...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Vietnam. Show all posts

Wednesday, November 04, 2015

tiket kapal terbang itu setahun usianya... Siem Reap - Phnom Penh - Ho Chi Minh

al salam alaykum

Esok flight jam 6.40 pagi, tapi aku takde dalam flight tu... sob sob sob



ayat last tu tukar,

Last-last dah nak fly, bos cakap, "saya tak approve cuti awak, takde orang kat ofis ni"

Aku rasa??


Mmg aku rasa lantak p la orang takde...

Selepas rasa itu bertukar menjadi fikir...

Baiklah, ini yg terbaik Allah takdirkan untuk aku...

Dalam fasa nak redha ni...


Ini itinerary utk Siem Reap - Phnom Penh - Ho Chi Minh...


Belanjawan...


Mudah-mudahan, suatu hari nanti, akan ku jejak jua kakiku ke sana... Aamiin..



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, May 14, 2013

HCM - 13/05/2013

al salam alaykum

Flight balik pukul 1.25 pm... so takde apa aktiviti... kemas mengemas... pukul 10.00 pagi dah check out dari hotel, menuju ke airport...


ikat kabel

masing-masing beg berbondong-bondong

selamat tinggal Saigon

Dalam flight dok diskas, apa yg nak makan lepas turun flight... hahahah... kami ke red wok di Bangi... 

kuew teow daging halia... sedap!

kemudian aku terus ke Semenyih, hantar barang adik aku... dan Ammar ingat aku datang nak jaga dia... Ciklong kerja la Ammar!

kasi pusing taman 1x

terima kasih Miza dan Bai!

dan jugak terima kasih kpd GGK yg lain... 

tak puas sebenarnya, sbb byk tempat kami tak sempat nak pusing... kami tak dapat ke Muzium Perang dan jugak tengok sunset di Harbour View...

Pengalaman yg best!
1. alami hiruk pikuk HCM dengan berjalan kaki ke mana saja... mmg best! 
2. kalau nak berkomunikasi, gunakan pen dan kertas... org Vietnam tak berapa pandai komunikasi dalam bahasa Inggeris... bahasa melayu pun tak banyak patah mana... yg boleh komunikasi dalam bahasa melayu ialah warga Melayu Champa...
3. kalau tujuan korang nak shopping, bawak RM je banyak-banyak, takyah tukar Dong... sbb bila convert ke Dong, harga yg RM 50 boleh jadi RM 53... exchange rate kat Malaysia mmg murah... tapi kat sana mahal...




Monday, May 13, 2013

HCM - 12/05/13

Al salam alaykum

Hari ni kami keluar awal. Pukul 5.30 pagi lebih kurang. Tiket kami ke Vungtao jam 6.45 pagi. Awal kan? Tapi cerah secerahnya dah masa ni. 


Kami nak cuba bersarapan di kedai Basiroh ni, tapi masih lagi tutup. Pukul berapa diorg meniaga sebenarnya? Kedai sebelahnya, tulis kat muka pintu mula pukul 5.30 pagi, tapi bila tanya apa pun tak siap lg. 

Pagi yg sunyi. Malam meriah. 


    Pagi di Pasar Ben Thanh. 

Kami terus amik teksi ke Port. 


Kira mmg awal la kat port tu. takpe, kita bergambar dulu. 

Feri bertolak tepat pukul 6.45 am. Ramai jugak yg nak ke Vungtao. Mungkin main golf, ke Christ Hill, bertaruh atau balik kampung. 

   Mcm jambatan Pulau Pinang. Menghubungkan HCM dan Vungtao. 


Kami sampai di Vungtao jam 8.00 pagi. Sejam suku je rupanya. Terus cari jalan ke Christ Hill. Dari stesen feri ke Christ Hill, jaraknya 3km. 


Kami berjalan separuh, kemudian naik teksi. Sbb nak daki tangga plak nanti. 


Pemandangan macam ni mmg banyak di Vietnam. Memang cara hidup diorg kot suka bersantai-santai di tepi jalan, di luar rumah, bangunan dan lain-lain. 


Kami mula mendaki Christ Hill. Orang tgk kami pun pelik. Tapi dari apa yg kami tahu, org sanggup panjat sampai ke patung tu nak tengok pemandangan yg sangat indah. Subhanallah. 

   Ni baru separuh pendakian. 

       Tinggi skit. 

     Buffalo Bay katanya. Aku dengar diorg bercerita dgn omputis. 

Aku dan Bai tak daki sampai habis pun. Miza terus sampai ke puncak. Kami duduk-duduk menikmati indahnya ciptaan Allah. 

       Korea, bila aku nak datang?

Kami turun dari bukit tu utk pulang ke HCM. Tiket feri dah beli siap-siap semalam. 

Sebenarnya kat Vungtao ni banyak resort. Selain dari tu, ada jugak kereta kabel. Tapi pada arah berlawanan. Vungtao ni macam baru dibangunkan. Sbb serba serbi nampak baru. Wayar telekom pun tak berselirat mana. 

Sampai kat stesen, Miza cuba nak tukar tiket ke jam 11.30 pagi. Tapi yg ada hanya jam 12.00 pm. Tiket kami 12.30 pm. Beza setengah jam je, tunggu je la. 

Nak isi masa lapang, kami lepak kat mesin urut Ogawa. Katanya free massage. Hahaha! Rupa-rupanya, sama je modus operandi mesin urut Hinano yg pernah aku kena kat Malaysia. Tapi ni kira ok la kot sbb jenama Ogawa. 

Kemudian, kami lepak kat tempat tunggu  feri. Mula-mula feri 12.00 pm. Kemudian ada pengumuman utk feri 12.15 pm. Ok, lagi 15 minit feri kami. Kemudian aku nampak dia tukar kat papan tanda dia feri jam 12.30 pm. Tapi pengumuman takde lg. tunggu lagi. 

Jam dah nak pukul 1.00. Miza ke kaunter utk bertanya. Geramnya! Mereka salahkan kami cakap kami lambat dan feri telah pun berlepas. Takde pun announcement! Takde pun nampak feri bergerak.

Nak tanak, kena la beli tiket feri baru. Lagi VND 250,000 seorang. Sedihnya!! Dah la muflis dah. Redha je la. Feri yg ini bergerak 1.30 pm. Nak tambah lagi tak bestnya, kami dapat tiket dengan nombor kerusi yg sama utk 3 penumpang. Waaahhh!! Dugaan betul. 


Ini feri yg ada buat pengumuman. Feri yg takde pengumuman tu namanya Vina Ekspress. 

Oleh sbb kelaparan, maklumlah pagi tak sempat makan apa, kami ke Dong Du Street. Kat sini banyak makanan halal. Kami pilih utk makan di Dnyonya. Harga pun boleh la tahan utk kami yg budget tinggal nyawa-nyawa ikan ni. 


Dan, memang sedap! Cuma segalanya manis. Tuannya manis kot. 


Jalan kaki tak sempat 50 langkah. Jumpa masjid. Katanya ini salah satu masjid tertua di Vietnam. 

  Ada sekolah juga

       Bahasa Melayu!

Plan asal kami ialah utk ke muzium, kemudian ke Harbour View nak tengok sunset. Tapinya, sbb terlepas feri, makan lambat, muzium pun dah nak tutup. Hasrat dibatalkan. 

     Kami bergambar dgn pakcik Korea kat sini. 

Dan, rancangan nak tengok sunset pun dibatalkan sbb hujan. Rasanya hari Jumaat je yg tak hujan petang. 

      Jumpa bunga raya. 

Kami balik ke hotel. Rehat sekejap. Dan keluar ke pasar malam. Bai nak beli barang skit lg katanya. 

Kami cari lagi pakcik Judika Bai tu. tapi tak jumpa. Anggapan Kami, dia tak meniaga. Masa aku masuk kedai mini, pakcik Judika tego aku. Uwwaaa! Kami cakap dua malam kami cari nak beli kain dgn dia, tapi dia takde. Dia cakap dia bukak lewat skit. Takpe, bukan rezeki dia. "InsyaAllah rezeki dia lain kali". 

Dalam banyak-banyak peniaga yg aku jumpa kat sini, Pakcik Judika bai ni yg ramah dan baik. Kemudian dalam Ben Thanh market, gerai no 371 dan 504. Tu je. Yg lain, mcm layan tanak layan je. 


Dan kami juga menikmati Pho terakhir. Duit cukup-cukup. Makan semangkuk je, kongsi berdua. Eleekeke

Esok balik Malaysia yeahhh!!!

Sunday, May 12, 2013

HCM - 11/05/13

Al salam alaykum

Hari ni kami gerak ke Cu Chi Tunnel jam 8 pagi.  


Dalam perjalanan singgah di Pusat Kraftangan Orang Kelainan Upaya.





Kraftangan yg dihasilkan berasaskan pasir, kulit telur dan kulit kerang-kerangan.

         

        Harga mahal la skit, tapi cantik. 



Kemudian, perjalanan diteruskan ke Cu Chi Tunnel. Kami sampai pada jam lebih kurang 10.30 pagi. 

            Lubang kecik je

Sejarah Cu Chi Tunnel, boleh la tanya pakcik Google.

         Jerangkap samar

        Dan lagi

           workshop


Kemudian kami dibawa ke lapang sasar utk merasai pengalaman menembak menggunakan M16 atau AK54. Harga sebiji peluru bermula kira-kira VND 30,000. 


Kemudian, kami berpeluang untuk merasai pengalaman merangkak dalam terowong. Tak dapat bayangkan bagaimana rakyat Vietnam dapat bertahan semasa zaman perang. 


Dah merangkak, dapatlah merasa ubi rebus. Tapinya, ubi dia tak berapa nak empuk. 

                Jenis-jenis bom. 


Selepas Cu Chi Tunnel, kami ke Saigon Port utk membeli tiket feri ke Vungtao keesokan harinya. Harga VND 250,000 sehala. Harga ini adalah utk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Hari biasa VND 200,000. 

Kemudian, singgah kat kedai makan Hajah Basiroh. Lapar!! Makan nasi lauk telur kicap dengan sayur kacang buncis, nikmatnya. Walaupun mahal, pejam mata je la. 

Aku dan Bai berpisah dengan Miza. Miza berjalan-jalan dgn kawannya. Aku dan Bai ke Ben Thanh Market lg sekali. 

Mencari baju kurung tambahan utk adik aku. Dan kain pasang utk Bai. 

Kemudian, pergi ke Saigon Square. Nak tengok apa ada. 


Memang rata-rata semua barang berjenama pada harga sangat murah! Walaupun sepanjang berada di Ho Chi Minh banyak aku tengok kedai-kedai berjenama yg original, tetapi kosong je. Takde pelanggan pun. Sebabnya, dapat harga lg murah di Saigon Square.

Bai dapat la rembat sehelai jaket 2 in 1. Utk daki Kinabalu katanya. 

Kami pusing sekejap, kemudian balik ke hotel utk tidur. Sbb esoknya kena bangun pagi-pagi ke Vungtao plak, dan petangnya ke Harbour View utk melihat matahari terbenam. 

Bersambung, insyaAllah. 




Saturday, May 11, 2013

HCM - 10/05/13

Al salam alaykum

Hari kedua, Kami keluar seawal jam 9.00 pagi utk mencari sarapan. Berdasarkan peta yg kami ada, kawasan sekitar yg kami duduk ni byk jugak restoran yg halal. Tapi jalan punya jalan, semua tutup lagi. Sebenarnya pukul berapa bisnes diorang ni?

          Ingt Julie punya!

Kemudian, kami ke arah Ben Thanh Market. Ke Hajah Basiroh la tentunya. Nasi lemak habis, nasi goreng pun habis. Yg ada pho je. Pho ni mee sup vietnam. Daging dengan bakso dia best!


      Aku letak gambar Pho, tapi aku bukan sakit mental ye!

Lawannya kopi ais. Sedap! Aku bukanlah penggemar kopi. Tapi, sedap la kopi kat sini. Tentunya halal. 


Kemudian, kami masuk Ben Thanh market. Mencari barang kiriman adik aku dan kawan-kawan. Mula-mula, katanya nak amik gambar dulu, kemudian tunjuk dekat org Malaysia, baru datang serang esok lusanya. Tapi, terus beli. Mcm esok dah takde. Hahahaaha!

Tapi serius, tak best pun Ben Thanh ni. Letak harga mahal-mahal, kemudian mintak kurang m harga yg kawan aku kirim, mmg tak dapat! Pelik! Sorry Nurul, tak dapat nak cari beg yg ko nak!

Lepas siap baju kurung adik aku, dan kain pasang kami, terus blah. Mmg serabut la Ben Thanh tu. 

Gambo dalam Ben Thanh takde. 

Kemudian, kami bergerak mencari Pejabat Pos. tarikan di HCM. Semuanya dengan berjalan kaki. Tapi, jumpa Muzium Revolusi, kami singgah dulu. 



    Kerusi rahsia, simpan dokumen penting

          Ada wedding shoot

Kemudian, kami ke Pejabat Pos HCM




Srbelah Prjabat Pos, Gereja Cathedral. Tapi masa lawatan pagi dah habis. Petang dalam pukul 3.00 pm je. 

Kami bergerak ke Istana Kemerdekaan. Kat sini, bayaran masuk VND 30,000. Dan ada tour guide percuma utk sejam. 




Jam 3.30 pm, kami gerak ke Ben Thanh semula. Nak amik barang belian. Kemudian ke Hajah Basiroh, menikmati makan tengahari. Takde goreng2 kat sini. Nasi putih dan lauk pauk je. 

Kemudian, naik teksi balik ke hotel. Tambang VND 14,000. Bagi duit besar, kena mintak duit lebih, kalau tak dia simpan. Adoi!

Waktu solat kat sini mmg awal. Subuh pukul 4.00, zuhur 11.00, asar 3.00. Maghrib 6.00, isyak 7.00. Berkejar la balik utk jamak ta'khir. Jangan sibuk sgt nak shopping. 

Rehat-rehat, dan Miza pun dah keluar dengan kawan dia kat sini, aku keluar dengan Bai ke pasar malam. Baru nak cari barang sendiri dan famili. Bagi aku pasar malam lagi best dari Ben Thanh. 

Malam ni kami lalu jalan lain. Siap sesat sbb  terpegun tengok deretan butik jenama yg terdapat di sepanjang jalan. Levis, Lee, Pedro, Charles and Keith, US Polo, Kappa, Apa lagi. Sebut je la, semua ada. Sogo pun ada. Terpegun punya pasal, lupa jalan ke Pasar Malam. 


Seperti biasa, bila mula mencari barang, kamera dilupakan. Nampak sangat bukan peminat amik gambar. 

Malam ni ramai org Malaysia. Mungkin sbb esok Sabtu dan Ahad. Dan jugak, ada yg ramah menego, ada yg tak. Senyum pun payah. 

Kami berkenalan dengan penjual telekung. Nama lupa. Tapi bai panggil pakcik Judika. Dia Melayu Champa. Padan la fasih bahasa melayu. Org Champa kan mmg suka meniaga kat kat mana-mana.  Ada sedara lagi kat Che Lijah, Dumgun. Dia cakap, lain kali datang bawak RM banyak-banyak, sbb bila dlm Dong kami akan rugi sikit. Cth, harga RM 50, kalau bayar dalam dong, jadi RM 53. Beza banyak jugak. 

Habis hari kedua. Duit pun dah habis. Erghhh!!!