...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

.

Friday, 11 January 2019

Kita beli barang online supaya barang sampai depan rumah

Al salam alaykum
 
Nak cerita pengalaman aku kena refund duit kat Lazada hahahaahahahaha.
 
Tak tau nak sakit hati ke cemana. Sakit hati bukan sbb apa, sbb macam tak bersistem je Lazada ni.
 
 
Nak dijadikan cerita, aku beli barang di Lazada, barang akan dihantar oleh Skynet. Aku dah banyak dengar cerita pasal Skynet ni. Tapi Skynet Kuantan ok la pulak.
 
Bila dah dapat shipment / AWB no, aku mmg track la barang aku kat website.
 
So, aku tengok ada updated di barang dah sampai CR1 region, yg bermaksud SKynet Batu Caves. Hari Jumaat. Kemudian hari Sabtu aku tunggu barang la sbb ada penghantaran kan Sabtu? Jam 11.00 pagi aku called Skynet Batu Caves, dia kata, barang tak dapat hantar sbb driver takde. So ok la, Isnin hantar kan?
 
Hari Isnin takde update, aku called lagi, dia cakap takleh masuk lori, overloaded dah, so Selasa cuti, maka Rabu dia akan hantar. Aku ok lagi.
 
Aku tunggu hari Rabu, tak sampai-sampai. Sampai termimpi-mimpi malam tu. Pagi Khamis, aku called lagi, dia cakap Rabu takde org kat rumah. Aiks, kenapa tak call dulu? Dia jawab SOP Skynet Driver tak perlu call penerima. Pelik sgt SOP. Kalau macam tu, kenapa tak tinggalkan notis yg biasa courier service buat? Boleh dia jawab, terbang kot kak!
 
Amboi amboi la memang meningkatkan kemarahan la dgn jawapan tak cerdik sgt tu.
 
Dia cakap, dia akan buat penghantaran pula hari Jumaat.
 
Pagi-pagi Jumaat, aku cek kat website, status barang aku "Return shipment to origin!"
 
Gila la wehhh!
 
Mengamuk betul aku! Called balik Skynet Batu Caves, dia jawab, barang tu dah seminggu ada kat diorg, so polisi kena pulangkan balik kepada Lazada!
 
Hangin tak?
 
Skynet Batu Caves takde usaha pun nak contact penerima tentang barang tu!
 
Notis takde, call takde. Tiba-tiba dipulangkan kepada Lazada pula.
 
Maka, aku buat report kepada Lazada, dan juga kepada Skynet HQ.
 
Lazada cakap dia terpaksa refund sbb memang dah confirmed barang aku dipulangkan kpd Lazada.
 
Tapi petang tu aku called balik Skynet Batu Caves, dia cakap dia cek balik. Nanti dia call semula.
 
Dua jam aku tunggu, takde call langsung! Aku called semula, dan PIC utk Lazada cakap, barang aku tak naik lori lagi, maka aku boleh ambil. Aku pesan siap-siap, jangan usik barang aku tu, jangan bagi naik lori, jangan buat cubaan nak hantar ke mana-mana. Tunggu aku datang, Skynet Batu Caves!
 
Jadinya, Sabtu pagi aku pergi collect, ramai rupanya problem yg sama. Barang tak sampai. Notis takde. Atas kaunter receptionist, dah siap kertas minta kita tulis nombor penghantaran. Bagi notis la sangat kan?
 
Apa guna aku beli online suruh sampai depan rumah, tapi kena pergi collect kat courier service office?
 
Lepas dah collect, aku pun bitau seller / Lazada, yg aku dah ambil barang. Dan status order aku pun dah bertukar utk diberikan review yg sewajarnya. Sampai sekarang aku tak review lagi, sbb marah kat Skynet Batu Caves tak habis lagi hehehe.
 
Hari Isnin.
 
Aku dapat called dari Lazada pula. Dia nak buat pengesahan aku dah dapat barang aku, dan pesan kalau barang tu KO ke apa ke, call balik Lazada.
 
Kemudian selepas itu, aku dapat email dari Lazada. Lazada nak refund duit aku. Macam pelik plak.
 
Esoknya, dapat lagi email proses refund dah bermula.
 
Eh, kan status order dah bertukar received, bukan refund, tiba-tiba baik hati sangat Lazada ni nak refund. Bagi hadiah ke apa?
 
Tak sedap hati, aku chat dgn Lazada Tanya refund utk apa bla bla bla bla... Dipendekkan cerita, aku kena pulangkan balik duit tu kat Lazada!
 
Ko rasa?
 
Aku minta dia stop-kan proses refund sbb aku malas nak mencari duit lain nak bayar. Sbb aku dh bayar pun amount kad kredit aku tu. Masak nak mencari cash lain tengah-tengah bulan ni.
 
Dia cakap tak boleh dah, Bank Negara tak bagi. Aku kena pulangkan balik duit tu kat akaun Lazada.
 
Sedih kan? Hahahaah
 
Lepas tu, aku pun dapat email dari Lazada, nombor akaun semua la utk aku refund kat diorg.
 
Sejam lepas tu, ada call lagi dari Lazada, cakap aku akan dapat duit tu minggu ni.
 
Aku Tanya la dia, dia tau tak kronologi masalah aku ni? Dia macam tercengang. Terpaksa aku cerita balik. Dia cakap tak tau pulak aku dah received barang!
 
Penin tak?
 
Aku pening! Diorg takde system yg bagus ke yg maju ke? Sampaikan customer yg nak kena updated setiap details kronologi kepada setiap staff yg bertugas?
 
Aku tak tau nak gelak ke tak. Tapi rasa penat.
 
Jadinya, kena berehat sebentar dari membeli belah dgn Lazada.
 
 
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

  1. ha ah skynet memang selalu dapat komen yang negatif hihihi
    akak pon ada kena juga dah la dokumen penting, surat bank nak guna dengan kadar segera. boleh pula dia pulangkan balik ke HQ, tepok dahi la, maki dalam hati dah berapa tan dah hahahaha

    Akak sekarang jarang dah buka lazada, lebih senang guna shoppe jer, tapi barangan shopee tak banyak pilihan untuk barangan elektrik kan. sistem penghantaran guna pos malaysia tu yang terbaik bagi akak. kalau barang besar ada lori hantar, tak tahu la guna kourier apa shoppe tu.

    yang penting shoppe lagi murah kos penghantaran dia hihihihi

    ReplyDelete
  2. ramai peniaga suka menjual kat shopee sbb pos utk diorg free. tapi pilihan barang tak banyak jugak kat situ

    ReplyDelete

Fikir dulu sebelum komen... Anda mampu mengubahnya... Terima kasih