...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

Wani dan Oja

Al salam alaykum

Kemain tajuk. Tapi takde gambo Oja pun. 

Teman serumah, teman seofis, teman sekereta, teman karoks berebut radio dan lagu kat Pengkalan Baru, Batu Rakit dulu dah kawen. 

Kawen dgn penyanyi nama Oja tu. Kenduri belah Wani kat Kedah, tak dan la nak p. Kita datang yg KL je. 

Tahniah Wani! Akhirnya bunga yg menjadi rebutan di site 2 tahun lepas telah pun bertemu kumbangnya. Semoga bercinta sampai syurga. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, October 10, 2014

"Adik" angkat

Al salam alaykum

Uzair datang ke ofis. Papa dia kan dah nak mula kerja baru kat Instep. 

Teringt plak bos ada cakap sekali. "pandai ye si Is****ar tu ye, lepas IES keja dgn Petro^ac, pastu Instep plak ye". Betul la bos, kami pun patut camtu jugak la. Hahahaaha. 

Nanti entah bila la plak nak jumpa Uzair. Kompem la takde keperluan dah Azhan dan Wannor nak datang ke KL. 

Buih buih buih buih... 

Ni bukan kakak angkat ni, mokcik angkat ni. 

Pandai sangat berjebek. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Tuesday, September 16, 2014

Balik kampung

Al salam alayum

Sebelum tu, tepon dah ok. Dia terpadam sbb bateri. Takpe, Adam tak bersalah pun. 

Bila Encik Epal Putih kembali berkhidmat, tabiat keja gila kentang pun kembali semula. Asyik tgk last seen orangg je. Ngek!

Ma tepon tanya tanak balik ke Kuantan ke walaupun tak jadi p interview kat Gebeng? Aku mmg jawab tak jadi la sbb fulus dlm poket dlm kantung rimau semua dah berkurang. 

Boleh je nak jimat balik dgn bas. Tapi sebulan dua ni macam serik nak tinggalkan Encik Gemuk Gojes bersendirian di KL. 

Ma cakap nak balik Dungun. Pikir punya pikir, balik je la dgn Encik Gemuk, gasaklah kurang fulus pun. Janji mak ayah happy kan? Tapi tak dapat la amik cuti hari Senin, sbb nak kena attend course berkenaan cukai yg bakal dilaksanakan nanti pada April 2015. 

Hari Sabtu, balik Dungun. Eh pergi Dungun. Nak cakap balik pun macam tak kena, sbb kami dah takde rumah utk berteduh. 

Ada kenduri kahwin dua beradik 4-5 pupu aku, Shuhada dan Sakina. Aku takde gambar pengantin sbb Shuhada dah siap makan beradab, Sakina plak masih menunggu ketibaan pengantin. 

Kemudian, seperti kelaziman apabila balik Dungun, menziarahi kubur arwah tokyang dan mok (nenek), dan juga saudara mara yg lain. 

Dan, masuk Kg Alor Tembesu, berjumpa saudara mara yg lain. 

Dan, kami mengimbau kenangan. 

Rumah Arwah nenek. Tapi bukan kami yg punya. 


Jalan lurus ke sana dan belok kanan, jumpa la tadika Kemas. Bangunan lama masih ada. Tempat aku mengenal huruf. Dulu rasa malas nak p tadika sbb rasa jauh. Skrg tgk dekat pehh je. 


Kedai Long Arah. Tapi Long tak jaga dah. Kawan masa kecik aku, kawan baloh, Izan anak Teh Semoh yg jaga. Kedai ni tempat aku makan nasi lemak Cik Kah pagi2 sebelum aku pergi tadika. 


Jalan Nibong Stesyen 5 Kiri namanya. Tapi dalam alamat surat menyurat, takyah rajin sangat tulis, buat penat jemari je. 


Dah jadi terbiar. Dulu mana ada rumput-rumput ni. 

Tempat main kejar-kejar, main gelap cerah (galah panjang), main deccok (teng teng), main nusuk sampai kat balik telaga arwah Tok Chik sampai la dalam gok ayam kambing, main wa wa pepek wa pepek hujung galah, main getah zero point, main blue black ikan kasar, sili oli owais (apa nama lagu ntah), main apa khabar datuk harimau, main bola kaki, bola selipar, baling tin, konda kondi, nenek2 si bongkok tiga macam2 lagi la apa yg boleh dimain. Sampai koto belokong itang legang kaki. 

Adik-adik anak-anak sekarang main lg tak?


Mercu tanda Bandar Dungun yang baru. 

Kemudian, gi Pantai Sura ataupun Pantai Teluk Lipat. Semakin terhakis, tapi terjaga la skit. 


Banyak gak gambar masa kecik kat sini. Mak aku cite aku penah hilang dalam rok (semak) semasa cari buah kemunting. Ye, aku ni peminat buah kemunting. Tapi skrg, payah nak jumpa. Pastu selalu tertukar dgn buah pokok senduduk. Lebih kurang je rupanya. 

Jam 6 petang, kami bertolak pulang ke Kuantan. 

Harap dapat pulang lagi ke kampung kelahiranku, Dungun, Terengganu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::









Thursday, August 28, 2014

Saling Terpesona... Sungguh!

Al salam alaykum

Lagu best di saat ini. Lagu lama pun. Boleh la buat pujuk hati. 

Lirik Saling Terpesona - Yanie & Diddy

Tercipta saat tak dijangka
Sukar untuk ku percaya
Dengan pantas masa
Bawa kita berdua

Dengar lagu nyanyikanlah
Melodi yang indah
Hiburkanlah tiap jiwa yang berduka lara
Alunan suara bisa mengusik jiwa
Memikat hatiku

Bila kita bersama
Mesranya berbicara
Hilang getar di dada
Saling terpesona
Namun tak bermakna ku cinta

Bila kita bersua
Kau buat ku selesa
Wajah manis dan ceria
Kita saling teruja
Namun tak bermakna ku cinta

Terpancar kehebatan di mata
Ku rasakan semangat mu
Ku juga kagumi caramu
Setia melayari mimpi

Kau dan aku memiliki impian
Meski berbeda jalan dan haluan
Seiringan merentasi dugaan
Sinar harapan pastikan menjelma
Hiburkanlah tiap jiwa yang berduka lara
Alunan suara bisa mengusik jiwa
Memikat hatiku

Dikau dan aku cuma saling terpesona


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::: 

Monday, August 25, 2014

Warga Wakaf Tengah

Al salam alaykum

Sabtu minggu lepas aku ber-hi-tea hari raya kat umah Kak Anor dan En. Fairuz. Dua-dua ex-officemate di KL Sentral. 

Fairuz ni anak jati Mengabang Telipot (Wakaf Tengah). Oleh sbb masa kat Batu Rakit dulu aku selalu updated FB pasal Teganu, maka kebanyakan perbualan kami berkisar kpd kisah Teganu je la. 

Dan, aku menjawab "org ganu ni nyekik la"

Doh bakpe plok?

Aku ceritakan semula kisah "Klinik Wakaf Tengah" tu. 

Dia jawab "mmg la, mana ada org panggil Klinik Kesihatan Batu Rakit tu Klinik Batu Rakit, kami panggil Klinik Wakaf Tengah"

Tu, mana la dop nyekik, kami org luar mana tau korg panggil klinik apa. 

Kami gelak besar di situ. 

"Sbb apa ko suka duduk Batu Rakit? Tengok hari-hari updated cam hepi je kat sana" Fairuz tanya. 

Hmmmm. Ntah. Nak kata best takde la best pun. Nak kata pantai best, pantai mmg cantik, tapi sampah merata-rata. Nak kata pasal makanan, yg best mmg la best, tapi mahal. Rumah pun mahal. Takde rumah yg murah. Tapi, banyak tapi-tapi pun,  mmg best la dok keja situ. 

Hmmm. Less stress. Kot. 

Tu je la aku boleh jawab. 


Gambar takde kaitan dgn cerita di atas. Tapi tiga-tiga manusia ni ada kaitan dgn Terengganu. Saiful, isterinya org Teganu, Muiz mmg asalnya Gong Badak, dan aku, lahir di Dungun. 

Gambo ni Saiful cakap dapat dari En. Wan. Aku dok heran, bila plak En. Wan jadi paparazi ni. Tapi aku tau apa sebabnya gambo ini diambil. Macam-macam hal. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, August 18, 2014

Lagu Kita

Al salam alaykum

"Muzik itu mmg makanan jiwa. Tapi salah makan, buruk padahnya."

Lagu yg aku nak elak dengar, kudengar jugak 2 hari lepas. Naik kereta member, siaran Hot FM. Lagu tu baru glamer kat Hot FM rupanya. Kalau kat Era FM, dah terkeluar carta 40 dah. Takkan nak mintak orang tukar cenel plak kan? 

Nampaknya, mmg aku terlebih makan laaa. 

"Lagu kita takde ke?"

Ada dah aku download. Tapi tak best macam dengar kat radio. 

"Cer pasang"

Dop beh kan?

"Ok je. Sama je dalam radio"

Di bibirmu ada lagu kita. Lagu kita la sangat! Perghhhhhh...

"Terkadang, bukan kenangan buruk yang membuatmu bersedih, tapi kenangan indah yang kamu tahu, tak akan terulang kembali"

Kembali ke dunia nyata. 

"Dengan mengingati Allah, jiwa kita akan tenang"

Tenanglah wahai hati. 
Allah jaga dia. Allah jaga kita. Allah jaga semua. 

Jagalah hati kita. Jangan ingat menda-menda lagha. Syaitan suka menyelit. Tau kan?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, August 15, 2014

Muda hanya sekali

Al salam alaykum

Sejak beberapa menjak ni, isu wanita berusia kahwin dengan lelaki muda naik lagi... tapi di kalangan budak-budak ofis aku laa... 

Aku gelak je la...

Menda tu tak salah pun... 

Cuma kadang-kadang penerimaan keluarga dan masyarakat la kan?

Kalau wanita tu tak nampak macam "kakak" kat suami dia, takde la yg nak mengata... kalau nampak macam "kakak" tak pun lagi haru nampak macam "ibu" ramai la yg nak mengata...

Berkahwin sesama usia pun risiko tetap sama... Contoh jadi kat kawan aku... adik kat pasar malam panggil dia makcik, si suami dia budak tu panggil abang... kesian kawan aku yg bergetah tu...

Perasaan nak jatuh suka tu, bukannya saja dibuat-buat kan? Dah tersuka nak kata apa... dan kedua-dua belah pihak dan keluarga boleh terima, jodoh pun sampai, teruskan aje la...

Dan, ada juga, memulakan perhubungan tak kisah pun dengan umur... tetapi bila dibawa berjumpa keluarga, putus di tengah jalan, atas faktor umur... beza hanya setahun dua, dan masalahnya tak nampak beza pun pada rupa... tapi, dah nama bukan jodoh, redha saja la... ada yg lagi baik menanti, insyaAllah...

Teringat plak kisah yg aku dengar kat radio, Era FM... topik pagi ni dah lama kot, sbb masa ni aku dengar kat Terengganu... 

Caller perempuan, seorang isteri, menceritakan kisah perkenalan dgn suaminya... masa tu lelaki tu menego dia "pregnant ke kak?" tak silap aku wanita tu ckp dia gempal skit... mana  la tak marah kan? Aku pun marah (sbb gemuk skrg ni)

Lama-lama cinta berputik dan menyulam kasih dan menjadi suami isteri... dan wanita tu pun cakap, "sekarang ni saya tengah pregnantkan anak dia ni." Hahaha... 

Caller tersebut tak bitau pun umur dia berapa, cuma dia cakap beza umur dia dan suami ialah 7 tahun... mungkin umur dia 30, lelaki tu 23... tapi tu la, kalau dah jodoh tak kemana kan?


Masih lagi tak berjumpa yg menjawab, "saya tak ke mana-mana" ekekekeeke


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 12, 2014

Nada dering

Al salam alaykum


Aku masih kisah. Heheehe. 

Di suatu peristiwa. 

Demi terdengar telefon mendendangkan lagu The Butterfingers, Faculties of the Mind, aku bingkas bangun dapatkan telefon. 

Dan terdengar suara berkata, "Lari anak pok imam, pok imam" 

Ganas sangat ke ringtone tu?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, July 26, 2014

Hantaran

Al salam alaykum

Semalam borak di grup wasap berkenaan seorang budak yg masih lg bekerja pada hari ini, katanya. 

Aku pun tanya "awek mintak hantaran 20k ke yg sibuk lg kerja?"

Dan ada sorg menyampuk, lelaki yg sudah berkahwin "hantaran apa mahal-mahal. Kalau hafaz Quran takpe gak"

Tapi aku tak sempat nak balas apa-apa sbb topik lain sebenarnya. 

Tapi, terlintas jugak nak tanya!

Hmmm... Wanita je hafaz Quran? Suami macam mana plak?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, July 09, 2014

Lupa Janji

Al salam alaykum

BK: Kay, nanti kita p batu rakit. 
KK: tanak la saya. Takde keperluan. Bos dah janji dgn saya yg saya takkan pergi Batu Rakit dah. 
Bos: Eh, bila plak aku janji.Kalau ada kerja kena la pergi. Hehehee

KK: bos nak pakai matco eh kat Labuan? BK ada tny sy requirement utk matco
Bos: takde rasanya. 
BK: eh kena ada. Sekejap je. hantar la org tu ke sana. 
KK: takde. Bos dah janji dgn saya, saya kat KL je. 
BK: mana aci ni bos. Ko ni tabur janji je kat dia ni. 
Bos: Takpe, nanti kalau ada keperluan kita hantar la budak tu ke sana. Mana eh budak tu? (Konon mata melilau mencari) eh. Ada haaa dalam bilik ni. 

Gelak berterabur. Aku je masam. 

Tolong bos, jangan lupa janji-janji manismu. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, June 30, 2014

Blues Terengganu Kita

Al salam alaykum

Demam. Hahaahaha. 

Perubahan cuaca datang KL?

Ataupun penangan Ramadhan?

Blues Terengganu Kita, aku tinggalkan. 

Bos cakap, aku tak perlu datang lagi. 

Dan, meronta-ronta aku nak pergi.

Sabar je la!

Hari jumaat lepas, hari terakhir, lepas hantar Maziah, aku ronda-ronda Batu Rakit. 

Pergi ke pantai. 


Lepak sejam. 

Pusing Wakaf Tengah. Tengok rumah batu atap ungu tu kat belakang Caltex tu. Dah siap pasang langsir. Cantik! Tak amik gambo sbb mcm ada tuan rumah. 

Masuk lorong rumah kami yg sewa yg kena mangga tu sbb kampeni tak bayar sewa. Ada kereta Peugeot kat situ. 

Kemudian mengintai TBM, tp takde plak. Hahaahaha. 

                Ni gambo sebulan yg lalu. 

Pergi kedai ECO 2 inggit. Beli mainan utk anak-anak sedara. 

Dulu, tak berapa familiar dgn Batu Rakit, sbb hanya pergi utk melawat saudara-mara ketika musim perayaan dan kenduri kendara. 

Batu Rakit dalam kenangan. 

We say hello and we say goodbye
And i know that we'll be alright
But you and i live far away
Just wait till i, come back back. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 26, 2014

Sedih

Al salam alaykum

Aku tanya bos. 

"Bos tak sedih ke?"

Sedih la jugak. Ko tau tak dulu-dulu kami meeting bawah pokok tu je?

Ko baru tiga bulan pun sedih, bos tu setahun. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Wednesday, June 25, 2014

Sedih.

Al salam alaykum

Dah boleh dikatakan aku boleh balik KL dah hujung bulan ni. 

Tapi, aku sedih sbb boleh balik KL. 

Kebangangan apakah ini?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, June 20, 2014

Tak sempat kot

Al salam alaykum

Mungkin tak sempat nak ke Redang. Aku plan hari ni nak pi Redang, tapi parents Maziah datang. So tak dapat la nak pergi. Apa-apa hal pun mmg aku dengan dia berdua je. Pergi sorang tak seronok plak. 

Minggu depan, mungkin aku dah balik KL. Office Batu Rakit dah nak tutup. 

Semalam bos tepon, aku tanya la jugak bila boleh balik. Dia jawab, bila kerja siap. 

Sebenarnya, kerja yg aku patut buat aku dah siap 2 minggu pertama bulan Mei. Tapi bos aku saja je menambah kerja aku, sampai la sekarang. Tak siap pun sebab nak menunggu segala yg dia hold. 



Sehinggalah sekarang, aku tak terasa nak balik. Bestnya kalau dapat duduk sini sampai bila-bila. 

Tapi utk apa? 

Kerja pun tak ada sini. 

Sedih. Pilu. Nak tinggalkan Batu Rakit. 

Kenangan. Sikit je. Tapi berbekas. Mungkin. 

Jumpa lagi. Lain kali. Dengan izin Allah. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 19, 2014

Balik

Al salam alaykum

S: Kak k bile nye balik kl? Drp bulan lps lagi haha. Duk riuh

K: Hahahaha. Riuh dopleh balik. Kali ni aku malas tanya dh. Tadop hati dh nk balik KL

M: Xblk la. Duk sni je. Blh mkn sambal sotong. 

K: Itu je?

M: Nasi dagang. Satey jabi. Cendol maroh. 😁

S: Balik kl ade wangsa walk. Haha

A: Kak k bkn kne g labuan ke?😝


Apaaaa? Labuan??? 

Makan nasi lemak sambal sotong la dulu. 

Bulan-bulan posa p Labuan,
Harap ia hanya khayalan,
Tak sanggup aku bayangkan,
Nak berposa seberang lautan. 




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 18, 2014

Mu pung org ganu gok kang?

Al salam alaykum

Selepas beberapa lama di sini, mengalami peristiwa-peristiwa yg menyakitkan hati dan telinga, kami berlima di sini bersependapat dan berkesimpulan bahawa

"Orang ganu ni nyekik la"

Tapi bukanlah semua, ada je yg kami jumpa dan berurusan ok, tapi kebanyakan yg kami jumpa mmg nyekik. 

Dan aku mengadu kpd kawan aku yg bekerja di Terengganu bertahun-tahun lamanya. 

"Mu pung org ganu gok kang?"

Hahaahahaaha... Tapi setakat yg aku kenal orang ganu ni, mmg baik-baik belaka. Dop la nyekik pung. 

Tapi bila berada di bumi ganu ni, pelik plok nyekiknya. 

Kenapa kami rasa nyekik?

Bila pergi pasaraya Hock Kee Seng, tanya soalan pasal saiz apa yg ada, cara dia menjawab tu mcm terpaksa je, mcm soalan kami tu budus gila. 

Kemudian, kami bertanya pasal landmark, dia tanya kami "tau x klinik wakaf tengah?" Banyak klinik sini. Dia cakap, "susah kalau tak tau pasal wakaf tengah ni". Sebenarnya klinik wakaf tengah yg dia ckp tu, ialah klinik kesihatan batu rakit! Alahai, mmg la kami tatau!

Pergi kedai kek tempatan, tengok kek menyelerakan. So kami tanya kek yg mana boleh beli satu slice je? Hari-hari kek yg sama ke? Dia boleh ckp pelan-pelan "banyak tanya la". Aku pun ckp "sbb tatau kami bertanya"

 Banyak lagi la kes. Cakap luar pun salah. Cakap tranung pun salah. 

Serba salah. 

Tapi, aku dah sebati dgn sini. Nyekik pung nyekik la. Nak cakap cemana lagi. 

Redha. 

Bahagia. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, June 15, 2014

Saturday, June 14, 2014

Come Back

Al salam alaykum


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, June 13, 2014

Penginapan

Al salam alaykum

Dah masuk bulan ketiga di Terengganu, penginapan di sini pun dah nak masuk 4 buah rumah. 

Bulan 4, di Pengkalan Atap. 

Bulan 5, di Alor Damat. 

Bulan 6, pagar rumah kena kunci, tumpang masuk ke rumah staff lain. Sedih tak?

Management balas msg aku jam 10 malam!

Aku mmg merajuk. Aku nak tunggu sampai Ahad ni je, sbb temankan Maziah je, kemudian nak cabut balik KL. 

Pagi ni, management tepon cakap, diorg dah cari rumah lain. 

Bos mintak aku duduk sini lagi seminggu!

Dan janji itu aku tak percaya dah. 

Takpe la, duduk la Terengganu sampai bila-bila pun. Tawar hati nak balik KL. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 11, 2014

Ku bahagia?

Al salam alaykum

Kami berlima di site digelarkan Power Rangers. Hahaahaha


Dan dapat aku dapat komen ini:

"Rasa cam k yg paling bahagia disitu"

Bahagia? InsyaAllah. 

Walau macam-macam terjadi, hanya senyum penawar duka. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::