...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, July 31, 2017

Dhuyufurrahman 3

Al salam alaykum

Sahabat aku yg seterusnya yg mendapat jemputan haji pada musim kali ini. Maziah daftar sama tahun dgn Herny. Dan apabila Maziah mendapat panggilan haji, maka suaminya juga memohon rayuan sebagai mahram Maziah.

Maziah akan berangkat ke Madinah pada 02/08/1981 nanti. Tapi, aku tak dapat nak pergi ke Kelana Jaya. Maka, ada kesempatan pulang ke Kuantan, aku ziarah dia sebentar.

 
 
Seronok mendengar persediaan haji mereka suami isteri. Dan bagaimana perasaan apabila dimomokkan dengan khabar angin bahawa Mekkah akan dibedil oleh pihak pengganas nanti.
 
Maziah kata, nak mati, di dalam rumah pun mati jua.
 
 
Maziah akan berada di Tanah Suci selama 45 hari. Herny dan Sumih lebih kurang 51 hari.
 
 
Semoga dikurniakan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan, menjadi tetamu Allah paling istimewa dan seterusnya mendapat haji yg mabrur.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, July 30, 2017

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Al salam alaykum

Tengahari semalam kami dikejutkan dgn berita rumah famili adik ipar aku terbakar, di Kg Jeram Masjid, Muar. 

Berdebor rasa, sebab ada sepupu Adam tinggal dalam rumah tu.

Punca kejadian budok kembo tu main mancis. Sbb abang dia takde, ayah dia takde dalam rumah. 



Marak. 



Selepas kebakaran berjaya dipadamkan. 


Kereta antik habis. 



Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa. Tapi mmg berat la bahu yg memikul. 

Balik kampung, takde tempat nak dituju. 

Aku pernah sampai dua kali. Semasa majlis perkahwinan, dan juga semasa hari raya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Saturday, July 29, 2017

Dhuyufurrahman 2

Al salam alaykum

Petang semalam sebelum pulang ke Kuantan, aku berjumpa dgn Sumih pula. Sumih dan suami bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 31/7/2017 ni. 

Saja bertanya khabar persiapan mereka. Lagi penin nak mem-packing kelengkapan katanya. 

Sumih pergi kursus haji sama dgn aku. 

Tergambar juga kerisauan hati bagaimana utk menghadapi ujian dan dugaan nanti di Tanah Suci. 

Betul, aku yg setakat ni 3 tahun pergi berkursus, masih ada juga salah faham dalam tatacara menunaikan rukun Islam ke-5. 

Di saat-saat akhir ada pula banyak pendapat, pening mana satu hendak diraikan mengikut lunas syariah. 



Dan, cuaca jua yg diramalkan akan mencecah sehingga 51 deg C. 

Bagaimanapun, didoakan semoga mereka semua menjadi tetamu Allah yg paling istimewa. Dipermudahkan segala urusan. Diberikan kesihatan yg baik. Dan mendapat ganjaran haji mabrur. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, July 27, 2017

Dhuyufurrahman 1

Al salam alaykum

Semalam selepas kerja aku ke Kelana Jaya, nak berjumpa Herny sekeluarga sebelum dia bertolak ke Madinah.

Oleh sebab flight dia malam, tapi flight dari Kuantan pagi, maka dia menyewa rumah tetamu di Perumahan Kastam. Dekat je dengan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya tu.

Tak lama pun jumpa, selepas maghrib mereka sekeluarga terus ke Tabung Haji utk urusan pendaftaran jam 9.30 malam.

Semoga Dhuyufurrahman ini diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan di sana, dan mendapat ganjaran haji yg mabrur.
 
Kami bersahabat sejak 1994.

Bergerak ke Tabung Haji selepas maghrib

Salas, adik Herny. Satu sekolah juga dgn kami. Lama tak jumpa dia ni, masa kenduri Herny, dia tak balik, pergi beraya rumah dia, dia beraya rumah mertua.
 
 
::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 26, 2017

Bila mak tanya, dah pergi interview mana dah?

Al salam alaykum
 
Sahabat aku di AMB dulu tiba-tiba msg aku nak tgk resume aku. Ada la tu nak p minta kerja baru la plak tu. Rupanya skrg dia pun dah bertukar department, sama mcm aku. Cuma dia dah jadi manager la, aku tak pun.
 
Maka, bertukar-tukar la pengalaman kami menghadapi interview dan bagaimana nak menjawab soalan interview yg tak pernah aku sangka akan disoal.
 
Dan ada yg dia cadangkan, gunakan pengalaman kita dulu di AMB. Kita kan dikenali sbg batch yg degil. Ada je perkara yg kita lawan DSS, sehinggalah DSS memperkenalkan sistem utk kita patuhi dan menjadikan siapa kita pada hari ini.
 
Baiklah. Maka, berbekalkan semanngat itu, aku menghadiri satu video interview, iaitu siri bercakap sengsorang. Soalan satu je senang, boleh jawab. Soalan kedua, aku blank, nervous, terus tak dapat jawab. Soalan ketiga, pun terus bisu. Terus aku tinggalkan video interview itu.
 
Kemudian, mak aku tepon, dia  cakap ada rombongan KRT nak ke sebuah pulau bulan 10 nanti. Dia ajak aku pergi sama. Aku jawab, aku nak ke Tawau, boleh tak? Harga package RM 600.00 plus plus. Mak aku cakap tak payah la, sambil menyambung, ada interview tak? Ni dah bulan 8 ni... Huhuhuhu...
 
Terus teringt, video interview yg aku tak siapkan tengahari td. Due sampai 11.59 pm. Aku gerun.
 
Tipis harapan nak ke Tawau nampak gayanya.
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, July 24, 2017

Oppa!

Al salam alaykum

So Ji Sub nak datang Malaysia wehhh!

Mesti berderu org msnunggu kat KLIA sana tu. Bercampur la dgn org nak pergi haji sekali. 



Harap tayangan perdana di KLCC boleh mengintai sekejap. 

Oppaaaaaaa!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, July 23, 2017

MYTV tu apa?

Al salam alaykum

Skrg ni kan kerajaan Malaysia memperkenalkan siaran digital dan siaran analog akan dimansuhkan. 

Mula-mula penerima BR1M mendapat MYTV basic decoder percuma. Sepatutnya ayah aku dapat, tapi disebabkan alamat yg didaftarkan silap, maka tak dapat la. 

Yg aku menyibuk sangat pasal MYTV ni sbb TV aku tak berapa nak jelas sangat siarannya. Guna indoor antenna, TV3, 8TV dan TV9 je jelas. TV lain langsung berbintik-bintik banyak. Antenna flat, macam tak function je. 

Aku nak beli dekoder MYTV utk tv aku tu, tapi mahal la plak skrg. Harga RM 199.00. Dapat 11 siaran digital. Itu kalau beli online dan pasang sendiri la. Tapi sbb duduk rumah flat, maka kena beli outdoor antenna. Dan cas pemasangan di laman web MYTV ialah RM 180.00. 

Kemudian, ada jumpa flyers boleh pasangkan siap terus harga RM 330.00. Peluh menitik. Awat mahal sgt? Tapi murah la kot berbanding beli dgn ejen MYTV. 

Harga Njoi pun dah naik, tapi dapat siaran banyak la kan, lebih dari 20 siaran tv dan 20 siaran radio. Harga skrg RM 400 lebih. Tapi ada jgk promosi RM 385.00, siap pasang. Berpeluh jugak! Tapi siaran banyak. Tapi, kalau hujan ribut petir angin kuat, habis siaran tergendala. 

Maka, sibuklah aku mencari di internet ada tak dekoder utk siaran digital yg murah. Adik aku beli di Kuantan, RM 99.00. Sebab rumah dia berdekatan dgn pemancar Bukit Pelindung, maka, plug and play sajalah, tak perlu gunakan outdoor antenna. Jelas siarannya. 

Aku tinggal di rumah flat, maka mesti menggunakan outdoor antenna katanya. 

Hasil carian di google dan perbincangan di group di FB, maka sebenarnya aku boleh je beli dekoder cap China sekalipun yg berharga bawah RM 100.00. Dan tak perlu gunakan outdoor antenna, sbb pemancar terdekat ialah di Menara KL. 

Ataupun, aku beli SmartTV, dan gunakan UHF antenna yg berharga RM 149.00, termasuk pemasangan, terus dapat siaran digital. 

TV aku tu pun baru bayar sebulan. Huhuhu. Takkan nak beli tv baru lg. Mahal kot TV cerdik tu. 

Aku menggoogle lagi, di mana aku boleh beli cash and carry, kebetulan ada aku di Klang siang td. Apabila pergi kedai tu, ilmu baru pulak dapat. 

Mula-mula dia tanya, beli TV tahun bila? Baru sebulan beli dik! Cap apa? Phillips. Ooo, kalau Phillips takde function digital tu kak. Semua TV keluaran tahun 2017 mesti ada function digital tu kak. Meh saya tunjuk contoh. 

Cek TV masing-masing, ada tak function DVB tu?

Yg ada function ni TV terbaru keluaran tahun 2017, tidak semestinya SmartTV pun. TV LED 24", 32" mesti ada. Tapi jenamanya terhad seperti Sharp, Panasonic, Samsung dan Toshiba. Ketahuilah, Phillips bukan pengeluar TV terkemuka, Haier dan Hisense pun takde lagi fungsi ni. 

Contoh ciri-ciri yg dinyatakan. LED biasa je. 

Dan apabila TV tersebut mempunyai ciri digital channel tu, tak perlulah dekoder MYTV ke, atau dekoder HDTV ke, atau antenna mahal sampai beratus tu, cukup pakai antenna di bawah ni. 

RM 59.00 je. Outdoor antenna. Kalau rumah pangsa sesuai sangat la. 

Yg ni RM 79.00. 

Yg ni bukan RM 599.00 ye! Murah je bawah RM 50.00. Yg ni indoor punya je, letak dalam rumah. 

Aku yakin TV aku takde digital, sbb aku dah habis baca buku panduan, dan habis tekan semua butang remote control tu.

Tu la kak, beli tv kat mana? Kat AEON Big, ada promosi raya haritu. Kenapa tak tanya? Sbb beli kat pasaraya kot, mungkin salesman pun tak berapa tahu sgt pasal spec tv. 

Akak jual je la TV tu. Jual kat Mudah.my. Mesti ada org beli. Pastu beli TV lain. Amboi! Tak agak-agak! TV tu pun baru sebulan bayar ansuran tanpa cengkeram tanpa faedah. 

Penin kepala aku demi mendapatkan siaran yg jelas dan tidak menyakitkan mata apatah lagi sakit hati. 

Inilah contoh dekoder yg aku nak beli. 


Atau seperti Mazri tunjuk ni. 


Atau yg ini. 

Kat 11street pun ada, tapi takleh pulang kan balik kalau tak dapat siaran. Beli kat kedai boleh pulangkan balik bergantung kpd budi bicara la kan. Kedai kat Kuantan tu ada, tapi nak tunggu sebulan la pulak kalau ada apa-apa hal. 


RM 99.00. Kat Mudah.my, paling murah RM 140.00. Pasang sendiri. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::