...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, July 07, 2017

Mati

Al salam alaykum

"Mati adalah merupakan musibah atau malapetaka yang besar lagi dahsyat.

Tetapi sebahagian ulama berpendapat bahawa ada lagi malapetaka atau musibah yang lebih dahsyat daripada mati.

Iaitu lalai terhadap mati, tidak peduli dan jarang memikirkan kematian serta tidak beramal baik sebagai persiapan untuk menghadapi kedatangan kematian."

[At Tadzkirah - Imam Al Qurthubi]

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 05, 2017

Salah Faham

Al salam alaykum

Pagi tadi aku lambat. Bangun sahur minum air pun mcm minum dlm mimpi. Tapi aku tgk jam masa tu 5.30 pagi. Tapi tido semula. Sedar tak sedar jam 6.30 pagi. Kelam kabut la pagi ni. 

Nak naik uber guna promo RM 7.00, tambang ke LRT saja cecah RM 11.00. Grab plak masih RM 4.00, tapi takde promo. Alhamdulillah berkat kesabaran bas pun tiba jam 7.30 pagi. 

Sampai LRT mmg tahu la mesti penuh manusia mesti kena naik tren selepas 2-3 tren berlalu. 

Isi masa dengan membaca suratkhabar edisi seminggu. 



Berjaya gelak sengsorang melupakan masalah aku yg lewat pagi ni. 

Firuz, aku teringt kat ko baca kisah lampu ade idak ade idak tu hahaahaha

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, July 04, 2017

Kecik Ati

Al salam alaykum

Aku sebenarnya kecik ati. Aku pikir-pikir tak sepatutnya kecik ati. Tapi nak jugak kecik ati. 

Aku terasa. Sepertinya apabila aku susah, org tinggalkan aku. 

Bukan pasal apa pun. Pasal berjalan-jalan. 

Yg pertama, dia pergi Singapore. Sepatah pun tak cakap. Aku boleh syak apabila seorang memuatnaik gambar murtabak Singapore, dan sorang lagi bergambar di bangunan ikonik Singapore. 

Yg kedua, pergi Koh Lipe. Pun sama. Aku macam menghidu sesuatu dari cakap-cakap mereka di dalam FB. Tapi aku takde la pikir sgt. Tapi bila seorang lagi hanya memuatnaik gambar dia seorang, mmg musykil. Pergi dgn sapa?

Akhirnya, terpecah sudah. Bila aku lihat status update di Whatsapp. Gambar mereka bercuti di Singapore dan Koh Lipe. Status dan gambar dimuatnaik oleh sepupunya. Muka-muka di dalam gambar mmg dikenali. Semuanya tahan hati ye tak muat naik gambar di FB kecuali seorang di instagram. 

Kenapa aku nak kecik ati? Mmg ko susah pun, ko sendiri cakap tak ke mana-mana tahun ni. Mungkin sbb dia tahu aku dalam susah, maka takde la mengajak. Tapi bagi aku, mengajak lain. Beritahu lain.

Tak ajak, aku tak kisah. Tak beritahu, kemudian berahsia. Memang aku kisah. Kalau nak rahsia, beritahu semua ahli rombongan supaya jangan muatnaik sekeping gambar pun di mana-mana laman sosial. 

Aku tak dengki. Aku tahu kemampuan aku. Tapi jangan rahsia. Bila aku tanya, jawapan standard "takde ke mana pun". 

Kecih ati tau tak? Sampai sekarang aku kecik ati. Bulan 8, aku ada tiket ke Tawau. Bersama dgn mereka. Ikut kecik ati, mmg tak nak pergi. Budget pun mmg takde. Tapi, ikut ati, nak pergi sbb mmg dah lama simpan teringin ke Tawau tu. 

Tapi tak tau la. Payah jugak nak pura-pura lupakan semua dan tak tahu apa-apa. Sebab perasaan terkilan itu masih ada sampai sekarang. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 29, 2017

Sejarah Kuih Tak Tahu Nama

Al salam alaykum

Mak aku minta buatkan kuih pisang yg aku tak pernah tahu nama, tapi bahannya mudah sangat. 

Aku pun tanya, ni resipi zaman dia dulu ke cemana? Sbb aku saja jgk google tak pernah jumpa. Aku pernah buat sekali bawak pergi ofis lama dulu, takde org pernah makan. 

Mak aku cakap dia belajar dgn kawan dia. Masa tu kawan dia selalu bawak kuih ni masa zaman bercinta dgn sedara mak aku. 

 

Jadinya, mak aku belajar la buat kuih ni. 

Itulah sejarahnya. 

Resipi:

Pisang - nangka ataupun serendah atau pun yg jual kat Giant tu yg mahal tu. Aku buat dgn pisang tu je. 
Telur - 6 biji
Susu pekat - ikut suka nak manis macamana
Pewarna hijau. 

 

Sapu minyak kat loyang atau bekas yg digunakan. 
Pisang tu potong nipis-nipis panjang-panjang. 
Susun dalam loyang. 
Blendkan telur, susu dan pewarna hijau. 
Tuang dalam loyang. 
Kukus lebih kurang 40-45 minit. 

 

Sejukkan dalam peti ais utk nikmat yg tak terperi. 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, June 26, 2017

Soalan Lain

Al salam Alaykum

Raya kali ni, takde cite hal "bila nak kawen?"  

Tapi lagi aku stress kot. 

"Kurusnya kaklong?"

"Kaklong dah kurus ye?"

"Dulu kaklong kan gemuk sikit?"

Kalau tak jumpa 10 tahun aku faham. Ini tahun lepas dah jumpa, tahun ni ayatnya pun "Kaklong kurusnyaaaaa"

Aku dah kurus lama kot. Yg gemuk cecah 75kg tu pun tahun 2008 @ 2009 kot. Sebelum tu berat aku statik je 60kg. 

Kemudian berat aku 65 - 70 kg. 

Tahun 2011, aku diet berat aku dapat je 59 kg. 

Naik semula berat cecah 67 kg pun tahun 2014. 

Yg gemuk tu pun tak lama mana pun. Dan takde lah gemuk yg betul gemuk. 

Sekarang berat aku 60 - 62 kg. 

Kenapa org ingat aku gemuk sangat ek?

Kenapa org tak ingat zaman kurus aku?

Lagi stress rupanya pasal gemuk kurus ni. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, June 24, 2017

1 Syawal 1438H

Al salam alaykum

Semoga Allah menerima amalan-amalan kita semua. 


عيد الفطر المبارك سعيد لكم

 في كل عام وانتم بخير


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 21, 2017

Promosi Ramadhan - Telekung Mawaddah

Al salam alaykum

Promosi Ramadhan Telekung Mawaddah. 

Dapatkan sepasang, dua pasang, tiga pasang, berpasang-pasang utk Pesta Ibadah yg bakal tiba. Hadiahkan kepada yg tersayang!

Dijahit kemas, material jersi yg tebal dan sejuk,  telekung melekap kemas di kepala, tidak perlu bimbang, solat tanpa was was. 

RM 130.00 termasuk pos Semenanjung Malaysia & Sabah/Sarawak

Tunggu dulu! Dengan setiap pembelian anda, kami hadiahkan cenderahati yg menarik, bukan 1, bukan 2, tapi 5!

Apalagi, tempah la sekarang. 

RM 130.00 sahaja utk sepasang.

Hubungi kami dengan segera

Kay @ http://kay.wasap.my/