg ketara. 

Dah 3 tahun Adam pergi sekolah. Ciklong puas cemuih rasa tengok Adam pergi sekolah. Adam rasa apa? Yg paling dia ingat Taska Permata Rosmah la. Adam seronok sekolah situuu. Kata dia. 

Selamat hari lahir Khalis Adam Faiz. Ciklong doakan Adam jadi pandai, jadi abang yg baik, anak yg baik, cucu yg baik dan khalifah Allah yg soleh di muka bumi hingga ke langit sana. Aamiin. 

 
Kongsi kek dgn AyohChik dan Moksu hari tu. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, April 02, 2017

Nak tengok bunga berapi, dapat tengok bunga api je


Al salam alaykum

Lepas habis kerja sambilan di Sunway, Ciklong pergi Semenyih nak jumpa Tokpa, Tokma dan Adam yg sampai Jumaat semalam. Dah sebulan juga umur Adra Medeena. 

Alang-alang, Ciklong nak ajak Ammar, Ayyan dan Adam pergi tengok bunga-bunga bercahaya di Eco Majestic. Maklumlah, tak pernah jumpa, kena layan jakun. 


Sampai jam 9.01 malam, tak boleh masuk sbb takde reben pink. Nak amik reben pink, kena daftar di kaunter. Kaunter tutup jam 9.00 malam. Tak puas hati kat situ. Sebab Ciklong baca iklan takde pun cakap pasal kena register di kaunter yg tutup jam 9.00 malam. 

Adik-adik yg bertugas di pintu gerbang berkata, "Jumpa esok kak, esok ada lagi."

Layan bunga api je la pengubat hati. 

 
Sbb tgk dr jarak dekat, kecantikan percikan bunga api tu, mata sendiri la yg nampak. Dalam gambar bersepah. 

 
Kemuncak persembahan

 
Awal kemunculan


Budak-budak macam frust sbb takleh masuk, tapi Ciklong lagi frust. Tapi diorg ni mudah je terubat hati. Dapat belon, dapat naik kereta free tak tahu nama apa tu, Adam cakap Adam gembira sangat hari ni. Wekk!

Eco Majestic Illumination Flower Show ni ada sehingga 23/4/2017, setiap sabtu dan ahad je. Persembahan bunga api, Sabtu jam 9.00 malam. Tapi kalau nak amik gambar lawa, datanglah sebelum jam 6.00 petang katanya. Sbb malam gambo tak nampak sgt bunga-bungaan bercahaya tu. Mungkin sbb dia tengok aku bawak telefon tangan je. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, March 29, 2017

Musim haji bakal tiba lagi

Al salam alaykum

Aku beramali di Masjid Jamek Batu 8 Kuantan dgn mak aku. Ayah aku tak dapat pergi sbb ada kerja KRT plak. Terjumpa dengan Herny dan mak dia. Herny dapat panggilan haji tahun ni. Alhamdulillah. Herny dapat pergi dgn suami dan juga mak ayah dia sekali. Maziah pun sama, dan suami dia pun dah dapat kelulusan rayuan haji. Muda-muda lagi dah dapat pergi haji, alhamdulillah.



Cuaca mmg panas betul pagi Ahad tu. Ustaz kata, tak apa, sbb musim haji tahun ni mmg musim panas. Jadi kita praktis dulu kat Malaysia. Amali pada hari ini ialah tawaf, saie dan juga melontar di Jamrah.

Lain tempat kita kursus haji, berbeza sedikit penyampaiannya. Kalau di KL sini, Ustaz dan Ustazah mmg menyarankan utk bawa botol spray utk wuduk. Tetapi Ustaz di Kuantan pula, tak perlu sangat botol spray utk wuduk tu, sbb ada yg tak faham, air titisan tu mesti mengalir juga di tangan. Maka Ustaz kata, tempat wuduk banyak di sana, batal wuduk terus keluar utk ambil wuduk. Jangan risau, Doa banyak-banyak semoga Allah mudahkan perjalanan haji kita. 

Selain dari itu, apabila wukuf di Padang Arafah, berdoalah banyak-banyak semasa waktu wukuf tu. Jangan bila dah habis waktu wukuf, baru rasa terkilan. Ustaz pesan, senaraikan siap-siap hajat kita, doa kita semasa di Malaysia, tulis la dalam buku catatan ataupun dalam telefon kita, utk kita mohon nanti di dalam waktu doa mustajab.

Semoga kita semua mendapat rezeki dijemput utk menunaikan Rukun Islam kelima ini dalam usia muda, masih sihat bertenaga. Tiada istilah muda lagi utk kita, setiap tahun meningkat usia. Tabung Haji pun dah mengumumkan waktu menunggu giliran skrg 89 tahun, berbanding 103 tahun selepas kerajaan Arab Saudi menambah kuota haji Malaysia.

 
Budak debab tido. Adam penat la, sbb ikut sama tawaf, saie dan melontar di Jamrah. Suka sgt dia kutip batu pastu baling batu. Adam kenyang lepas makan nasi dia sepinggan, nasi Tokma sepinggan.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, March 27, 2017

Dengar, faham dan taat

Al salam alaykum

Pagi ni dapat pesanan seperti biasa "Jangan bawak laju sangat, pagi-pagi gelap ni". Aku kena sampai ke Setiawangsa sebelum jam 8.00 pagi, kalau tak, lewat la masuk ofis pagi ni.

Untuk mengatasi perasaan mengantuk, aku cuba utk tekan pedal minyak supaya cecah 140km/j. Tapi, tiba-tiba teringat. Kalau org tanya kenapa ko tak kawen lg, selain dr berat jodoh, ko jawab takpe ada hikmahnya, dapat berbakti kepada kedua ibu bapa ko. Tapi kenapa, pesanan ini supaya tak bawak laju ko takleh nak faham dan taat? Nak jugak tekan minyak sampai 140km/j. Bukan susah pun nak ikut pesanan. Maka, harung la jugak jem kat MRR2. Alhamdulillah, aku tetap sampai ofis 8.59 am.

Hari Sabtu baru ni, saja cakap kat mak aku, "Kaklong ada tiket nak gi Padang ni, nak naik Gunung Kerinci. Lepas turun, boleh la kaklong beli kain pasang, buat baju raya tahun ni" Mak aku jawab, "Tak tgk tv ke, tak baca berita ke, ada org hilang org mati daki gunung." Aku jawab, nak mati kat mana-mana pun sampai ajal boleh mati. Mak aku sambung lagi, "Memang la kat mana-mana boleh mati, tapi dh kalu mati kat luar negara jauh dari keluarga tu, tak ke susah namanya?" Tukar topik, tukar topik.

Dengar mereka cakap, fahamkan dan taatlah jika tidak memudaratkan. Sudah cukup utk buat hati mereka gembira.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Saturday, March 25, 2017

Nasi kunyit

Al salam alaykum

Plan balik kampung bulan 4 nanti. Tapi bila bos kampeni lama bayar sikit gaji tertunggak petang Khamis semalam, mak cakap balik la. Takyah tunggu lama-lama. 

Tunai janji nasi kunyit utk jiran setaman. Sempena dapat gaji tertunggak (walaupun tak dapat penuh) dan juga dapat kerja lain. 

Orang ganu panggil nasi kunyit. Org pahang panggil pulut kuning. 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 21, 2017

Peta yg berusia 9 tahun

Al salam alaykum

Mengemas barang di dalam bilik, terjumpa peta ke Shah Alam dari Tol Gombak.

Ayah aku yg lukis utk rujukan aku. Pada tahun 2008 itu, bulan Oktober selepas raya, aku memandu Encik Hitam Legam berseorangan menuju ke Shah Alam. Tak silap aku, ada kelas pastu nak masuk rumah sewa baru. Hari Isnin 13/10/2008, aku akan mula bekerja di Tambatan Pelambung Tunggal Malaysia Sdn Bhd.

Tahun itu, aku masih menggunakan telefon Sony Ericsson K800i. Internet pun takde, apatah lagi GPS. Maka peta inilah menjadi rujukan aku.

Tapi, aku sesat jugak. Kat dgn PWTC, aku salah masuk simpang. Gelabah ayam masa tu. Tepon ayah aku, ayah aku dah pening tak boleh nak bayang dah. Jalan kat KL ni kan berubah je kerjanya. Peta tu berdasarkan ingatan ayah aku yg sering berulang alik ke Pelabuhan Klang semasa menjadi pemandu trailer 40 kaki Felda Angkut. 



 

Peta tu betul dah menunjukkan ke jalan yg benar, tapi aku tetap aku. Sesat nombor satu. Ayah aku tak dapat membantu, aku tepon member-member. Diorang pun penin. 

Masa tu, aku ikut je keta sesapa yg menurut firasat aku akan membawa aku ke jalan yg benar. Sampai ke Langgak Tunku ke apa ntah. Rumah besar-besar jugak situ. Salah ikut kereta, ikut kereta mahal kenapa. Akhirnya, aku jumpa bangunan kerajaan, bangunan MITI. Suatu masa dulu, aku juga sering ke MITI nak follow up AP kampeni lama kat Kuantan yg susah sangat nak dapat approval. Tapi dulu pergi MITI pun company driver yg hantarkan hahaha...

Tapi yg penting, aku tahu bangunan kerajaan Jalan Duta tu, mmg dekat dah dgn tol Jalan Duta. Aku ingat sangat tol Jalan Duta ntah kenapa. Alhamdulillah, sampai jua aku ke Batu Tiga, Shah Alam dgn selamatnya dan dapat pergi ke kelas dgn jayanya.

Peta tu aku simpan lg sampai skrg. Ia tanda kasih sayang seorang ayah utk anaknya. Ia tanda permulaan kehidupan aku di Kuala Lumpur/Shah Alam. Dan sampai skrg, aku selesa menggunakan LRT/Komuter jika keadaan tak mendesak.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 19, 2017

Pabila musim dah tiba

Al salam alaykum

Anjang wasap kat kami, balik la kampung, rambutan dah masak.... Uwwaaaa!

Masa ni baru teringat ku ada kampung di Gelang Patah! Hehehehe

 
Jering pun ada

 
Seronok la diorang

  
Saja Anjang aku bakar kami

 
Dia mmg rajin bab panjat pokok...

 
Dan lagi

 
Keselamatan diri diutamakan jua...

Anjang, simpan la sikit utk kami...
Anjang jawab apa tau? Boleh... kita simpan gambar jadi kenangan....

Hampeh la Pak Anjang aku ni...

Durian takde, dah kena tebang habis... Kedondong tak masak lagi... Manggis pun belum lagi... Tunggu durian gugur la kat rumah Chik plak... 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, March 16, 2017

SPM 2016 - Malam ni takde nego hadiah.

Al salam alaykum

SPM 2016 dah kuar. Alhamdulillah, keputusan dia ok walaupun ada aku nak marah. Hahaahaha. Sains dapat A, Math dapat D. Adoi laaaa!

Dia pun kecewa jugak. Target Bahasa Inggeris dapat A, tapi dapat C. Semasa trial dia dapat A. Tapi mmg bahasa Inggeris dia bagus. Bahasa Malaysia A. Yg lain-lain B. 


 

Nak isi borang UPU, pin dia tak beli. Dia cakap dah habis. Aikss! Cepat sangat. Aku saja galakkan isi borang UPU, kalau dapat diploma, takyah amik la. Terus je dgn STAM. Sbb STAM pun setaraf dgn diploma. Nanti kalau rezeki baik, lulus STAM baik, jom la kita gi Mesir. Kakak dia berangan tak habis. Dia tak dapat gi Mesir, hantar adik pun boleh laaa. 

Keputusannya, takde la dia sibuk tanya nak bagi hadiah apa kat dia. Kalau tak, dari zaman UPSR, PT3, SMA, asyik la sibuk nego hadiah. Tapi aku tak bagi pun. Hahahaaha. Aku bagi menda lain. 

Tahniah utk semua calon SPM 2016. Berjaya atau gagal, bukan pengakhiran total. Jalan masih panjang. Jauh di hadapan mungkin berliku, mungkin tiada halangan, mungkin banyak lampu isyarat, mungkin gelap tiada lampu jalan, atau melalui terowong panjang, tapi akhirnya, cahaya yg terang akan muncul jua. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 07, 2017

Lagi 2 bulan cukup 5 tahun

Al salam alaykum

Tak sempat nak celebrate 5 tahun. Perjalanan mesti diteruskan. Kata putus dicapai selepas menimbangtara antara dua. Sakit dada sakit kepala follow up, akhirnya aku amik kata putus, yang mana dapat dulu aku setuju. Esok perjalanan buku baru. Semoga perjalanan terus disinari cahaya. 

Terima kasih utk kata-kata semangat dan buah fikiran semua. Terutama ma dan pa, adik-beradik dan famili. Juga sahabat-sahabat semua. 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, March 05, 2017

GBS

Al salam alaykum

Hari tu aku menggoogle kenapa bayi baru lahir ada jangkitan kuman. Aku google jangkitan kuman dalam air kencing bayi baru lahir. 

Semua hasil carian google menjurus kepada GBS. Takkan GBS kot! Dah macam-macam pulak aku pikir. 

Tapi, apabila adik aku nak bawak balik anak selepas 48 jam disahkan tiada kuman, doktor masih tidak benarkan. Misi siap suruh adik aku google pasal GBS. Betapa ngerinya hal ini! Maka sahlah bayi kecil itu ada GBS. 

Punca sebenar, adik aku demam ketika bersalin. Dugaan. 

Hari ini, berharap anak kecil itu dapat pulang ke rumah. Tapi, kalau dapat pulang pun jam 11.00 malam nanti, selepas cukup jam yang ditetapkan. Abg Ammar dah mengeluh. Pergi hospital tak dapat tengok adik. Adik balik, dia dah tido la nanti sebab pagi esok kena sekolah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, March 02, 2017

Dugaan

Al salam alaykum

Adik abg Ammar dan abg Ayyan kena tahan wad utk 5 hari. Jangkitan kuman pada air kencing. Tabahlah hati abah dan ibu mereka. 

Aku pula, dugaan berbeza. Selepas 5 bulan, diduga utk membuat pilihan yg baik di antara dua utk sekarang dan mungkin juga masa depan, dan menjadikan ia terbaik dalam hidup. Dugaan utk terus rasa selesa skrg, atau selesa pada tahun hadapan. 

Alhamdulillah utk dugaan-dugaan ini. Semoga kami baik-baik saja. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::