...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, June 06, 2017

11 Ramadhan

Al salam alaykum

Dah masuk fasa kedua.

Ramadhan kali ni aku rasa lemau sangat. Bacaan Al-Quran pun tak meningkat.

Tido awal, bangun lambat.

Janganlah kita tergolong dalam golongan org yg rugi.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, June 03, 2017

Pertama kali mendobi layan diri

Al salam alaykum

 

Serabut tengok kain baju bertambun. 

 

 

Dan masa aku nak balik, ada sorang datang tanya aku. Dia pun pertama kali jugak. Mujur la aku dah tanya Miza, Kak Roza dan Aizah. 

Dan, aku baca dulu cara-cara penggunaan. Maka, boleh la tunjuk pandai. 

Hehehee


Sebenarnya, ayah aku dulu yg ajar masa aku mengadu aku nak beli mesin basuh. Dia cakap kumpul baju sampai lebih kurang 9kg, pergi dobi, jimat duit. Nak jimat, kumpul lagi banyak, sampai 14kg, pergi dobi. Hahahaha
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, June 02, 2017

Kabhi Kushi Kabhi Gham

Al salam alaykum

Ada sahabat-sahabat di FB mengemaskini status mereka "hari terakhir", "akhirnya dapat jadi surirumah tangga sepenuh masa, tapi tak sangka sebegini awal", "ada kerja kosong bagitau", "alhamdulillah, kontrak sambung lagi sebulan" dan macam-macam lagi. 

Waktu yg sukar utk semua. Walaupun dijangkakan industri semakin berkembang baik, tapi, ramai lagi yg hilang pekerjaan. 

Rezeki masing-masing berbeza. Ada sahabat-sahabat di FB yg beli tiket bercuti hari ni, terbang esok. Ada yg update status "benci la bos ni, stress aku. aku berenti 24 jam kang, baru tahu!" Dan, yg membacanya seorang aku ini, "Waaahhhh! Seronoknyaaaa"

Tapi, mujur ada sahabat-sahabat yg banyak menyedarkan bahawa hidup ini tak semuanya indah. 

Jurutera projek di kampeni lama, mula bekerja di tempat baru di pantai timur. Itupun hatinya berbelah bagi, kami kata pergi laaa. Dia nak bawak isteri dan anak-anak sekali. Kami kata biarlah Isteri tinggal la dulu kat KL ni, kerja dia stabil, takkan nak suruh berenti. Berkorban dulu utk PJJ. Kemaman dan KL tak la jauh mana. Naik bas 3 jam sampai. 

Dan seorang lagi, resah hati. Semakin lama semakin tertekan. Iklan kerja kosong semakin berkurangan. Yg dipohon tiada jawapan. Kalau dulu masih boleh pergi ke gym utk menenangkan fikiran, skrg dia rela berkurung. Tapi dia cakap, berita gembira berat badan turun. Tanda-tandanya macam depresi. Maka, setiap 2 hari sekali aku cuba bertanya khabar. Supaya dia tidak berasa keseorangan. 

Cuba dengar apa yg dia hendak katakan. Jangan bagi dia rasa putus asa. Jangan bagi dia rasa dia tidak bernasib baik. Biar la dia luah segala rasa pedih, duka, kecewa, gembira, bahagia dan sebagainya. Beri galakan utk apa yg diusahakan. Jangan janjikan bulan bintang sudah. Jangan bandingkan dgn org lain. Tiada siapa yg suka dalam saat macam tu. 

Sahabat semua, sama-sama kita doakan, semoga yg pahit akan manis akhirnya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 01, 2017

Bilik utk disewa/Rakan serumah diperlukan (Dah dapat Alhamdulillah)

Al salam alaykum

Iklan di Mudah.my: http://www.mudah.my/vi/54857170.htm

Kalau ada sahabat2/sedara mara yg nak cari bilik sewa Keramat/Setiawangsa boleh hubungi saya.

Luas rumah: 550sqf, 2 bilik tidur, 1 bilik air. Tingkat 2, Rumah Pangsa Kelumpuk Keramat Wangsa. 

Bilik luas, boleh muat 2 orang. Tapi kalau boleh, saya nak sorang je. Tapi kalau dah terpaksa, korang nak berkongsi, saya terima juga. Tapi bukan kongsi dengan saya la, kena cari sendiri rakan sebilik. 

Kadar sewa RM 250.00/bilik sebulan. 
Deposit: 1 + 1 + RM 100.00 (elektrik/air)
Jumlah: RM 600.00
Kemasukan segera: 1/6/2017. 

WANITA MUSLIMAH BUJANG sahaja. Kalau yg berkahwin, isteri PJJ boleh juga, tapi suami tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah ketika rakan serumahnya (iaitu saya-lahhh) berada di Lembah Klang. 

Berdekatan Surau, Jusco AU, pasar pagi/malam Setiawangsa, bas ke LRT Setiawangsa, kedai makan, kedai runcit, Giant.

Hubungi saya, Kay 012-9592370 : http://kay.wasap.my/ 

Info tambahan:

Housemate saya dapat tukar balik kampung dia. Serta merta. Dia akan meninggalkan biliknya hujung bulan ni. Cuma, sbb kebanyakan barang dalam rumah ni dia punya, maka, akan kosong la rumah ni. 

Dalam bilik: Hanya akan ada tilam, almari kecil, dan kipas siling. Barang-barang lain housemate saya nak angkut balik Kelantan. 

Kemudahan dalam rumah pula: Tiada TV, Astro, meja makan, mesin basuh, peti ais buat sementara waktu. Oleh sebab Hari Raya bakal menjelang, kemungkinan terpaksa bertahan sehingga selepas Hari Raya. Tak mampu nak adakan semuanya secara serentak. 

Peti ais, ku kena cek peti ais saya kat rumah adik masih berfungsi atau tidak. Maklumlah, peti ais lama pakai gas. Adik pun tak pakai peti ais tu. Mujur lagi hari tu mak ayah aku datang aku offer bawak balik peti tu mak aku tanak. 

Tempat letak kereta pula, duduk rumah pangsa, agak terhad. Tapi kalau kereta boleh parking N, takde masalah. Boleh block kereta orang lain. 

Rasanya tu je kot. Housemate akan iklan juga di Mudah.my. Nanti ada link saya tampal sini. Konsepnya, siapa cepat bayar dia la dulu dapat. 

Hubungi saya utk maklumat lanjut. 
http://kay.wasap.my/ 

Bestnya housemate ku balik kerja kat kampung diaaaaaa

 
Tak sempat nak khatamkan novel semua tu. Banyak kali ulang Jaja & Din (http://kehelan.blogspot.my/2009/12/jaja-din.html?m=1) je. Babai TV! Sob sob sob. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, May 31, 2017

Rumah

Al salam alaykum

Dalam mencari penyewa baru, aku juga mencari bilik sewa lain. Bukan apa, sebagai persediaan kalau betul-betul tiada org masuk. 

Setakat ni aku dah tengok 3 bilik sewa. 1 di kawasan AU3 dan lagi 2 di Wangsa Maju. Mahal kot Wangsa Maju! Ada aku jumpa harga RM 250.00, kosong la tapinya. Besar pun mcm bilik aku skrg. 

Bilik di AU3, kawasan kejiranan ok, parking pun katanya ok. Ada surau berdekatan dan hentian bas. Jalan utama sangat sibuk, takde traffic light, masalah sikit la utk aku. Tapi tu masalah kecik. Tapi aku tak berjumpa bakal housemate. Balik kampung. 

Kawasan kaki lima rumah agak gelap, dipenuhi barang jiran. Rumah tingkat 2. Dalam rumah ok. Bilik kosong, takpe. Barang aku banyak. Cuma, jemur baju dalam bilik dan juga dalam ruang tamu. Bakal housemate berusia 30an, tapi aku tak jumpa dia. Ex-housemate dia cakap, bakal housemate ok, kerja shift di kilang elektronik dekat sini. 

Sewa RM 300.00

Bilik kedua di Wangsa Maju, sewa RM 450.00. Terkejut dengar. Dalam iklan tak tulis. Jadi, tolak dah rumah ni. 

Lagi satu bilik, di Wangsa Maju juga. Ada bus stop depan rumah. Tingkat 3. Rumah luas. Yg ni pun aku tak berjumpa dgn ketua rumah. Menurut housematenya, ketua rumah mmg jarang berada di rumah. Bilik RM 250.00 termasuk utiliti. Aku suka bab harga. Oh ya, lagi satu aku suka, parking banyakkk! Takde double park! Boleh kuor balik malam takde rasa runsing yeay!

Tapi ia mmg sebuah bilik sewa. Menurut bakal housemate, dia sendiri jarang berjumpa dgn ketua rumah. Sbb mereka mengamalkan privasi. Masing-masing di bilik masing-masing. Tengok tv dalam bilik masing-masing. Makan dlaam bilik masing-masing.

Ruang tamu memanjang, 1/3 kawasan di ruang tamu adalah tempat barangan milik peribadi ketua rumah. Kiranya zon larangan. Tiada aktiviti di ruang tamu. Aku termenung. 

(update: bilik sewa ini sudah diambil orang)
 
Selain bilik sewa, aku juga inginkan sebuah rumah. Bebas bergerak dalam rumah, dari dapur hinggalah ke ruang tamu. Maksudnya, aku dapat makan dan menonton tv di ruang tamu. Dapat berbaring-baring santai sambil membaca buku. Berborak-borak. Bagi aku, bilik adalah ruang privasi aku, utk tidur dan aktiviti peribadi yg lain. 

Itulah namanya rumah manis rumah kan?

Mengada betul aku kan? Nak bayar sewa sebuah rumah terasa berat, tapi tak mahu hidup berseorangan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, May 30, 2017

BaRam ke PaRam?

Al salam alaykum
 
Bulan Ramadhan di Malaysia ni sinonim dengan Bazar Ramadhan atau Pasar Ramadhan. Sinonim la dengan makan-makan. Masuk hari keempat puasa, kebanyakannya pasti dah ada senarai nak makan apa utk berbuka. Sebulan sebelum puasa pun, setiap hari ada je keinginan nak makan apa sebelum masuk puasa. Aku tanya budak ofis aku, "Kenapa mengidam macam tu sekali nak kena makan sebelum puasa? Semasa puasa pun kan boleh makan? Panjang umur selepas puasa pun boleh?"
 
 
Bulan puasa, bulan Ramadhan, yg kita tak boleh makan adalah pada siangnya sahaja, malam kan boleh makan? Sebab malam boleh makan tu la macam-macam senarai apa nak makan keluar di minda. Tipu kalau aku kata aku takde senarai nak makan di bulan puasa, tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, aku cuba utk didik diri, didik hati supaya tak terbawa-bawa nafsu nak makan tu. Alhamdulillah, tahun lepas berjaya.
 
 
Dalam 4-5 tahun lepas, aku pun jarang ke pasar Ramadhan atau bazar Ramadhan. Pertamanya, aku tak suka dah nak bersesak-sesak dgn takde parking kereta dan ramai orang. Pihak kerajaan setempat sediakan pasar Ramadhan, tapi tempat letak kereta di mana? Menimbulkan kesesakan. Dan, aku dah kurang rasa utk bersesak-sesak di tempat ramai kecuali terpaksa sangat.
 
 
Keduanya, harga makanan di bulan Ramadhan ni amatlah mencabar poket. Kalau teringin sangat, aku cubalah utk berkorban. Kalau macam keinginan tu boleh ditahan lagi, aku tak beli la. Masa ni la kan nak melatih iman kita, nak uji setinggi mana iman kita? Kalah dengan nafsu atau tak? Tapi hari ini baru hari keempat, masih panjang lagi Ramadhan ini.
 
 
Yang ketiga, sudahlah harga mahal, kualiti pulak tidak setanding harga. Kecewa. Makan nasi goreng telur bubuh kicap dgn sambal hitam lagi alhamdulillah. Aku ni takdelah cerewet sangat dengan makanan, tapi kalau dah mahal pastu macam tu je, adalah juga rasa sakitnya tu di sini. Dari aku marah-marah, baik aku tak beli.
 
 
Ramadhan hari keempat, apa khabar?
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 29, 2017

Perkataan baharu

Al salam alaykum
 
Julie guna perkataan larap iaitu bahasa pasar Johor, dalam komen entri ini: http://kehelan81.blogspot.my/2017/04/pengalaman-pemandu-uber-di-kuantan.html

Saja tanya warga keluarga Johor jugak, aku tak pernah dengar diorang borak dgn aku sebut larap, tak pun aku mmg tak perasan. Cakap laju sangat biasanya. Tapi diorg kata, masa aku ada, takde apa yg larap, jadi tak guna la. Betul la jugak tu.

Contoh yg diorang cakap: Larap minyak, larap garam, gula larap... yg membawa maksud habis.
 

Ada rekan bagi definisi larap:

Definisi 'larap'

Indonesian to Indonesian
adjective
1. laku; laris
source: kbbi3

noun
2. jodoh; 
se·la·rap n sejodoh
source: kbbi3

verb
3. me·la·rap·kan v mengulurkan tali

Cemana nak guna dalam konteks ayat berjodoh tu?
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::