...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

.

Thursday, 23 January 2020

sunyi

Al salam alaykum

Dah dua malam rumah sunyi. Pa ma adik semua dah balik. 

Kemudian, dapat berita Moksu (kakak ma) meninggal. Lepas sampai ke Kuantan, pa ma gerak gi Padang Kemunting jam 5.00 pagi. 

Ma niat dah nak gi jenguk Moksu masa cuti raya Cina. Tapi tak dapat jumpa masa hayat masih ada. 
Ma tinggal lagi sorg je la adik beradik, ayah Ngah. 

Ayah Long dah meninggal dan sekarang Moksu. 

Kemudian, pa ma balik ke Kuantan, pa penat sangat tu, microsleep, kereta terbabas bergesel dgn divider. 

Ma tepon bagitau tu aku berdebor sbb tak dengar suara pa. Ma cakap pa nangis. Allahu. 

Takde apa la kereta tu. Ada duit kita mekap la dia balik. Tapi aku harap pa dgn ma takde apa2. 

Alhamdulillah takde apa2. 

Beginilah duduk jauh. Risau semacam. Aku ajak pa ma duduk dgn aku sini. Tapi ma gelak je. Dia cakap nanti gemuk sbb makan je. 

Aku pun tak nafikan. Aku pun dh jumpa angka 7 semula. 

Haritu isnin aku interview dgn Syarikat Tambatan Pelampung Tunggal. Aku ni tak tau apa nama jawatan pun. Interview je la. Tapi aku rasa mcm bodoh je jawab soalan. En. Wan mesti malu kot sbb aku tak menepati piawai yg mcm dia nak. 

Apa pun terima kat En. Wan sbb bagi aku peluang lagi utk masuk semula ke sana. Ada rezeki ada la insyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, 23 December 2019

daki gunung naik heli

Al salam alaykum

Tengahari tadi makan momo kat restoran Nepal. Kat sini semua restoran ada sijil halal Brunei. Jadi, jangan ragu-ragu. 

Bos pernah sampai ABC aku pula hanya sampai Deurali. 

Tapi bos aku cakap, dia sampai ABC tak guna kaki dan tenaga. Naik heli wehhh! Sbb masa daki tu mereka semua kena patah balik. Tak sempat pun sampai Deurali. Ada kejadian apa ntah jadinya ABC ditutup. 

Maka, bos aku pergi ABC naik helikopter. Harga USD 300.00 seorang. Terus aku terbayang iklan helikopter tu kat guest house Himalaya. Aku memang teringin la naik helikopter sampai ke ABC. 

Bos cakap heli memang pusing2 kat Annapurna pastu turun ke ABC. 

Waaahhh. Marilah kita menabung demi impian menjejakkan kaki ke ABC!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, 9 December 2019

Salman oo Salman

Al salam alaykum

Akibat tidak mengenal spesis ikan, seorang wanita berasa tertipu apabila membeli ikan Salman Norway. Beliau menyangkakan ikan salman itu ialah ikan salmon yg bersaiz kecil. Tetapi alangkah kecewanya apabila didapati ikan salman itu ialah ikan mackerel. 

Tetapi kekecewaannya terubat apabila ikan itu sedap dan segar. 

Itulah akibatnya tidak mengenal rupa ikan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, 17 November 2019

Trekking di Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang

Al salam alaykum

Haloooo ada orang rindu tak? Hahahahaah

Mokcik sibuk balik kampung pastu sibuk kerja kat ofis kerja berlambak sampai tak tahu nak utamakan mana satu tapi malas nak pergi keja awal malas nak balik lambat. Bila balik rumah nak rehat je malas buka laptop nak menaip blog.

Tapi hari-hari tengok gambar Makkah dan Madinah di IG sebab rinduuuu!

Nak ambil balik rentak nak bercerita makan masa pula jadinya.

Seperti yg diketahui, department kami dapat bos baru dari Malaysia. Nak dijadikan cerita, selepas reseating meja kerja, bos telah memilih duduk di depan aku. Bagi kami semua, mimpi ngeri la sebab kalau nak kena marah tu senang-senang je! Tapi bos kami takde la senang marah pun dan paling best sebab dia tak kisah pun nak lunch dgn kami.

Tapi takleh la nak melampaui batasan kan? Makan ialah makan. Kerja ialah kerja. 

Tapi yg bestnya selepas waktu ofis pun, kami boleh buat aktiviti sama-sama.

Hari ni kami pergi hiking waaaahhhh!

Sekian lama aku tak jungle traking ataupun hiking, akhirnya hari ni menjadi kenyataan.

Kami pergi yg dekat je di Taman Reakreasi Sungai Liang.

Trek ok-ok je tapi ok la sebab dapat keluarkan peluh sebab aktiviti, bukan sebab panas.

Kami bermula dengan trek pendek sebab takmau bagi kaki terkujat nanti kang esok kaki macam kena simen.

Taman Rekreasi Sungai Liang dibuka jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Mujur la tak keluar jam 7.00 pagi, kalau tak tersadai dekat pintu pagar.


Macam masuk hutan lipur, tapi sungai kecik je

Tengok tangga mengeluh hiba

Kami ke Denai Rotan, sebab Denai Mengkuang tak nampak jalan


Kemudian jalan bahagia, jadi namanya ialah trekking, bukan hiking

Kemudian jalan tar yg lama pula

Marilah kita ke sana

 Dapat tengok kawasan kampung di sini

Kemudian kami telah summit ke Bukit Peluru, jadilah walau pun 59m je hahaha

 Pertama kali nampak kebun sayur di sini

Jom balik

Alhamdulillah cuaca baik

Sewaktu balik kami salah jalan, maka lalu jalan tar sampai la ke jalan utama. Nak patah balik ikut laluan asal, memang malas la, sebab kena membukit balik.

Saya dan bos saya

Selepas turun bukit kami pergi sarapan di Seria sambil minum kopi sedap. Eh aku tak minum kopi, aku minta Neslo Ais, tapi dapat mocha sedap... sungguh sedap! Alhamdulillah.

Kalau bos lama lagi kat sini, harap dapat la kami ke bukit lain pula ataupun ke Taman Negara di Miri. Kena pergi stadi blog Nurul pas ni.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, 3 November 2019

Curhat

Al salam alaykum

Member aku kat sini selalu cakap nak curhat nak curhat. Aku pun cari kat google translate, maksudnya “suruh”. 

Tapi takde pula pasal “suruh suruh” tu. Banyak kepada meluah perasaan. 

Maka pada malam ini di siaran GV ada segmen Curhat minggu depan. 

Curhat = Curahan Hati. 

Aduyaiiii! 

Nak gelak pun ada. Patut la sesi sedih je manjang hahaaha. 

Aku google translate curhat dari bahasa Melayu kpd Inggeris ialah “talked about”. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, 15 October 2019

Awas gerak langkahmu ooo!

Al salam alaykum

Awal-awal masuk kerja lepas cuti lama tu, kami dapat email dari VP syarikat. Email teguran tentang tuntutan OT, tentang perkumpulan sosial semasa merokok, tentang memegang telefon sewaktu bekerja. Menurutnya, dia ada tertangkap mereka yg membuka facebook di telefon. Tajamnya mata dia! Dan ada amaran mungkin dia akan menguatkuasakan telefon kena duduk dalam laci. Ha ha ha!

Aku macam hairan juga ada masa dia menelek aktiviti staf. 

Kemudian, kami ada EM baru juga. Duduk sebelah pejabat kejuruteraan sana la. Seminggu EM masuk, dia telah membuat 40 pemerhatian tentang staf, dan semuanya negatif belaka. Peraturan baru dikuatkuasakan, semua jurutera kena masuk tepat jam 7.00 pagi, dan jika ada hantar anak ke sekolah, kena hantar sebelum jam 7.30 pagi. Dan hanya boleh keluar rehat tepat jam 12.00 - 1.00 tengahari saja. 

Macam duduk sekolah je ni!

Lagi memeranjatkan, Jumaat minggu lepas EM tunggu depan pintu untuk melihat siapa yg masuk lambat. Waaahhh! Takde kerja penting ke?

Kerja-kerja pengawas sekolah pula dia buat. 

Dan, berkuatkuasa serta merta juga, perkhidmatan pengangkutan percuma utk pekerja dari dan ke lapangan terbang juga telah dihapuskan. Perkhidmatan ini hanya disediakan utk mereka yg berada di tampuk pengurusan dan pemerintahan (diorang tu dah kaya kot, elaun besar, gaji besar), dan untuk urusan perniagaan, dan untuk mereka yg bercuti secara rotasi sahaja. 

Wow! Gila kentang sangat ni. 

Dan, tiba-tiba orang IT kami memberitahu ada antara pengurus yg meminta IT menyekat akses internet utk spotify, whatsapp web, youtube, media sosial dan lain-lain kerana mereka tidak suka pekerja mendengar muzik sewaktu bekerja. 

Walawehhhhh! Hidup di dalam gua pula rasanya. 

Persekitaran pekerjaan juga telah menjadi tidak sihat dan negatif. Kebanyakannya pulang tepat jam 5.00 petang, walaupun selama ini mereka tak pernah pun menuntut OT, ramai juga yg berhenti, nampak seperti berada di dalam tekanan yg tinggi. 

Dan pada petang tadi, kami yg berada di bahagian Rantaian Bekalan juga ditegur supaya tidak berkumpul di meja-meja kami ini, sebab VP dah menangkap yg kami suka berkumpul bercakap bergelak ketawa riang ria. Alamak!! Kami ni bekerja di dalam tekanan yang tinggi, nak bersorak sorai gembira di seluruh negara pun tak boleh di petang-petang hari? Padahal kami sentiasa ada diskusi tentang masalah-masalah yg timbul dalam hal ehwal kerja kami. 

Dan meja kami tentunya menjadi tumpuan ramai kerana kami ini ialah orang-orang panas. Di samping itu, kami membekalkan makanan ringan kepada mereka yg senantiasa berat kepala berat hati berat kaki tangan. 

Aduyaii!! Nak balik Kuala Lumpur boleh??!!!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, 8 October 2019

Haji 1440H - Berangkat ke Arafah

Al salam alaykum

09 Ogos 2019 / 8 Zulhijjah 1440H - Berangkat ke Arafah

Bangun awal pagi, berkemas untuk saat akhir. 

Banyaknya barang nak kena bawa untuk keselesaan mak aku. Aku memang tak fikir lain, untuk mak aku je. Dan, kami juga telah diberi bekalan teh, kopi, gula awal-awal lagi untuk kegunaan di Arafah dan Mina nanti. Agak mustahil nak bawa segalanya dalam beg merah tu, maklumlah perempuan ni semua menda nak kena ada. Aku cuba meminimumkan sedikit yg mungkin, tapi agak gagal juga.Aku tak bawa kopi, teh, gula aku sbb aku tak minum, bawa untuk mak je.


Seperti yang diarahkan, kami KT30B yg berada di Level 7, kena turun solat Subuh di Masjid Bakkah Assalah. Bawa beg semua siap sekali. Kebanyakannya memang bawa 2 beg hihihihhi. 


Beg jemaah lain dah pun memenuhi ruang lobi lif

Memenuhi masa terluang dgn aktiviti berfaedah

Selepas solat Subuh berjemaah, kami dingatkan sekali lagi utk berniat haji dan berihram dengannya untuk yang mengerjakan haji tamattuk. Untuk haji ifrad, tidak perlu berniat lagi dah. 


Ahli bilik 708 - kami tiada gambar yg betul-betul gambar hahaha

Sebenarnya bas kami lewat sampai juga. Yang solat di lobi bawah hotel, masih lagi menanti ketibaan bas. Jalanraya memang sangat sesak, mungkin sebab itulah bas lewat tiba. Kebetulan aku pula dah kehabisan data internet, jadi aku turun melalui tangga belakang ke bawah untuk cari topup. 

Masing-masing menunggu ketibaan bas

Jemaah Maktab 82 dan mungkin dari Iran juga

Bas mereka dah sampai

Pencarian topup aku gagal dan kecewa, tiada booth dibuka pagi ni. Mungkin sebabnya ramai yang dah berangkat ke Arafah, maka perniagaan pun ditutup.

Sementara nak tunggu kami dipanggil turun ke bawah, dah beberapa kali juga kami naik ke bilik, selesaikan hajat, kemudian turun lagi cari sarapan, dan balik ke bilik lagi sekali. Memang lewat juga dari yg dijadualkan. 

Dalam jam 9.00 pagi barulah kami dipanggil turun untuk menaiki bas.

Mak aku tak selesa sbb kena pakai tongkat dah, doktor dah bagi peringatan

Kami menunggu giliran menaiki bas

Sebelum menaiki bas, Ustazah Siti Asmah mengingatkan lagi kami untuk berniat haji dan berihram. Alhamdulillah. Di dalam perjalanan ke Arafah yang mengambil masa lebih kurang sejam ni, kami melaungkan talbiah beramai-ramai. Syahdu rasa Ya Allah, mengenang diri yg kerdil, yg penuh dgn dosa, menuju ke Arafah untuk ibadah wukuf, untuk memohon pengampunan dari Dia Yang Maha Esa, Dia Yang Maha Mengampunkan dosa-dosa, untuk memohon segala impian, mimpi, keinginan, supaya menjadi nyata.

Kami diturunkan betul-betul di pagar Maktab 82


Kedudukan Maktab-Maktab di Arafah

Aku memang fail baca peta, masih payah nak mencari surau :-(

kami mencari Khemah kami, Ayah aku Khemah P, dan kami Khemah O. 

Tandas dua tingkat dan ada aircond pula, selesa. Tapi aku tak sempat naik ke atas.

Tandas asal, yang ini dekat dengan khemah

Selesai meletakkan beg, yang lain berehat-rehat, aku berjalan-jalan dalam kawasan Khemah Arafah. Saja pergi menjenguk khemah lain juga, dan juga ke Maktab swasta kot ada jumpa sahabat-sahabat atau artis. Tapi peluang tipis la, mereka yang pergi dgn pakej dan furada akan berada di Mina pada 8 Zulhijjah, untuk mengikut haji Tarwiyyah. 

Terasa bahang matahari
Bumi Arafah yang indah pada pandangan aku

Bumi Arafah masih menunggu ketibaan jemaah haji yang lain

Tempat pembuangan sampah, ni aku tergelak hahaha


bekalan air mineral untuk kami
Aku lupa nak ambil gambar tong air batu. Kat sini kami mewah dgn ais, alhamdulillah. Mungkin sebab cuaca yang panas yang dijangka mencecah 50 deg C, maka pihak muassasah memanjakan kami dgn bekalan ais yang melimpah ruah. Alhamdulillah.

Pendingin hawa juga disediakan utk khemah kami



Peringatan utk Jemaah Haji

Di Arafah juga, kami mewah dengan makanan, ada indomie, ada buah-buahan, ada makanan ringan-ringan, alhamdulillah. Bekalan air panas juga disediakan. Tapi jenuh juga la mencari bekalan air panas ni. 

Hari ni takde ibadah khusus, hanya Jemaah perlu berehat dan tidur secukupnya sebelum menjelang hari wukuf. 

Bekalan air panas

Ada masalah sistem siaraya di Khemah kami, tidak kedengaran azan dan solat berjemaah, apatah lagi ceramah. Kami solat sendiri-sendiri dengan berimamkan imam di dlaam khemah kami. Tapi, dalam satu khemah banyak pula imam. 

Kemudahan dalam khemah, selain aircond, ada karpet alas tanah, ada plug untuk mengecas telefon kami, ada kipas juga. Alhamdulillah.bab tidur, jangan fikir nak selesa, dapat tidur alhamdulillah. Sebab kawasan terhad, satu petak nak berkongsi dgn 44 org orang.

Oleh sebab dalam khemah kami ada sorang je Sukarelawan Haji, kami golongan muda-muda ni menolong juga la apa yg perlu. Contoh, mengagihkan makanan ke seluruh ahli khemah.

Serius, semua kena sabar. Tak pasal kena marah, makcik nak oren, makcik tak dapat lagi oren, makcik tanak epal. Tadi nampak air kotak, kami tak dapat ni, dan macam-macam lagi. 

Kami hanya menolong sob sob sob.

Kat sini dapat makanan kering, maksudnya takde kuah

Berjalan lagi, sambil nak buat aduan kat Pejabat TH tentang kegagalan alat siaraya di khemah kami

Tapi pihak TH pun tak dapat buat apa-apa, sebab semuanya di bawah pengurusan muassasah. Ujian la ni kot untuk kami, bersangka baik.

Dapur

Khemah yg belum siap, aku ada ambil gambar dalam khemah ada pokok, tapi tak jumpa mana pergi gambar tu, jangan cabut pokok di Arafah ye

Ni Surau, ada pokok dalam ni

Kami di dalam petak kami, masih belum ramai yg tiba

Semasa di Arafah, memang banyak yang kena sabar. Sabar nak menggunakan tandas, sabar nak solat, sabar dengan karenah ahli khemah, sabar dengan pihak muassasah, sabar dengan makanan, sabar dengan kedudukan kita yang masih di dalam ihram, ini yang utama, dan sabar dengan segala-galanya. Anggaplah ini semua ujian dari Allah untuk kita. 




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::